Friday, September 9, 2016

09 : Cuti Sekolah Dekat Jer...... Ipoh - Masjid Muhammadiah ( Masjid Cina )

Masjid Muhammadiah yang terletak di Tasek Jaya Ipoh merupakan masjid Chinese-Muslim pertama di Malaysia yang mana bangunan rekaan masjidnya adalah 100% daripada senibina kaum Cina.

Masjid Muhammadiah aka Masjid Cina

Aku jumpa masjid ni secara tak sengaja.

Masa tu nak pegi makan Mee Rebus Ramli kat Taman Tasek Jaya tu, then nak singgah solat. Nampak signboard masjid ni terus kami tuju.

Memang sekali imbas nampak macam tokong Cina, tapi bila di perhati binaannya, jelas sekali ianya adalah sebuah rumah Ibadah Orang Islam tetapi dengan binaan kaum Tionghua.

Bangunan masjid

Masjid ini berkonsepkan senibina kebudayaan Cina dan terletak di Taman Tasek Jaya Ipoh.

Nama Masjid ini di ambil dari kisah sejarah asal Madrasah Muhammadiah yang telah didirikan oleh Allahyarham Tuan Hj Abdul Latif bin Mohd Kassim bersama sama dengan 7 orang rakannya pada bulan Mac 1973.

Cadangan pembinaan masjid baru Muhammadiah yang adalah gabungan antara dua pihak iaitu AJK Masjid Taman Tassek Jaya Ipoh dan juga Persatuan Cina Muslim (MACMA) Ipoh.

Tujuan pembinaan masjid ini adalah sebagai sebuah tempat ibadat, pusat perkembangan ilmu, pusat maklumat, pusat kemasyarakat dan lain lain dalam menyebarkan syiar Isalm. Masjid ini juga turut berperanan sebagai pusat perkumpulan masyarakat Cina yang baru memeluk Agama Islam.

Now layan gambar sekitar kawasan Masjid Cina ni.

Compound masjid. Ada kawasan parking untuk jemaah di bahagian luar pagar

Pintu masuk

Senibina Cina

Sedikit seni hiasan bumbung telah diubah kerana di China, mereka menggunakan motif bunga teratai tetapi masjid ini menggunakan bunga kebangsaan iaitu bunga raya merah.

Bangunan utama masjid

Menara masjid

Plaque perasmian

Sejarah pembinaan masjid ini

Tempat simpanan kasut

Tempat wuduk

Ruang solat

Ruang di bahagian luar dan dalam masjid. 

Ruang solat terbuka masjid berkenaan dihias dengan taman-taman kecil yang dipisahkan oleh laluan ke dewan solat dan ruang aktiviti di bahagian dalam masjid.

Dewan solat utama. warna cat yang dipilih bagi menghiasi keseluruhan bangunan masjid juga adalah berdasarkan warna utama dalam budaya masyarakat Cina iaitu merah, hijau dan putih.

Tempat imam

Dewan solat Muslimah di bahagian atas

Dewan solat wanita di bahagian atas boleh menempatkan 200 jemaah manakala ruang solat di bahagian bawah mampu memuatkan 800 orang.

Kubah masjid dengan seni dan berwarna warni

Pintu

Kawasan masjid yang telah siap sepenuhnya mempunyai ruang besar yang boleh digunakan untuk majlis ceramah, forum dan aktiviti budaya.

Ruang aktiviti dengan konsep terbuka masjid itu membolehkan umat Islam mengadakan majlis ceramah, forum dan aktiviti budaya yang menepati syariat Islam.

Dataran dakwah

Tempat santai

Di masjid ini juga terdapat Rumah perlindungan yang bertujuan untuk memberi tempat tinggal sementara terutama kepada saudara baru yang mungkin disisih oleh keluarga.

Visiting hours are from 9am to noon and 2.30pm to 4pm daily.

Jubah disediakan dan visitors must be decently dressed and female visitors were required to wear headscarf to enter the main prayer hall.

Peti surat

Majlis Bandaraya Ipoh telah membina landskap untuk memperindahkan persekitaran masjid itu.

Kalau berkesempatan boleh melawat masjid ni dan lihatlah sendiri keunikan yang ada hasil habungan agama dan budaya.

Masjid Muhammadiah @ MAsjid Cina
Taman Tasek Jaya,
Ipoh
019-505 0534
FB :  Masjid Cina, Ipoh

bersambung...............

10 comments :

  1. masjid yang cantik, mudah2an pengisiannya juga cantik. insyaAllah

    ReplyDelete
  2. suka..kelainan yang mengujakan..oh Perak ku..

    ReplyDelete
  3. Meng;

    Tak tau pun Ipoh pun ada masjid cina ... ingatkan kat Melaka jer ada !

    (Sultan Nazrin pandai ya ... belajar tinggi sampai Harvard ! Impressive!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masjid agak baru. boleh la jadi kunjungan pelancong lepas ni...

      ya.. sultan perak tu bijak org nya... anak anak pun comel belaka.

      Delete
  4. ciku pernah terjah tak sengaja gak ritu masa g ipoh..unik dan cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. cemana buleh tak sengaja. sesat ke? yep.. memang unik binaannya

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...