Monday, December 21, 2015

Xplorasi Goa : 13 - Palolem Beach - Margao - Benaulim Beach

Lebih kurang 45 minit aku lepak kat Palolem Beach ni.

Di tepian pantai

Maybe cuaca tengah hari berdiri, tak banyak aktiviti yang boleh di lihat di Palolem Beach ni. Maybe petang petang baru meriah.

Ada la sorang dua tengah mandi kat laut. Ada dua tiga family yang tengah picnic. Aku just santai lepak lepak sambil tengok beberapa nelayan tengah punggah ikan setelah pulang dari laut.

Layan sikit gambar lagi di Palolem Beach ni.


Bot nelayan


Pantai tak berapa landai. Kalau air surut cantik la kot


Bot bot nelayan 


Bot bot nelayan 

Bot nelayan di Palolem

Ini kedai yang aku tunggu tapi tak di layan


Palolem Beach

Baru ingat nak lunch kat sini, tapi tak berkesempatan jugak.

Sudahnya, aku blah je lah. Balik ke simpang jalan tempat aku turun bas tadi dan tunggu bas semula kat situ.

Aci tengah bergosgos 

Nasib jugak la menunggu bas tak lama. Dalam 5 minit lepas tu ada bas sampai. Ramai jugak yang turun. So aku terus je naik

Tapi bas yang aku naik ni tak terus ke Margao sebaliknya cuma berhenti di stesen Canacona jer. 

Tambang dari Palolem ke Cananona adalah INR 8. Murah sungguh. Tak sampai 50 sen. Tapi jaraknya pun tak jauh mana. Dalam 3 KM jer.

Sampai di Canacona aku tukar bas ke Margao

Sempat layan rokok. Tengok Harley selamba je orang park tepi jalan kena berak dengan burung

Terminal bas Canacona. Dari sini aku perlu ambik bas balik ke Madgao

Ni perjalanan pulang aku dari Palolem ke Madgao

Masa aku nak naik tu, ada satu bas ke Madgao dah tunggu orang tapi dah penuh. Aku memula tak nak naik, tapi conduktor bas tu beriya paksa.

"Come. Come. Dont worry these people 5 KM only. After that bus empty"

Berhimpit himpit dalam bas

Memang dasar mulut manis jubur masin lah. Aku tertipu di situ. Bas memang penuh. Ramai makcik makcik yang nak ke kuil yang terletak tak jauh dari Canacona ni. So bas agak pack. Dah la dia suruh semua ke belakang. Berhimpit himpit aku berdiri. Memang tak selesa.

Bila sampai kat kuil tu je, ramai yang turun dan ramai jugak yang naik ! 

Bas masih penuh

Sepanjang jalan bas penuh. Tapi dia orang ni kalau naik bas memang tak de belah ehsan la. Orang tua ker. Pompuan mengandung ke. Asal dapat seat semua buat keras je tak nak let go !

Kesian dia orang terpaksa berdiri. Lagi lagi bebudak sekolah yang kecik kecik tu. 

Perjalanan yang agak membosankan dari Canacona ke Madgao

Sampai kat satu area tu kira kira dah setengah perjalanan baru la aku dapat duduk. Tu pun duduk kat seat belakang sekali.

Dah la yang sebelah aku hujung sekali tidur berdengkur. Kuat lak tu !

Dan paling tak boleh belah sorang mamat sebelah aku ni.

Memula masa berdiri dia berdiri sama dengan aku jugak. Dia sibuk la nak pegang beg dia tu dengan tangan yang sama dia pegang railing atas. Pastu beg dia berayun kena kepala sorang makcik ni. Few times jugak lah dan aku perasan makcik tu macam pandang dia tak puas hati. Ada sedikit tense antara mereka berdua sepanjang perjalanan tu dan aku buat derk jer lah. Tapi aku tengok pun bengang jugak mamat tu langsung tak pedulik kan orang lain. Sibuk nak pegang beg dia tu sampai tertonyoh tonyoh kepala makcik sorang ni.

Dan last sekali masa kami semua dapat duduk aku rasa lagi gross gila dengan mamat ni.

Sepanjang jalan keje dia korek hidung jer !

Korek idung as korek tu macam nak tembus ! Tak berhenti henti lak tu menjolok ! Banyak betul bijih.

Oh.. sebab dalam bas bosan, aku jadi paparazi sebagai bukti !

Ni mamat yang duduk sebelah aku

Ini la keje dia. Korek hidung tak abis abis

Bukan sekali dua tapi sepanjang masa. Cara dia korek tu pulak.. macam nak terjolok hidung ke atas..

Tapi yang paling aku rasa geli nak muntah plus nak tergelak.

Lepas dia korek korek hidung dia tu.....

Dia pegi gentel taik hidung dan jatuh atas kepala Makcik yang duduk depan dia. Makcik tu la yang tak puas hati dengan dia pasal beg berayun ayun tadi tu.

Every time. Dia korek. Pastu gentel atas kepala Aci tu. Gila lah. Nak termuntah lak aku tengok. Aci tu pulak tak perasan dok kat depan. Aku rasa penuh taik hidung mamat ni atas kepala Aci tu.

Hahahaa.. Mesti Aci tu ingat dia di datangi masalah kelemumur ! Balik rumah nanti singgah beli Head & Shoulder tau !

Tapi tu la hiburan aku dalam perjalanan tu dok gelak gelak sendiri.

Perjalanan dari Canacona balik ke Margao ni aku rasa lebih lama. Siap tahan mengantuk lagi. Kali ni bas banyak berhenti menurun dan ambik penumpang.

Akhirnya kami sampai jugak di Bus Station Margao semula. 

Margao

Macam biasa, turun dari bas aku lepak jap hisap rokok. 

Ada je orang berhenti tanya nak naik motosikal ke tidak, memula aku macam nak buat macam semalam jugak. Beach hopping, tapi memandangkan aku tak banyak masa aku fikir, aku choose 2 pantai je lah. Yang sempat sebelum aku balik dan gerak ke airport nanti.

Kang nak pegi banyak banyak terkejar kejar, miss flight, aku yang naya !

Bas station Margao. 

Aku melilau cari bas ke Colva Beach. Tu la destinasi aku lepas ni.  Sambil tu aku singgah kat area airport transfer untuk check bas ke airport. Ada bas dari Margao terus ke airpoirt. Lega lak aku rasa, so nanti aku naik dari sini je terus ke airport.

Tanya tanya orang, akhirnya ada mamat sorang ni bagitau, bas ke Colva Beach ada kat hujung sekali.

Bas ke Colva Beach melalui Benaulim Beach

Memandangkan Benaulim Beach dengan Colva Beach tu sebelah sebelah. So aku fikir, aku nak pegi ke Benaulim Beach dulu la pastu baru aku ke Colva Beach untuk tengok sunset.

Tambang sampai ke Benaulim Beach sebanyak INR 10. Jarak perjalanan tak sampai 15 minit.

Salah sebuah gereja di Margao

Orang jual buah buahan tepi jalan

Bas ke Colva Beach tu bergerak agak perlahan. Tapi sebab aku tak pasti kat mana nak turun, masa aku tanya mamat konduktor tu, dia cakap Benaulim dah lepas. Dia suruh drebar berhenti dan paksa aku turun !

Cinabeng. Ntah mana mana ntah. Aku pulak yang cuak. Nasib baik tanya orang, ada mamat ni kata ada simpang dan aku kena ikut jalan terus sampai ke Benaulim Beach.

Simpang jalan

Jauh jugak la kena berjalan. Menyesal pun ada aku jadi nya

Nampak babi sekandang. "Hi babi !"

Lebih kurang 1 KM menapak, akhirnya aku sampai ke area pantai.

Benaulim Beach ni memang salah satu pantai di South Goa yang masih belum tercemar dan kurang pelancong. Sebabnya kawasannya lebih di bangunkan sebagai kawasan resort dan perumahan jadi public area pun sikit jer.

Masa sampai kat pantai tu, cuaca dah hampir petang. 

Aku usha usha pemandangan jer.

Benaulim Beach

Pantai yang landai

Pasir yang bersih dan halus memutih

Tak ramai orang. Memang relax dan santai jer pantai dia

Memula aku lepak lepak je kat situ then bila fikir balik, kalau aku nak ke Colva Beach aku kena patah balik jalan kat simpang tadi dan jalan kaki sampai ke sana.

Since aku baca Colva dengan Benaulim ni sebelah sebelah je, aku tanya sorang mamat tu boleh tak kalau aku jalan kaki tepi pantai tu dan sampai ke Colva Beach.

Dia kata boleh. Kena jalan dalam 15 minit. Nanti jumpa ramai orang... itu la dia Colva Beach !

Pasir dan karang karangan

Damai dan sunyi je pantai dia

Ada dua tiga orang tengah beraksi di tepi pantai

Dan aku terus menapak ikut pesisir pantai melewati Benaulim Beach ke arah Colva Beach.

Benaulim Beach 

Benaulim Beach 

Benaulim Beach 

Benaulim Beach 

Santai

Harap harap tiada halangan di perjalanan.,,,,,,,,,

Layan gambar gambar di Benaulim Beach...

Benaulim Beach 

Benaulim Beach 

Benaulim Beach 

Benaulim merupakan sebuah kawasan yang mempunyai keindahaan alam semula jadi yang tersendiri. Terletak di Selatan Goa dan tidak jauh daripada bandar Margao.

Lagenda lama mengatakan bahawa Tuhan Parasurama yang menjelma sebagai Tuhan Vishnu telah menembak anak panah dari pergunungan Sahyadri di bersebelahan Konkan. Anak panah tersebut telah mendarat di kawasan ini lalu tempat ini di namakan Banavalli ( perkampung anak panah ) dan seterusnya menjadi Benaulim.

Keindahan pantai Benaulim ini masih belum tercemar. Pantai yang panjang ini dihuni oleh beberapa resort mewah dan perkampungan tempatan.

Bagi aku Benaulim Beach ni memang menarik untuk istirehat dan santai.

Baru lah aku rasa tertarik dengan pantai di Goa ni !



Sempurna waktu
Ada dirimu
Ada cintamu

Apakah kita
Akan bersama
Harus bersama
Semua indah kan bererti
Rasa hati lagi

Sungguh ku milikmu
Kau milikku
Takkan ada yang pisahkan kita
Ku mampu bertahan
Cepat atau lambat
Mampu bertahan
Sempurna oleh waktu

Sungguh ku milikmu
Kau juga milikku
Sempurna

Semua indah kan bererti
Rasa hati lagi
Sungguh ku milikmu
Kau milikku
Takkan ada yang pisahkan kita
Ku mampu bertahan
Cepat atau lambat
Mampu bertahan
Sempurna oleh waktu

Takkan aku tinggalkan dirimu
Ku mampu bertahan
Cepat atau lambat
Mampu bertahan
Sempurna oleh waktu
Sempurna oleh waktu

bersambung.............. 

10 comments :

  1. Aiyooo..dah lar aku tahan napas baca entry sbb tgk pic bus penoh *torture deria bau ko x Meng dlm bus tue? hahaha, ko sambung lak citer org korek hidung. Detail lak tue..uwekkkkk. Hampeh! kesian aci tue..huhuhu

    Sib cover blk ngan view lawa Benaulim Beach..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya geng geng dia org kat Goa ni tak de bau sangat.. Tak macam belah belah lain...

      ni jenis wangi wangi je semua... tapi ada lah satu dua yang sesat bau tengik tu.. tu x leh nak tolong dah

      Delete
  2. Nasib aku dah abis makan baca entry ko ni...klu tak, makin selera aku makan..kehkehkeh...sempat gak ko amik gambar ye Meng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku stress duduk sebelah dia ! sebab cara dia rodok hidung dia tu mcm tak de belah kasihan langsung

      Delete
  3. Pegang mmolek naik bas tu... Silap2 brek muka mu tersembam kat ketiak org.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha. kata orang...

      "hati hati .. nanti tertumus...."

      Delete
  4. *lap muntah dari kibod*
    Lenkali sertakan warning sebelum cite jijik cenni Meng.

    Eh skang ko menembak pakai ipong ke kemere?

    Dan pantai2 dorang serupa mcm pantai kampong ko...kan. dejavu teraser. Ko ghase?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak la. kampung aku lagi lawa pantai nya... ala ala coast ... hahahahah

      Aku menembak pakai kamera dgn phone. Mana yang sempat lah.

      * hulur tisu lap muntah

      Delete
  5. knp kelakar sgt ini kali?

    *gila gelak sensorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan gelak kuat sgt.... nanti org tuduh bukan bukan

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...