Thursday, December 15, 2011

Belum? Dah Sudah Daaaaa

Aku dah kembali pulang dengan selamat ke kota. Alhamdulillah.

GBS yang pegi pun semua dah selamat sampai ke rumah masing masing. Alhamdulillah lah. Sepanjang perjalanan pun smooth je.

Kami bertolak dari hotel lepas breakfast dan terus ke KL.

Singgah sekejap kat Muzium Arkeology di Kota Tampan, Lenggong lepas tu singgah makan di R&R Sungai Perak, pastu singgah solat dekat Hentian Tanjung Malim. Terus terusan terus sampai ke rumah. Dropped aku dulu pastu mereka semua pulang ke rumah masing masing.

Ah. Indahnya bila sampai rumah. Best OK.

Aku ni bermasalah besar ! Besar dan sangat besar. Percutian secara overall biasa biasa je. Hutan Belum tu memang la lawa dan menarik tapi tak banyak aktiviti so kami agak melangut.

So kalau melangut tak buat apa kami buat apa?

Teka !

Teka !

Jawapannya adalah makan !

Lepas makan. Makan. Lepas makan. Makan lagi. Hari pertama stock up bilik dengan pelbagai makanan seperti maggie dan sebagainya. Hari ke dua jumpa kedai makan, so kami pegi melantak di sana dengan riang ria.

So makan dengan banyak.. tapi??

Abang gagal berak !!!

* nanges.

Apa aku nak bagitau ni? Dah cakap tadik kan, secara overall Hutan Belum ni OK. Tempat kami pegi ni pun OK lah. Cantik jugak lah. Mendamaikan. Cuma ada beberapa perkara yang sangat lah menyedihkan.

Hotel tu memang gempak. Landscape memang lawa. Tapi??

1. Tiada TV !
2. Katil dia adalah keras dan kami sakit badan.
3. Towel dia tak menarik untuk di paw mahupun di gunapakai. Aku siap call housekeeping tu tukar towel sebab towel dia kotor.

Jijiks !

4. Semua aktiviti adalah jauh. Kena bayar itu, bayar ini. So how? Buleh je nak bayar dan pegi.

Nak tengok sunset dengan pokok mati di  atas tasik. OK. Bot kena bayar RM200 ! Tapi?? Sunset pun nan ado !!!

Nak pegi tengok Rafflesia... pakcik tu kata tak berkembang pun. Ada hari tu tapi dah kecut. Double how?

Nak pegi tengok orang asli. Dah gigih ni nak beli roti bagi makan mereka mereka biar mereka riang dan lebih sihat. Tapi?? Tak de masa mencukupi.

So apa aktiviti kami?????

Ada la sekali tu night trekking. Hmmm haram tak menarik. Dah la jalan ramai ramai berbondong bondong dekat 100 orang. Nak tengok apa? Ada gajah pun gajah lari. Ada harimau pun harimau takut ! Pulak tu semua cina. kami bertiga je Melayu.

Pastu ada aktiviti dah masuk dalam pakej hotel tu kami dapat cruise tasik. Hampeh la bot dia gedek gedek gedek gedek. Tak semenggah. Dah last baru nak memecut. Tengok tasik je uols. Apa pun tak ada. Kami semua siap buat muka mengantuk dan hampir hampir terlelap atas bot.

Yang lain lain tu macam excited giler je.

Tak pernah naik bot agaknya.

Tak banyak tempat boleh di explore. Tempat tempat yang menarik tu semua jauh jauh dan kena naik bot.

So kesimpulannya diulangi., Hutan Belum tu belum begitu bersedia menerima celebrity seperti kami.

* lari............

Nanti la mungkin setahun dua lagi nanti OK la kot !

Aku tak mahu komplain lebih sebab aku yang suggesi tempat ni kat GBS. Tapi ada jugak la yang menariknya dan pengalaman yang kami dapat tu penting.

Apa yang best?

Best sangat tu tak de lah. Tapi kami sempat la nampak taik gajah !!

Dan ada juga perkara yang berlaku yang agak ngeri.

IH tercedera tersadung waktu trekking malam dan kakinya berdarah. Dan.. faham faham je lah duduk dalam hutan macam tu, BW telah di ganggu oleh sesuatu yang menyeramkan dan kami juga hampir hampir putus nyawa dalam saat genting dan mendebarkan sebab bilik BW tu adalah...............

B

E

R

H

A

N

T

U

.............................

Nantikan update penuh, kelak !

Saksikan sekitar gambar gambar yang dicapapin di sekitar negeri Perak Darul Ridzuan.








2 comments :

  1. tak suka jungle tracking waktu malam ...so scary..BW kena rasuk ke abg meng?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...