Saturday, December 31, 2011

Ombak Rindu

Hah !

Pstt ! Jangan bagitau orang kampung, akhirnya aku tertengok jugak cerita........

* ambik feel jap.

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku,
Takkan berubah

walau dipisah laut biru,
Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah,
Tak pernah jemu

Takkan terpadam dalam hatiku,
Ia milikmu..percayalah


OMBAK RINDU.

* chicken dance.

Well. Aku ni kan demam dan agak tak bermaya karin. Tak de benda nak buat jadi aku ternampak ada full movie Ombak Rindu kat You tube.

Apa lagi.. Aku nak gak la usha. Nak rasa apa yang orang lain rasa. Nak tengok movie yang berjaya mengutip lebih pada 12 Juta ni. Banyak tuh !!!!

Dan sebab aku demam aku jadi analytical skit sebab otak aku dah mandom dua tiga hari ni. Ni nak kena refreshen up skit. Tapi sorry aku tak de against sapa sapa. Hanya suka suka sebab aku tak de kerja.

* batuk kokol

EXPECTATION

Ntah. Aku memula ingat macam aku pernah baca je novel ni dulu. Tapi bila mengenangkan aku ni bukan suka membaca jadi aku rasa aku menipu. So aku memang tak pernah baca la cerita ni cuma tajuk dia mungkin agak familir.

So aku tak tau apa benda dalam novel dan apa benda dalam movie. So lepas tengok aku tak de la nak compare apa apa sebab aku rasa dalam movie ni pun just nice.

SYNOPSIS

Semua pasti dah tau la kot. Kisah dia pasal Maya Karin yang kena jual oleh pakcik dia ke KL. Pastu jatuh ke tangan Aaron Aziz sampai lah mereka bernikah dan hidup la Maya Karin menjadi perempuan simpanan. Lama lama Aaron Aziz sudah jatuh cinta sama ini Maya dan kemelut mereka adalah bagaimana nak kever apa yang berlaku daripada pengetahuan orang lain terutamanya Lisa Surihani yang bakal nak kawin dengan Aaron Aziz tu.

So............... seawal cerita tu aku rasa menarik la. Aku excited je nak follow. Dari dia sampai KL. Dari Aaron Aziz mula melayan dia dengan buruk, tengah syok syok in character........

Kebabo !!!!!!!!!!!!!!!

Tiba tiba Aaron Aziz mental terus jadi jiwang !

Terus tangkap syok sama Maya Karin dan berjiwang karant ! Bosan dah. Lepas lepas tu jadi kurang exciting dah. Cepat sangat dia jadi baik.

LIKE

Aku suka lokasi. Rumah dia letak Maya Karin tu memang lawa gila. Pergh.... Kat mana ntah rumah tu. Rumah mak dia tengah sawah tu pun not bad.

Walaupun aku jarang tengok cerita Melayu tapi aku suka lakonlayar serta cinematography Osman Ali dan juga Khaber Bakhtiar.

Aku tak reti bab bab technical ni. Bagi aku bila kita tengok gambar tu rasa macam lawa. Shoot dia menarik. Penceritaan menarik. Cara olahan juga tertarik untuk di tengok.

Tu je dah cukup menarik untuk buat aku duduk tengok movie dan abiskan keseluruhannya.

Tu la pandangan aku yang buta seni nih. Hiks

NO LIKE

Kesinambungan lokasi. Bagi orang yang suka berjalan dan banyak berjalan. Kadang kadang rasa pelik lah. Kejap dia di Langkawi. Kejap di Cameron Highland. Kejap Langkawi balik. Pastu opis tengah KL. Pening lah ! Kejap nak accident tu kat dalam ladang teh, pastu tetiba dalam hutan pulak.

Sountrack dia. Tak! Bukan sountrack dia tak sedap. Lagu Ombak Rindu dengan Lara Lagi tu sedap. Cuma pemilihan Hafiz tu kuren skit. Lagu Ombak Rindu tak silap aku dia nyanyi 3 kali. Adira sekali. Hafiz sekali dan duet satu kali. Aku rasa Hafiz nyanyi lagu Ombak Rindu tak best lah siap berfalseto pulak lagipun suara dia orang seakan akan sama.

Potong arrr... Adira pun suara dia kurang feel. Kurang lemak.

Lagu Hanya Kamu tu macam suara awek tapi rupanya Hafiz. Gagal jugak di situ. Tapi lagu lagu memang sedap.

KARAKTER

Apa yang membuatkan aku stay tengok movie ni dari mula sampai akhir??

Kalau korang mesti cakap sebab Aaron Aziz kan?? No ! Aku tak jeles pun sebab abang tahu abang lebih kacak daripada dia.

* chicken dance.

Ya. Selepas 40 kali pembedahan plastik agaknya.

So yang memberi kesan sangat mendalam bagi aku adalah karakter 

Maya Karin

Kalau aku jadi jury Pesta Filem aku nobatkan Maya Karin jadi Pelakon Wanita terbaik tanpa sebarang saingan. Air muka dia memang menjadi. Memang dia berlakon best. Aku tabik spring kat Maya Karin !

Ada part syahdu muka dia memang sedih. Part blur memang dia blur. Aku suka sebab dalam cerita ni Maya Karin naive tapi tak nampak bodoh. Kan ada cerita Melayu ni. kalau nak potray orang tu naive tetiba jadi over bodoh lak sampai di perkotak katikkan oleh orang lain.

Aaron Aziz.

Ya lah. Dia lah pelakon jelmaan novela. Asal adaptasi dari novel memang nak pakai dia. Aku tak de la tak suka dia. OK je. Tapi aku rasa penjiwaan dia pada karakter dia kadang kadang kurang dan lari. Aku lebih suka Bront tu lagi. Dia memang ngam dengan karakter dia. Tapi untuk watak Aris ni..

Kereta dia AAR15 !! Ko mampu?????

Untuk watak Aris, mungkin lah Aaron Aziz yang terbaik untuk memegang watak ini.

Lisa Surihani.

Well. Aku tak de la follow sangat lakonan minah ni walaupun aku pernah duduk lepak lepak minum minum dengan dia satu ketika dulu.

* ehem ehem.

Tapi aku rasa dalam cerita ni watak dia nak kata jahat tapi tak de la jahat. Paling geram tu, muka dia baru nak mengamuk pastu dia OK sendiri. Aku rasa ni lakonan dia paling hebat la kot. Skrip dia lebih natural daripada skrip Maya Karin sendiri.  Aku suka je part pompuan pompuan mengamuk menjerit jerit ni tapi kalau dah banyak kali jadi turn off pulak.

Anyway aku suka Lisa Surihani dalam cerita ni.

Azizah Mahzan

Hmmm tak reti la aku nak komen pasal makcik ni tapi aku rasa dia memang dalam kelas dia yang tersendiri walaupun kadang kadang dia nampak over tak tentu pasal. Dengan dialog yang slanga ntah dari mana. Tapi dia berjaya la dengan karakter dia tersendiri. Cuma bosan jugak la. Kadang kadang aku tengok dia ni macam Rosjah pun ada kan?

Zulia Zeglar

Memula aku tak tau apa fungsi minah ni dalam cerita ni. Dah abis tu baru tau. Dia rupanya nak menjadi kambing hitam dalam memporak perandakan jalan cerita ni. Pastu dia emo tak tentu pasal. Pastu dia ilang ntah ke mana. Last seen kat hospital teman Maya Karin masa Aaron Aziz accident.

"Aku seolah olah dapat meneka. Siapa kau dalam hidup Aris"

Pastu ilang. Mana dia pegi? Ada sesapa pegi report polis?

Makcik Hantu Kak Limah pun kejap je part dia. Rasanya makcik ni lagi seksi dalam cerita ni kan?? Hahahaha. Sama gak la laki dia yang keji tu. Kejap je terus lenyap.

Anyway, kudos to Elly Suryati yang menjadi pengajar. Memang Elly Mazlein best kalau berlakon pun dia tak de la pelakon yang sentiasa mahu kelihatan lawa saja di dalam wayang.

Eh aku sebut Elly Mazlein kah??

Hahhahaahhaa.

TRIVIA

1, Berani kau pakai tudung putih buat IC???? JPN reject okeh !!!


2. Dia orang tukar jam tangan kan? Kenapa Jam tangan Aaron Aziz tu macam jam tangan pompuan dan jam tangan Maya Karin tu memang macam jam tangan lelaki?

3. Maya Karin jemur kain............ semuanya kain batik. Baju tak basuh ke?

4. Peluk Cium - Dalam movie ni aku rasa Aaaron Aziz berpeluk atau bercium dengan semua karaktor pompuan dalam cerita ni. Kecuali Mak Jah !! Biasa sangat dah sekarang berlakon cium cium macam tu. Agaknya sebab Aaron Aziz hot kot semua orang nak peluk cium dia?

* jeles !

5. Tiba tiba je masa Aaron aziz bergaduh dengan Lisa Surihani dekat Sungai Palas tu. Meja dia semua ada bunga bunga.. Erkkk masa aku pegi tak de pun????


6. Masa Maya Karin tengok TV pasal Aaron Aziz nak kawin dengan Lisa Surihani. Kat berita tu belum start bercerita lagi tapi Maya Karin dah start emosi tak tentu pasal. Cepat sangat dia bersedih.

7. Aku pening ke atau memang Azizah Mahzan baca buku terbalik???? Kot ya pun cari la buku lain. Buat penonton keliru je.


8. Aaron Aziz tak reti guna redial ke? Masa dia call Izzah tu, kenapa tak tekan redial je? Perlu ke dail nombor tu satu satu balik semula?

9. Lisa Surihani ada taik lalat kat tapak tangan. Patut dia lempang je Aaron Aziz sekali dua dalam cerita ni kan???


BEST SCENES

1. Part Aaron Aziz tanya dia pasal nama kucing. Cute sungguh Maya Karin masa tu.

"Tak de nama lebih modern ke, doly ke poli ke saly ke?"
"Kucing saya yang kat kampung yang dah mati tu nama dia comel"
"Comel pun comel lah!"

2. Part Maya Karin kena belasah sebab Aaron Aziz ingat dia mengandung. Yang dia kena belasah dalam toilet tu.

"Encik....... Saya tak mengandung.... Saya memang mual pening macam ni bila datang bulan"

Uewwwwwwwwwwwwwww cute nya Maya Karin masa dia cakap tu. Rasa nak peluk cium jer.

3. Part Lisa Surihani mengamuk masa kat Sungai Palas.

4. Part Lisa Surihani mengamuk dekat set lakonan dia. Lisa Surihani macam in karakter sungguh macam something yang betul betul pernah berlaku dalam hidup dia.

5. Masa part Aaron Aziz tengah peluk dengan Maya Karin pastu Mak Jah masuk bilik.  Aku suka reaksi Mak Jah dengan Pak Dollah time tu.

6. Masa Maya Karin kena halau keluar dari rumah oleh Azizah Mahzan. Maya Karin tak cakap banyak tapi emosi dia ada pada wajah.

7. Part reaksi Maya Karin masa dia tengok Aaron Aziz datang ke rumah Mak Jah tu. Dia lari lari pastu kena marah pulak dengan laki dia. Keji punya jantan ! Memek muka real. Tarak buat buat punya....


8. Part Maya Karin mengaji. Aku tak de la nak tegur Makhraj dia ke apa tapi bila dengar dia mengaji rasa macam cerita Pontianak Harum Sundal Malam pulak. Ngeri semalam jer. Hiks. Anyway kudos to Maya Karin for the effort bukan semua orang senang senang je nak mengaji dalam tv.


Aku emo.

Tapi aku memang in love dengan Maya Karin dalam cerita ni.

9. Part Maya Karin kena rogol. Tak de la dia over sangat. Tak macam Ogy Ahmad Daud kena rogol atau pun Umi Aida kena tindih. Walaupun tak nampak real tapi still la ada 'manis' sikit di situ sebagai pompuan. Tapi cuba kalau letak Elly Suryati kena rogol, sah sah kucar kacir katil tu jadi nya.

KESIMPULAN

Untuk aku tengok wayang ni penuh konsentrasi lebih pada 1 kali rasanya agak tipis. Woi jangan speku aku nanges. Aku tak nanges okeh.

* baling kotak tisu Premier jauh jauh.

Tisu tu tak de kena mengena. Aku tak tau. Tak tahu. Tak tahu.

Hahahahaha.

Ya. Ada part sedih tapi tak de la sampai aku nak menanges. Banyak lagi kerja lain aku buleh buat cuma aku banyak kesian kat Maya Karin je lah.

* mati laaaaaaaa

Btol la aku tak nanges. Tak caya tanya OR. OR tu Ombak Rindu okeh. Hahahaha. Aku tak nak bagi OR tengok sebab dia tak leh tengok cerita ganas ganas, rogol rogol menjerit jerit ni semua. 

Cerita dia OK. Lakonan memang hebat terutama Maya Karin. Aku rasa ni lakonan Maya Karin paling hebat !

Lokasi lawa gambar cantik. So overall..................... aku bagi 4 bintang !

Sapa nak tengok dan tak nak tengok wayang mahupun tengok dekat Astro First. Nah !!

Tapi jangan jadi macam aku. Abis aku punya broadband sudah sampai limit !

* cry cry.....................

Tapi, youtube dah block. Dah tak de dah. Tak pe. Bak kata Lisa Surirumah.

"Redha itu ikhlas..... Pasrah itu menyerah"

Kita menyerah dengan ikhlas.......... !

Dah jangan marah aku, aku cuma insan yang buta seni tapi gatal tangan nak mengomen pasal cerita orang. Insan yang demam, tidak berdaya saing, miss kapal terbang, cuti tapi gagal berjalan dan macam macam lagi. Itu la aku.

* sob sob sob

See?? Aku bukan nangis sebab cerita tu. Aku nanges sebab hal lain..... ! Hahahahah



Raut wajah mendamaikan
Dan sesuci selembut hatimu
Sinar mata mempersona
Bagai gugur seluruh jantungku

Aku Ingin engkau tahu
Cinta aku satu
Tercipta buat dirimu
Hanya untuk kamu

Huuu Huuu Huuu Huuu
Huuu Huuu Huuu Huuu

Aku ingin engkau tahu
Cinta aku satu
Tercipta buat dirimu
Hanya untuk kamu
Untuk Kamu

6 comments :

  1. meg pun sempat dl dr utube hahaa... for first time, yes emmg konsentrate tgk ini cerita....sebak okay...sebab story line dia ada kaitan huhuhu :)

    bagus cikdu punya review..... agreed!!! tp memg cerita nih lain ah dr citer melayu lain yg melankolik huhu

    eh mcm meg pulak buat review hahahaa

    happy new year 2012 cikdu....!!! may Allah bless u sokmo :)

    ReplyDelete
  2. errr abg meng rosjah sapa ek???pelakon mana lak tu dok penah dengar pung.

    sy mlm ni baru nk start langgan kat astro 1st ...ngeeee..

    abg meng cengeng...tgk cite tu pun nak nanges..ngeeeeeeeeee

    jumpa balik di tahun 2012 abg meng and cik rose huhuhu

    ReplyDelete
  3. belum dapat tengok.. kat utube dah kua.. pong kena tarik balik.. huhu

    ReplyDelete
  4. meng lagu last tu sapa nyanyi? demo kah?

    hiks..naiss

    ReplyDelete
  5. OR SAPA?IN REAL LIFE LAH..SAPA ?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...