Friday, March 18, 2016

Cuti Sekolah Di Tanjung Karang : 04 - JJCM Tanjung Karang : Restoran Kari Ikan Sembilang

Tak Astro gempak lah pegi Tanjung Karang kalau tak try makanan dan hidangan yang di jual di sana. Food hunting namanya !

Di sepanjang jalan dari Kuala Selangor sampai ke Sabak Bernam, ada macam macam benda orang jual yang boleh di cuba dan di makan !

Malangnya perut tak sebesar padang bola. Kalau makan tu tak leh la semua. Kang muntah belahak sebelum sampai ke destinasi.

Tapi dalam banyak banyak tu, boleh lah cuba satu ke dua yang mana menarik selera.

Sewaktu aku di Tanjung Karang tu, memula nak cari kedai Sup Belut. Dah riki riki Warung D Lesung Station. Cari punya la susah nak jumpa. Rupanya tersorok balik semak. Tup tup.. tutup... 

Tak dapat la hajat OR aku nak makan sup belut. Dia je la yang nak makan, kalau aku tukang sorak boleh lah. OR tu nak mengimbau zaman dia duduk Jepun tu yang teringin sangat nak makan sup belut. Tapi sebab tak jumpa... kita pegi ke pilihan ke 2. Kari Ikan Sembilang yang turut terkenal di Tanjung Karang ni. Pun sama, aku tak makan.

So aku tetap pada posisi yang sama, tukang sorak. Princess penari reben dan Hero ketuk gendang !

Dum Dum Cheng !!!!

Signboard tepi jalan

Kedudukan warung ni adalah dekat Kg Pinang, Sungai Sireh. Lokasinya sebelum persimpangan trafik light Kampung Gulang Gulang kalau dari Sekinchan. Dan kalau dari Tanjung Karang, lokasinya lepas Warung Mee Udang Banjir tu tapi sebelah kanan.

Aku rasa kedai ni memang dah sedia popular di sini sebab tengok orang datang pun berduyun duyun jer. Macam dah jadi port makan wajib di sana.

Parking?

Jangan risau. Ada parking khas di sediakan.

Parking secara perchumah !

Resto dia ala ala warung jugak, ada ample space untuk pelanggan datang dan menjamu selera

Walaupun terkenal dengan Kari Ikan Sembilang.... hidangan dari jenis lain tidak di lupakan. Ada juga hasil laut pesisir pantai Kuala Selangor boleh di perolehi di sini. Sedap tak sedap masakan dia tu jangan tanya sebab aku tak cuba.

Since kami singgah time tengahari, sedang elok la berhenti untuk lunch.

Usha skit lagi persekitaran resto ni.

Ni tempat ahli ahli mesyuarat tingkap berkumpul kot. Ada port khas geng mereka di sini.

Pelanggan lain boleh duduk di meja atau bersila di bangsal di tepi resto. Awas kalau perut sengkak !

Menu ikan sembilang. Ni goreng

Jangan risau adik adik, kalau kita tak makan ikan sembilang pun, masih ada lauk lain terhidang untuk di pilih.

Ni habuan untuk aku. Makan kacang botor untuk tujuan menjadikan tubuh slim. Tapi tak berapa menjadi.

Sebab nya.. sentiasa ada lauk back up yang lain. Ni udang sambal petai. Aku makan udang je. Big NO NO dengan petai. Petai? What is that? Begitu !

Tu lah lauk pauk aku hari tu. Verdict nya.. So so je lah. Tak de la mencabar selera sangat. Makan sekadar untuk kenyangkan perut.

Hero macam biasa ambik lauk ayam goreng dengan kuah lemak cili padi. Dia kata pedas ! 

Princess tak nak makan. Nak main buai jer.

Dan OR dengan jaya nya mengorder benda yang dia nak makan. Dan dia suka makan. Di persilakan membuat kemunculan julung julung kali nya, adik tiri kepada Mariah Carey.

Ikan sembilang masak Carey !!! Siap macam claypot sizzling lagi. Dia hantar ke meja tengah berasap asap.

Keinginan memuncak. Tapi makannya tak seberapa.

Sebab nya?

Dia kata tak sedap ! Kurang garam. Ntah. Aku pun tak rasa dan tak teringin nak jamah so aku tak tau. Selera masing masing la kot, so untuk mendapatkan kepastian... sila lah berkunjung dan rasakan lah sendiri !

Air kelapa penyegar badan

Overall, bagi aku makanan dia biasa biasa je. Tak tau la kot ada lauk lain yang lebih gempak dan sedap.

Yang penting ...............................

Ada live band  ! Kau mampu? Kugiran Ikan Sembilang menyanyi setiap malam ! Hahaha. Tak de lah. Aku pun tak tau sapa nyanyi tapi confirm bukan Mariah Carey.

Apa apa pun, makanan mengeyangkan. Selera tu agak kureng skit. Pegi la try sendiri dan buat kesimpulan sendiri.

Untuk maklumat tambahan, boleh rujuk FB pages mereka : Restoran Kari Sembilang Kg Pinang

Langsung semasa di Tanjung Karang ni, benda lain yang kami cuba adalah beli buah mangga dan jagung yang banyak gerai jualan di area sebelum sampai Sekinchan.

Salah sebuah gerai jual buah

Aneka buah buahan tempatan

Pilih la mengikut keserasian

Atau angkut sekali adik jurujual ni kalau berkenan. Mana tau dia pandai buat bubur jagung?

Buah mangga dan jagung menjadi pilihan kami dan kami beli. Tapi aku rasa mangga tu macam mahal jugak ler. Pulak tu tak manis mana. Macam tertipu jer.

* baling butir mangga tanda protes ke tengah jalan biar tumbuh pokok mangga dan menghalang lalu lintas 

Sebenarnya banyak je benda lain yang nak di cuba. Nafsu tu ada, tapi bila gosok gosok perut macam meraung lak cacing cacing dalam perut mohon diberikan ruang. Jadi yang lain lain, kami pandang sepi je lah. Berhenti pun tak, Beli pun tidak.

Ingat nak try makan mentarang. Tapi tak jumpa kedai nya. Pastu terlupa. Tak jadi !

Berikut adalah tempat dan warung warung yang ada di sekitar Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sekinchan.

Karipap King Kong. Sesuai menjadi hidangan di rumah terbuka Aidilfitri para gergasi jer. Mesti saiz besar besar tu yang namanya  King Kong tu.

Cendol Tapai Durian di Batu 9. Juga boleh menjadi santapan bagi yang berminat

Dan selain daripada Cendol Bakar tepi jalan yang selalu buat jalan jem tu, Cendol Durian Borhan juga tak kurang trendingnya. Walau aku tak pernah singgah dan rasa, tapi tengok pada banyak nya kereta orang berhenti.. Must be something gak la ni. Sedap ler kot.

Dan satu lagi. Warung Ibu Nasi Ambeng. Bagi penggemar nasi ambeng boleh la try makan di sini.

Selain daripada kedai kedai, warung warung, tempat persinggahan untuk jamu selera di Tanjung Karang ni, ada banyak lagi tempat tempat lain yang boleh di cuba. Satay Hut, Coconut Shake, Mentarang Bakar dan macam macam lagi menu yang boleh di temui di sana.

Pendek kata, tak berlapar la kalau berada di Tanjung Karang. Silap silap buntu boleh membawa kepada tekanan perasaan sebab tak tau nak pilih makanan yang mana. Yang penting.... ongkosnya ada !

Sekian, rancangan Jalan Jalan Cari Makan di Tanjung Karang. 

Kita kembali ke Sri Pentas dengan Hos Abadi JJCM. Miss DJ - Dara Jelita !

* ambik tisu lap bibir berminyak dan terus naik pentas untuk menghiburkan peminat sekitar Tanjung Karang.

"Salam sejahtera. Apa khabar uols warga Tanjung Karang? Maka terimalah lagu dari album saya yang ke 14........."


Tiada secantik bahasa mu
Ku gubah lalu menjadi lagu
Tidak setanding paras
Wajahmu itu menjadi rindu

Andainya bulan retak seribu
Bayangmu ada dimana-mana
Jika kaca berderai
Luka tertusuk
Seluruh jiwa
Kita pun diibaratkan
Kasih suci yang bahagia
Aku turut merasakan
Mahligai yang
Jadi nyata... bersamamu

Pertama dan kaulah segalanya
Riwayat yang menghikayat cinta
Kasih jangan biarkan
Kata yang nista
Membakar kita

Kata janji bukan ukuran
Hanya sejati dalam diri
Kuburkan aku dihatimu
Demi cinta sebelum mati
Sejauh manapun terpisah
Kau dihatiku dan ku sama
Dalam tidur dalam terjaga
Ku ucapkan salam sejahtera

27 comments :

  1. Mana best dgn kari sembilang yg kat tepi highway jelutong penang?

    OR mu study kat jepun eh? Sama la dgn OR aku.. ntah2 depa kenal tak? Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dok makang ikan sembilang ni.. dok tau starang rasa dia guane.

      Hooh... dia kat Fukuoka.

      Delete
    2. Ho dih, mu tok make ike.

      OR aku kat Hiroshima

      Delete
  2. akak dah try kari sembilang kat Kg Pinang, Kuala Selangor tu... and betul kata OR meng... memang tak sedap... dah lah mahal... heran nape org dok kerumun pi kedai tu.. taste out, tawar dan mcm ada rasa hangit skit.. kalau nak sedap, cer try kat warung Faridah Mentarang (4-5 kms north of Sekinchan town towards Sg Besar, belah kiri jalan. Kuah dia pekat dan likat... ummmpph! harga reasonable dan boleh try mentarang goreng tepung as side order... warung ni popular.. dah masuk majallah 3 tahun lepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. dah lama nak try mentarang ni.

      nanti kena buat kunjungan hormat sekali lagi la ke belah belah sana.... tunggu mood nak tengok sawah padi datang baru buleh pegi

      Delete
  3. @amirmukhtar : kari sembilang yg kat tepi highway jelutong penang tu pun best... cuma cayaq sikit kuah dia.. tapi pekena dgn sambal blacan + kerang goreng kunyit..perghhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @amirmukhtar : I orang Tepen... hubby orang Penang, Tg Tokong mari... hehehe... The best kari sembilang yg I penah rasa kat warung Azrorasa, Jalan nak pi Port Weld.. kalau check kat google boleh jumpa..

      Delete
    2. * perhati je dgn muka bengis...

      gossip pasal apa ni? ikan sembilang kah?

      Delete
    3. Org xmkn ikan gi main jauh2!

      *mati la xsedar diri garang kat blog org...

      Delete
  4. menarik pulak bila abg meng cerita psal Kuala Selangor nih. dulu sebulan sekali berulang ke Sitiawan-KL pandang sepi jee..tak rasa nak singgah.

    bila tengok entry ni rasa nak pergi pulak. haha motip sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..

      cepat. mulai sekarang sila ulang alik... dan singgah di setiap kedai yang ada tepi jalan tu.

      hahahahhaa

      Delete
  5. mmg menarik area sini.. byk kedai makan. ada lagi satu kedai yg agak glamer. kedai soto ke apa ntah namanya. ada pecal jugak. tauge dia tanam sendiri.
    Dan mmg betul mangga tu tak manis. terkena juga tu hari. nampak mengancam je. Dah la mahal. Beli kat cokit lagi bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. good.

      nanti buleh gi cuba... kang tak sempat nak cuba.. keluar pulak kedai lain lagi....

      Delete
    2. bab mangga tu memang...... tak puas hati betul...

      Delete
  6. memang ni la laluannya kalau balik kampung pakwe kitew..
    susah nak tahan lapar sebab ada je kedai makan kiri kanan!

    ReplyDelete
  7. Rasa rindu lak nak ke arah arah nih .... zaman dulu, selalu ke sini , sebab ramai anak anak buah duduk sini ... siap jadi adik angkat lagi !!!

    Insya Allah, kalau ada rezeki , teringin nak ambik jalan nih semula ... nak mengimabau zaman silam , sambil dengar lagu kumpulan SAMUDERA !!!

    Hahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak nya berangkat angkat..

      tak pe la nanti ada rezeki boleh la en ghaz pegi. skrg ni pulun dulu jalan2 kat sana. kami kat sini pun jeles sebab tak dapat ke sana...

      Delete
  8. hahaha meng aku pi warung ibu tu aritu...biasa je la takde sedap meletop sgt....hehehehe...

    amboi org kat atas tu, layan lagu samudera...kumpulan apa tu tak pnah dgr pun... #bajetmudabelia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammbbooiii Cik Dara Jelita ... sempppaatt !!!! Hahahhaahaa tak rock ler kalau Kumpulan samudera pun tak kenal !!! Hahahhahaaa

      Delete
    2. aku rasa kedai kedai ni masa memula mula je gempak beriya.. lepas ramai pelanggan semua dah haywire.

      sebagai host abadi JJCM... sila terjah tempat lain yang lebih memikat selera !

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...