Monday, December 26, 2011

Persiapan Sekolah

Apa cerita hari ni?? Apa aktiviti di hari cuti sebegini?

Abang sibuk. Kan raya Christmas. Pagi pegi raya rumah Brad Pit dengan Angelina Jolly. Dia orang masak ketupat dengan rendang uols. Daging dinding pun ada. Rangup !

Pastu pegi raya rumah kawan christian abang pulak tu, JLo. JLo cakap tahun ni raya dia agak kurang meriah sebab dia kan single balik semula. Tapi banyak jugak kuih muih kat rumah dia. Kuih Tart, Samprit semua ada. Kelas JLo. Dia kata dia buat sendiri semua kuih kuih tu okeh.

* mati lah gila

Hari ahad aku merayau.

Tapi tak de la pegi jauh jauh keluar kota. Pegi beli baju sekolah dan barang barang persekolahan si Hero.

Dia kan dah nak naik darjah satu, so banyak barang nak beli. Berkesempatan dengan aku free dan tak de pegi mana mana maka kami pun keluar la pegi membeli belah.

Pening okeh.

Kejap nak try yang ni. Kejap bukak. Kasik bogel itu budak. Pastu try lagi yang ni. Aku tengok dia pun rimas. Aku apatah lagi.

Tapi dapat la beli apa yang patut. Elok beli sekarang sebelum nanti orang makin ramai. Kelengkapan dia almost dah siap cuma nak tunggu registration darjah 1 je nanti. Dia ada orientation pulak tu sebelum bukak sekolah tu nanti.

Sekarang ni budak sekolah tak macam kita dulu dulu kan.

Subject ntah hapa hapa. Darjah satu pun dah bertution bagai. Kita dulu, darjah satu aku rasa main kaler kaler je. Seingat aku, aku reti baca jam bulat tu masa darjah 3. Tu pun Pakcik James yang ajar. Bebudak sekarang very very competitive. Kalau tak buat apa orang lain buat, jadi ketinggalan. Nak tak nak, kena cope la dengan keadaan sekarang ni.

Pening lah bebudak sekolah. Tu baru sorang kalau ramai ramai aku pun naik pening.

Tapi lega la jugak dah dapat beli kasut dia, baju dia, baju sekolah agama siap bersampin dan pensel la, kaler la sampai pengorek pun dah siap siap.

Tak payah nak fikir fikir dah. Papa dia kena fikir pasal trip akan datang je.

* mati la dapat Papa kaki merayau macam ni.

Dulu dulu zaman aku lah, kalau Pakcik James ajak pegi beli baju sekolah excited terlebih. Macam nak beli baju raya. Balik rumah dok try posing posing catwalk satu rumah test kasut baru.

Teruja namanya.



"Pegi la cari barang untuk sekolah, pensel ke, kaler ker......."

Aku beriya iya cakap dengan dia masa start nak beli beli tu. Dia hilang kejap. Aku dok usha gadget letrik.

Tetiba Hero datang.

"Nak ni lah Papa"
"Apa?"
"DVD Upin dan Ipin"

* koma !

Budak budak zaman sekarang. Lain yang nak di beli, lain lak yang di cari nya.

4 comments :

  1. nasib baik dia tak suruh cari CD Ombak Rindu hahahahaa *motif kan*.....hahaa

    *meg bengong ...demam

    ReplyDelete
  2. kasut skolah ben 10???? bes nyaaa...

    ReplyDelete
  3. dah itu yang dia nak..

    siap ada magnet... kalau dia x pakai aku ambik lekat kat fridge

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...