Hari ke tiga !
Pagi tu aku bangun IH dengan BW tengah membuta. Cuaca sejuk. Macam biasa, asal bangun je aircond dah tutup. Kipas pun tutup. BW punya keje la tu.
Cemana nak gi Korea kalau tak tahan sejuk?
Perlu ke pegi Gurun Sahara???
Tapi BW dah bangkit lebih awal. Dia dah solat subuh. Aku bangkit subuh dan layan rokok tepi tingkap. Tak bergerak gerak pun bebudak ni.
So melayan perasaan je lah.
Then tak lama lepas tu IH baru bangun solat subuh.
Lepas tu melepak lepak borak borak di pagi hari. Hilang dah kisah seram semalam tu. Masing masing langsung tak cakap apa apa.
"Pukul berapa kita nak bergerak?"
Tanya BW.
"Lepas breakfast terus chow!"
Seperti biasa aku tukang buat keputusan.
So kami bersiap siap ala kadar dan pegi breakfast dulu.
Ni gambar suasana pagi di sekitar resort. Nampak jauh tu resort lagi satu yang Saad stay hari tu. Kan Saad kan? Tapi aku rasa kalau duduk resort tu cool boleh nampak matahari terbit !
Breakfast pagi tu tak menarik mana.
May be hari Isnin kot. Dah ramai yang dah balik. Yang ada cuma saki baki je. Bf angkat BW tu ada lagi. Bising la mulut dia macam dia sorang je ada kat situ. Kepoh kepoh. Dan lah kelihatan sangat busuk.
Tu BW yang cakap.
So pagi tu menu Nasik Goreng dan Pasta Goreng. Semua goreng goreng je. Dan tak berapa sedap.
IH macam biasa, target nak makan cheese ni je lah. Dia kalau makan siap bercourse course.
"Aku ada lagi 4 courses belum makan ni"
"Apa dia?"
"Cornflakes, telur, desserts belum lagi pastu ..........."
Dia merangka apa dia nak makan.
Makan je lah. Aku akan busy snap sana sini. BW busy makan juga.
Tapi dia nak makan cornflakes susu tak de. Merasa kunyah cornflakes tu je.
"Tu dia dah masuk pegi ambik susu"
Tak lama orang tu keluar. IH terus pegi tuang susu. Susu segar dari ladang.
"Ntah ntah minah tu pegi perah susu dia kat belakang"
Hahahaha. Bantai gelak.
Pastu dia orang makan telur ni. Bak kata BW ada sayur sayur. Tapi hari ke tiga ni tak de isi ayam. Kelmarin macam ada.
Ntah. Aku curik sikit je. Kenyang !
Lagipun makanan tak berapa sedap.
Layan lagi gambar gambar di kawasan sekitar tempat makan. Dari kejauhan nampak la tasik yang tenang airnya. Tapi dah tak excited mana.
Macam tu je lah.
Oh. Dayang Nurfaezah pun pernah datang sini. Buat video klip.
Korang tau tak Dayang tu duta Perlindungan Orang Utan??
* pengsan.
Pastu sesi sesi beli FM dengan Keychain. Jangan tak percaya ada FM kat sini. Tapi tak menarik. Mahal lak tu. Keychain dia lawa tapi sebab keychain. Aku beli jugak, nanti aku nak alter letak magnet bagi dia jadi Fridge Magnet.
Hiks
Abis merayau di kawasan tu kami pun balik ke bilik.
Aku nak berak dulu. Gigih beriya masuk toilet. Pastu keluar je macam biasa soalan dia orang.
"Berjaya tak?"
"Tak. Gagal !"
* nanges.
Sempat la dia orang beronline buat apa ntah tapi sebab dia orang dah mandi so dia orang tak de nak mandi dah. Aku je la yang belum mandi. So aku mandi la dan bersiap siap.
Lepas tu bermula lah aktiviti kemas mengemas barang. Pastikan tiada barang yang tertinggal.
Siap semua !!
Ayuh ! Kita tinggalkan tempat ini.
Dan lepas tu terus blah. BW pegi hantar kunci dan kami terus je bergerak.
So bermula la aktiviti klik klik klik lagi.
Landscape yang OK lah.
Pastu kat tepi tu ada construction.
Aku baca dia tulis nak buat cafe, swimming pools dan banguan tambahan untuk hotel. So aku pegi la riki riki di situ.
BW dengan IH sibuk pose pose kat tepi jalan tu. Aku lesap sekejap.
Pegi jalan lalu ikut orang buat keje tu sampai ke tempat Bar tepi tasik. Macam menarik gak tempat tu. Aku ajak dia orang, dia orang buat tak layan je. Sibuk dok makan buah apple la apa lah.
Tak pe. Aku pegi merayau sorang. Dekat je.
Cool jugak ler kawasan ni.
Tapi last minit baru discover. Tak pe lah. Tak de apa aktiviti pun cuma kat situ view dia agak lawa.
Tapi teka apa aku jumpa??
Bukan apa tapi siapa..
Bf angkat BW tu okeh !!
* koma.
Dia dengan kawan kawan dia pose pose kat situ. Ramai gak la dan memekak tak tentu pasal. Aku just pegi snappy dan terus blah.
Kang lama lama aku muntah lak duduk bau busuk dia.
Dan dari situ terus kami bergerak. Bye bye Royal Belum. Kami selesai mengunjungi mu........
Begitu ayat buku penuh puitis !
"Kau nampak sign kuning je kau berhenti"
"Apa?"
"Gajah la. Mana tahu ada gajah"
Tup tup...
"Hah tu!"
Suara BW.
"Nak aku berhenti ke?"
"Tak payah lah. Sebelah sana. Nak kena lintas jalan pulak"
"Eh tengok tu ada taik Gajah !"
"Haah. Nampak macam segar lagi. Mesti dia baru berak"
"Entah-entah dia ada lagi kawasan sekitar nak tengok ada tak orang berhenti amik gambor tahi dia tu?"
IH punya ayat. Koma terus semua orang.
Tapi kami tak berhenti pun. Sebab kereta kat belakang sibuk la menyucuk. Rengsa je. Jadi kami meneruskan je perjalanan melepasi pekan Gerik.
Kali ke dua ambik gambar sign Gerik ni. Tetap gagal !!!
Sebab letak kat jalan utama. Tak leh nak berhenti.
So kami jalan lagi melepasi Pekan Gerik lepas aku singgah beli rokok. Rokok aku dah abis.Ngam ngam je aku bawak 2 kotak.
Lama tak dapat rokok boleh pitam jadi nya.
Pastu bergerak sampai la kat kawasan mana ntah, IH bersuara.
"Aku mengantuk"
"Tak pe la aku drive pulak"
Dan dia park tepi jalan kami tukar driver. Aku yang drive. BW macam biasalah.
"Macam la ada aktiviti panjang memanjat sampai penat"
Tu diah ayat Cik Kiah Ronggeng.
Nak tau apa jadi lepas tu? Tunggu !
So aku lah drive lepas tu dengan mata tak berapa clear ni. Bawak spec tapi aku ni memang dah tak leh drive jauh jauh. Pedih mata. Memang kena pakai driver lepas ni.
Opsss !
Sampai kat Lenggong nampak sign Muzium Arkeologi tu.
"Nak singgah ke tak ni?"
"Singgah je lah. Dah alang alang sampai"
BW bersuara. IH tengah membuta !
So aku drive masuk menuju ke Kota Tampan. Ada lah dalam 2 KM dari jalan besar dan kami pun jumpalah Muzium ni.
Muzium terletak di tengah tengah ladang kelapa sawit.
Apa yang menarik kat sini?
Ntah. Macam tak de. Tapi ada la jenis jenis batuan dan bukti kewujudan manusia zaman neolotik, paleolitik dan getik getik dulu kala. Siap ada sample manusia Perak Man yang ditemui tengah duduk.
Dah tinggal tulang temulang.
Ada bangunan muzium dalam tu ada la sample sample batu batan dan sebagainya.
Masuk la sekali lalu dan usha apa yang patut.
Dan di bahagian luar ada la taman landscape yang mempamerkan batu batan zaman dulu dulu yang ditemui. Waktu peruba kala termasuk la batu yang terhasil dari debu letusan gunung berapi di Danau Toba !!!
Hebat tak?
Cuaca memang sangat panas.
Lepas tu kami blah je terus. Aku drive lagi meninggalkan Kota Tampan tu dan terus menuju ke Kuala Kangsar.
Tak de berhenti apa di Kuala Kangsar sebab dulu kami dah singgah masa trip GBS ke Penang. BW kata nak makan durian tapi aku tak boleh tahan bau durian. Kang ada yang kentut, sendawa la apa, buat aku separa pitam.
Jadi kami teruskan je. Nak gi ambik gambar menarik di Kuala Kangsar tapi cuaca pun panas sangat. Terus je masuk highway dan balik ke KL.
Tahu apa jadi dengan BW lepas tu?
Dia pengsan kat belakang. Siap kena smash lagi.
"Ntah apa aktiviti ntah. Bukan panjat memanjat pun. Letih macam daki gunung"
Hahahaha. Haram dia buat bodo tak melayan.
Tahu apa jadi dengan BW lepas tu?
Dia pengsan kat belakang. Siap kena smash lagi.
"Ntah apa aktiviti ntah. Bukan panjat memanjat pun. Letih macam daki gunung"
Hahahaha. Haram dia buat bodo tak melayan.
Singgah makan di Hentian Sungai Siput.
BW solat di situ. Aku dengan IH tak mahu solat lagi. Makan nasik. Kat hentian tu ada la pakcik ni keji gila. Aku nak masuk parking dia datang dari ntah mana mana terus potong dan masuk kotak parking tu.
Lahabau betul. Menyirap aku sekejap.
Pastu dia tak nak keluar kereta. Takut kah?
"Kita tengok je dia. Kita tengok je dia. Biar dia rasa bersalah"
Hah. Pakcik tu tak turun turun dari kereta dia. Dia menyesal agaknya dan ketakutan tengok 2 lelaki muka kaki pukul dan pompuan bionic yang boleh menjerit dan buat gegendang dia pecah secara serta merta !
Tapi lantak dia lah. Kita orang tak de masa nak bergaduh. Lepas tu kami dapat parking dan terus je park.
Makan nasik dan rest kejap. Lepas BW solat kami teruskan perjalanan. Sampai lepas Ipoh hujan pulak. Alamak !
Bila hujan aku terus out nak drive.
So berhenti di bahu lebuhraya then IH drive terus sampai ke KL.
Pulak tu telefon aku start berbunyi. Busy la aku ni sebab ada isu hari tu. Isnin kan, site aku beroperasi seperti biasa. Nak tak nak terpaksa la melayan panggilan dan menyelesaikan beberapa siu.
Tup tup dah nak sampai. Kami singgah nak solat di Ladang Bekam tapi hentian tu tutup. Terus dan singgah di Slim River. Solat kat situ aku dengan IH.
Lepas tu kami meneruskan je perjalanan sampai ke KL.
Dia orang hantar aku dulu dan lepas tu IH hantar BW sebelum dia ambik kereta dia dan pulang ke rumah.
Dan bila balik rumah perut abang pun mula lah memulas mulas especially bila tengok pintu zink tu.
"Mari ! Mari ! "
Dan keinginan tak tahan. Lepas secawan kopi.. Aku berak dengan inzal tanpa perlu was was lagi.
Hahahahahaha.
OK. Budget??
Actually semua pakej bilik RM300 seorang. Pastu perbelanjaan pegi balik makan semua benda adalah RM100 seorang. So kira budget setiap seorang adalah RM400 !
Suggesi aku, kalau sesiapa nak ke Belum. Pegi je lah tapi kalau nak ambik pakej, pegi je kat tepi jambatan nombor 2 tu dan nego dengan pakcik pakcik kat situ. Lebih murah. Dan resort kalau nak selesa boleh stay kat Belum Rainforest ni tapi ada je option lain. Kalau nak bercamping pun OK.
Tapi............ korang tak seram ke???????
Sekian.
TAMATUN !!!!
No comments :
Post a Comment