Tuesday, March 1, 2016

Jom Tonton : Movie Edisi February 2016

Hoyeh !!

Muncul semula.

Kali ni dalam edisi layan movie. Movie movie yang sempat aku layan sepanjang bulan February 2016 ni !

Jom layan movie !

Seperti biasa lokasi tayangan adalah di Citta Mall

Tapi sekarang dah ramai pulak orang tengok kat sini. Dulu dulu punya la tak de orang kadang kadang aku je melepek dalam tu tengok movie. Penonton pun buleh bilang dengan jari, tapi sekarang dah berubah.

Mereka dah maju !

So aku kena mula mencari port lain pulak untuk tonton wayang.

Almaklum lah artis antarabangsa tak suka bersesak sesak dengan orang ramai neh.

* lion dance. dum dum cheng !

Ada few movies yang aku sempat layan bulan February ni. Tapi tak semuanya tengok kat wayang, ada jugak download dan tengok kat rumah je.

Jom usha movie pilihan aku sepanjang bulan Feb 2016 ni. Moga bagi idea jugak pada yang lain untuk menonton sama.

1.  DEADPOOL

Deadpool

Sebenarnya aku yang nak sangat layan movie ni. So aku kerah ajak OR ke panggung. Tak bawak Hero walhal dia pun nak jugak tengok.

Tinggi harapan aku cerita ni aku suka, tapi malangnya aku tak berapa suka. Memang nasib baik jugak aku tak bawak budak budak. Cerita penuh dengan mencarut. Ganas tak tentu pasal dan bagi aku memang tak leh pegi lah. Fun to watch but somehow annoying ! Too much vulgar and profanities. Not the typical superhero movie. Sorry lah. It is just me. I kennot go.

Makan kacang pool lagi sedap !

Tapi OR aku suka la pulak. Padahal dia kalau cerita ganas ganas ni bukan suka tengok pun ! Contohnya aku ajak dia tengok The Revenant kat wayang, dia tak nak ! Dia rela ajak aku tengok The Mermaid !

Hello ! Cerita apa the Mermaid tu????? Tapi dengar dengar khabar box office gak tu. Tapi belum sampai seru aku nak tengok cerita macam tu di panggung.. Suruh staff download je lah.

Tak berjaya nak layan. Aku ada download tapi malas pulak nak tengok kat laptop. Feel tak sama macam tengok wayang. Plus movie ni macam low light buat mata aku cepat mengantuk. Sorry Leo... nanti I tengok movie U ni.


2.  GOOD DINOSOUR

Hahaha.. Ni cerita budak budak. Cerita zaman dinosaur ! Tahun lepas punya movie kot ni kan? 

Memula Hero dengan Princess yang layan, last sekali aku yang terjebak ! Layan sampai abis.

OK la. Cerita budak budak

Ada fun fun sikit, kelakar dan penuh dengan pengajaran.

Pengajarannya apa tau?

Jangan jadi dinosaur ! Hehehe....


3.  BAJRANGI BHAIJAAN

Eh ! Eh ! Eh ! Nak ke mana tu? Tak abis cerita lagi ni.

Ops !

Okey fine ! Aku layan hindustan. Esok keluar paper dan viral di media massa. Tapi kiranya rekod penting jugak lah sebab ni sebenarnya movie Bollywood ke 2 yang aku pernah layan sampai habis selepas cerita Mann.

"Mera Mann........."

* guling guling atas lantai sampai depan peti sejuk, bukak peti, ambik air, togok ! sambung berguling bating

Jangan genyeh genyeh mata. Movie ni aku tengok sebab staff aku suruh tengok. Dia copy sekali dengan cerita The Revenant tu, so sebab tak layan Leo aku layan tengok Karina Kapoor !

Bukan senang aku nak terpikat tengok cerita Bollywood ni! Dilwale pun aku tak terasa nak tengok. Belum lagi Kuch Kuch Hota Hey apa semua yang dulu dulu tu.

Tapi !

Apa yang aku boleh cakap, maybe yang dah tengok pun agree kot, movie Bajrangi Bhaijaan ni hampir hampir membuatkan aku menitis air mata dugong ! Sedih betul cerita dia.

* gigit bucu bantal

Dah la aku layan sorang sorang. Ajak OR tengok dia tak nak sebab cerita sedih. Dia cerita sedih sedih pun tak leh nak tengok. Cerita ganas pun tak nak tengok. So stock citer dia adalah cerita cerita fairytales, witch witch ada superpower sumpah badak jadi sumbu pelita. Hah macam tu dia suka.

Eh. Lari tajuk dah ni.

Apa apa pun aku sangat recommend movie Bajrangi Bhaijaan ni atas sebab jalan cerita dia yang menarik. Pelakon pun OK lah ada 'Salmon Khan' dan yang lain lain lagi. Tapi yang lagi menarik adalah location shooting filem ni yang memang boleh mencabar keinginan untuk jelajah ke Pakistan dan kawasan pergunungan Kashmir.

Menarik dari segi jalan ceritanya

Superb dari segi cinematography nya

Lokasi filem ni adalah di Kashmir, Zoji La dan Thajiwas Glacier selain daripada di India dan Pakistan.

In Sha Allah. One fine day lah !

Macam ni la perangai buruk orang kuat berjalan. Tengok video clip Dilwale berangan nak gi Iceland. Tengok cerita ni terasa nak gi Kashmir tapi tengok movie seterusnya ni terus deport aku ke masa lampau, masa belum mumaiyiz dan belum memgenali erti kehidupan tapi mengembalikan kegemilangan sebuah bangsa yang cukup gemilang .........................

Movie apa? Nak tau?


4.  OLA BOLA

Krik ! Krik ! Krik !

Please lah tolong jangan rebah.

Ola Bola !

Rasanya aku pernah cakap yang boleh bilang dengan jari cerita tempatan yang aku pernah tengok di panggung wayang. Memang aku tak gemar nak tengok cerita Melayu di panggung ni dan aku tak de pun berbangga dengan statement tu. Bukan sebab aku tak nak support industry filem tempatan tapi tak de cerita yang berjaya menarik perhatian untuk aku menontonnya di panggung sampai la Ola Bola ni. For record, last movie Melayu aku tengok di wayang adalah Bola Kampung The Movie. Tu pun sebab Hero yang nak tengok.

Dan Ola Bola ni pun Hero yang ajak ! Dan selepas baca review aku rasa macam nak acu-cuba-test-try tengok !

Tonton di Citta Mall jugak

On the way nak gi tengok wayang tu, masih berbelah bagi lagi.

"Betul ke abang nak tengok wayang ni?"

Aku tanya Hero lagi. Aku sendiri pun half hearted. 

"Ikut Papa lah"

Tu jawapan standard Hero. Aku tengok dia pun macam mengantuk je dalam keta. Tiba tiba Princess menyampuk.

"Adik nak tengok wayang !"
"Adik nak tengok cerita apa?"
"Bola boling"

* papa pengsan.

Jauh sungguh lari tajuk nya. Bola bowling pulak peginya.

Tapi since Princess pun excited, so kami redah je lah. Sampai kat Citta Mall, aku cakap dengan Hero.

"Papa nak gi Watson jap nak beli ubat ketiak"
"Kenapa ketiak Papa? Luka ke?"

Hahahaha. Anak aku nih !

"Deodorant lah !"

Sebelum tengok Ola Bola kena cukai dulu. Lama dah dia aim ni hari tu tak sempat nak beli. Kali ni nak nak jugak. Belum kira bekalan makanan dia. Pop Corn lah, Hot dog lah.. sepanjang cerita mengunyah je keje. Princess awal awal dah tertido.

Ola Bola. Time aku tengok tu panggung pun penuh.

Now, the verdict !

Sama je jawapan aku dengan orang lain yang pernah menonton movie ni kat panggung. Cerita best. Probably the best Malaysian movie thus far. Aku setuju tu dan aku tak menyesal tengok movie ni.

Tapi aku melihat movie lebih jauh lagi bukan hanya sekadar sebuah filem bola yang sarat dengan semangat patriotisma. Ianya sebuah filem yang meletakkan nilai perfileman tempatan ke tahap yang lebih tinggi. Sebuah naskah dengan cinematography yang mantap.

Sebuah karya yang mengadunkan jiwa masyarakat Malaysia satu ketika dulu secara keseluruhannya. dan aku berbangga sebab aku sempat merasai zaman semangat rakyat Malaysia yang membara.

Cinematography Ola Bola

Filem ini memaparkan manifesto silam sebuah kehidupan yang pernah aku lalui. Filem ini mengingatkan aku pada sebuah kenangan dan pengharapan.

Ola Bola mengimbau suasana dan zaman sekitar awal 80an, walaupun masa tu aku sendiri tak berapa nak ingat aku dah reti pakai spender ke belum tapi zaman itu lah yang menjadi titik tolak kepada kehidupan yang membawa aku ke hari ini.

Ada momen momen dalam movie ni yang aku rasa dekat di hati.

Zaman fun fair dulu dulu yang dianggap satu hiburan untuk kami di luar bandar. Dapat pegi fun fair macam satu keriangan buat kami yang dahagakan suasana kemeriahan pesta. Sesekali dapat gi fun fair ni main tikam tikam. Walaupun baling baling gelung besi dalam paku dan cuma dapat air kotak, tapi rasa happy tu terbawa bawa setiap kali aku mengenangkannya.

Aku teringat zaman tu rumah aku je ada TV dan satu kampung datang tengok TV kat rumah. Sebab zaman tu belum ada remote TV so aku lah tukang tukar channel. Start dari TV peti kayu sampailah bertukar TV warna. Bila terkenang waktu waktu orang datang berkumpul tu terasa sungguh suasanya keseronokkannya. Teringat pulak pada makcik makcik warga kampung dan kawan kawan sepermainan.

Zaman curik buah koko kat kebun apek masa on the way gi sekolah. Padahal bukan sedap pun buah koko tu, tapi perangai masa tu memang ntah hapa hapa... Tapi tu kenangan yang tak boleh dilupa.

Belum kira zaman maim bola jentik, siap jadi pengulas sukan sendiri.

Banyak momen momen dalam filem ni membawa aku ke dunia lampau. Zaman 80-an. Zaman sebelum memgerti apa itu payahnya hidup. Zaman sebuah semangat mencapai kejayaan yang sama sama dijulang ! Zaman mengecapi erti bahagia walau serba kekurangan. Zaman yang sempat aku nikmati erti sebuah perpaduan yang dipenuhi dengan kasih sayang serta sikap toleransi setiap bangsa dan kaum.  Itu lah budaya Malaysia yang di rindui. Itu semangat satu bangsa yang tiada galang ganti.

Dah. Malas nak melalut panjang. Sapa belum tonton, sila pegi tengok ! Now Now Now.

Ola Bola.

Walaupun dari kaca mata bangsa lain. Walaupun tidak sempurna penceritaannya tapi ianya sebuah naskah bangsa Malaysia yang seharusnya dibanggakan.

Ia satu cerminan budaya. Ia sebuah perpaduan bangsa. Ia bukti semangat bangsa Malaysia yang sentiasa membara !

Selamat menonton !

Eh. Mesti ada yang tanya aku pandai tak main bola?

See the leg lah ! Aku dulu wakil daerah tau.

"Tiada ku sangka... bola bola api.........."

* sambil menari poco poco

Jangan lupa pakai ubat ketiak walaupun ketiak tak luka.



Walau dunia menjadi gelap gelita
Pegang dengan penuh percaya
Kepada mimpi kita

Suara harapan jadikan ia pelita
Semaikan erti cahaya
Kepada nilai cinta

Apakah maksud hidup tanpa pelbagai suasana
Apakah maksud hidup tanpa pelbagai suasana

Lift your dreams way up high
Lift your goals to the sky
Restui mimpi yang sejati
Di arena cahaya

Keindahan jiwa terserlah pabila kita
Merintangi cabaran masa
Dengan kesabaran cinta

Ingatlah teman senyuman dan warna kita
Itulah kunci ke jalan
Dunia kita impikan

Apakah maksud hidup tanpa pelbagai suasana
Apakah maksud hidup tanpa pelbagai suasana

Lift your dreams way up high
Lift your goals to the sky
Warnai bintang di cakerawalamu
Di arena cahaya
Di arena cahaya

Warnai bintang di cakerawalamu
Di arena cahaya
Cahaya
Cahaya

16 comments :

  1. Ehhh conoknya dpt tgk mcm2 ceta... Kita dpt tgk Dewale je.. Lainnya dok kat spital study... Huuuaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe la. demi masa depan. kang dpt duit banyak buleh la gi iceland tempat dilwale tu...

      Delete
  2. Tapi the revenant tu tercalon kat oscar tu ncik meng... Best la kot... Sy pun x tengok lagi , tapi download je dulu.. Xtahu kenapa mcm malas je nak tengok, sbb cam heavy kot citernya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. sama la kita.... nanti la bila terbuka hati aci je la tengok... x pun tunggu leo de caprio wassap kita suruh tengok baru aci tengok..

      mimpi ah...

      Delete
  3. saya sempat tgk ola bola je..memang best!! salah satu sebab dia best sebab takde adengan rempit dan kena kawin paksa dengan Adiputra.
    rasa semangat patrioritik melonjak2 la masa tgk muvi tu...bhairangi bhaijan tu pulak dah donlod, tapi masih mereput dlm laptop

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat tgk salmon khan.

      sediakan tisu basah utk lap airmata pelesu..

      Delete
  4. ola bola tu promo dia memang padu...tgkla under astroshaw kot. ade jer cerita2 melayu before this yang terbaik..tapi sebab persepsi and viral org yg kuasai pasaran menyebabkan sendu.

    hehe..tapi aku agree la meng..asal tgk movie location menarik..melompat2 nk pegi..haha..aku rasa trend ni start dgn Istanbul Aku Datang kot..tetibe semua nk #AkuDatang..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. promosi kena gempak gak la kan baru org gi tengok..

      oh citer pasal turkey. ntah bila la aku nak sampai ni... stress..

      * tolak tomok dalam kawah dodol

      Delete
  5. best review abg meng psal filem Ola Bola.

    mencanak canak nafsu rasa nak pergi tgkkk..

    nak bawak ayah.mesti dia suka :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa.. bagus tu. sila bawak ayah pegi tgk.

      jgn lupa tepuk tgn kuat2 lepas abis movie

      Delete
  6. Eleh meng, hati tisu gak tgk industan leleh...hahaha woi nab fairytales tu jgn kutuk sgt.aku pun sukaaaa...xpyh pning kpala...santaiiii jer...hahaha

    Ala ola bola nk tgk tp x tertgk lg...siap gigih ikut mmber nk keja plakon dia aritu wpun aku xknl sape...kuikuikui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa cepat gi tgk...

      jgn lupa tgk gods of egypt.. merapu tahap dewa dewa

      Delete
  7. saya pun x layan hindustan dgn citer melayu kt wayang..
    tapi bila supermeng ckp.citer hindustan tu best..esoknya sya pegi...hanya klcc je ada.
    memang best citer hindustan tu..saya nangis teresak2...tpi ada gak part yg kelakar.
    memang berbaloi sya beli tiket...citer best sgt. Tk supermeng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai teresak esak tu... menjiwai sungguh...

      tapi citer tu memang best pun.. jalan citer dia menarik. kan?

      Delete
  8. Hi SM. Bajraani Bhaijan tu memang best, especially kanak2 yg cute tu and tempat di Pakistan tu.
    Btw SM, cuba try riki2 Darjeeling dekat North India. Awesome juga tempat tu. Who know SM akan tertarik untuk ke sana nanti... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tertarik !!

      tapi..................

      tahan dulu la.... kalau ikut nafsu semua tempat nak pegi.... insya allah ada rezeki sampai la sana...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...