Wednesday, December 28, 2011

Perancangan Tahun Baru

Aku dah bagitau belum minggu ni aku kena ambik cuti secara pukal?

Cuti aku ada lagi 10 hari.

* mati la selama ni cuti tak pernah berekord.

So aku nak la carry forward. Rupanya aku baru tau company aku tu tak boleh carry forward cuti. Keji. Bila aku tanya HR jawapan boss dia senang je.

"Company dah bagi cuti, pepandai la U plan cuti U"

Cait !

Masalahnya abang ni kan busy ! Busy la kan? Tidur dan sewaktu dengannya.

Tapi tak pe. Maka dari burn cuti aku 10 hari begitu aku pun ambik la cuti minggu ni.

* chicken dance lambada.

So apa lagi uols. Bagi insan tak berapa kamil macam abang ni, ayuh kita rancang strategy untuk menghabiskan sisa sisa cuti yang ada.

Dan aku pun meriki riki la perjalanan ni. Nak gi travel jauh jauh tiket semua dah mahal. Nak pegi dalam negara ni aku dah tak tau nak pegi mana. Lagipun abang tak sesuai la travel dalam negara ni. Nanti gatal gatal badan !

* mati la kena tikam serta merta.

Ada plan hari tu dengan GBS nak pegi Singapore. Nak gi USS lah apa lah. Aku memang teringin jugak. Lagipun Singapore tu walaupun aku rasa aku pegi lebih pada 10 kali, tak pernah lagi aku pegi jalan jalan sendiri. Semuanya pegi sebab kerja.  

Masa tu abang rajin bekerja la kononnya..

So keinginan nak ke Pulau Singa memuncak hingga ke dinding.

Tapi !

Setelah di riki martin rasanya macam tak berapa sesuai.

Aku pun text jugak IH hari tu.

'Wei new yr ni apa plan? Jadi ke kita ke Kota Singa?'

Lama okeh nak tunggu jantan tu balas.

Tapi dia balas jugak.

'Sorry aku lambat balas. Tadi aku keluar tak bawak hp. Nak ke kota singa new year ni? Aku cadangkan baik pegi lepas new year. Conrim penuh umat laksana mengerjakan haji'

Kannn. 

Korang ada macam IH ada telefon tinggal kat rumah dan pegi berpeleseran??? 

Ada logika jugak kata kata si IH tu. Kalau pegi USS pastu berbondong bondong beratur. Nak naik satu ride kena beratur sampai setengah hari, how??

Baik la aku pegi duduk rumah dah tidur. Ye tak?

Maka aku tak puas hati. Mana boleh aku nak membengkak duduk di rumah seminggu. Kang ada jer orang office tu carik aku kalau tau aku ada di sini. Baik aku pegi jalan jauh jauh sikit. 

So aku pun riki martin la tiket. Nak drive memang aku malas. Tengok mana nak pegi dan mana yang aku belum pernah pegi. Carik carik yang murah ada lah tiket ke Penang, JB dan Terengganu. Motip la semua tempat tu aku dah kencing berak berkali kali kan. Up sikit ! Kita carik yang luar negara sikit. 

* tetap nak pegi pose pose vain di negara orang !

Maka aku pun jumpa la satu tiket murah. Tau ke mana?????





Tak jauh okeh. Dekat je. Tempat adalah di rahsiakan. Tapi memang dekat la. Naik kapal terbang tak sampai satu jam pun. Kentut belum hilang dah sampai. Tapi kalau kentut di awal penerbangan di muka Jiejah.. Confirm Jiejah pengsan sejam !

Hiks.

Kesian OR kena tinggal lagi. Tapi aku dah kautim dengan dia. Dia OK je. Dia tak mau ikut sebab tak de passport.

Destinasi adalah rahsia dan maklumat adalah dilindungi sebab takut diikut oleh paparazzi !

* lari...........

So aku pun meriki la tempat yang tak pernah masuk dalam otak aku untuk di lawati ni. Setelah beberapa pencarian di lakukan aku rasa macam menarik la pulak tempat tu. Maka apa lagi uols.... abang pun bergegas.

Maka dengan itu, aku pun terus book flight dan riki apa yang patut dan busy meriki destinasi terggempar ini. Apa, di mana, bagaimana akan di update kendian hari.

Esok aku berangkat !

2 comments :

  1. motip la kan nak kentut dpn muka sy cisss keji!

    bukan pengsan 1jam ...koma terus..huhuhuhu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...