Monday, November 24, 2014

Trip Romantikus : JapaMala Resort, Tioman Island - Part I

Ola !

Ini trip tanpa budak budak. So bapak dan mak budak boleh bercengkerama rama tanpa ada orang menjerit nak berdukung. Nak mandi kolam. Nak itu. Nak ini.... Tak nak berjalan. Tak nak itu. Tak nak ini.

Tapi kesian gak tengok muka bila kena tinggal.

Trip ni aku set sendiri sebagai hadiah kepada diri sendiri sempena anniversary jubli emas?

Pilihannya adalah ke Pulau Tioman !

Pulau Tioman dari kejauhan ( ada tak macam rupa naga ? )

Sebenarnya plan ke Pulau Tioman ni pun last minit. Once aku decided nak pegi bercuti cuti anniversary, ada few places dalam kepala otak. 

1. Pangkor Laut Resort, di Pulau Pangkor Laut.
2. Batu Batu Resort, di Pulau Tengah.
3. JapaMala Resort & SPA, di Pulau Tioman.

Dan sebab last minit tahu tau je lah.. No 1 dan No 2 adalah fully booked ! So tinggal last choice tu makanya....... ke Tioman lah kita.

Dari KL bergerak sesubuh hari sampai Mersing pagi. Nasib la ada bot pagi tu terus ke Pulau Tioman. Nasib baik betul sebab bot sekali je sehari.

Hentian ferry pertama di Kampung Genting, Tioman

Sebab JapaMala ni adalah resort dengan private beach dan segala mala private kononnya lah. Jadi ferry dari Mersing tak berhenti di jetty dia. Stop di hentian pertama Kampung Genting, then call mereka pastu adalah bot mereka datang menculik kami.

Yang tak bestnya... resort dah la mahal. Bot pick up ni pun kena bayar lain. Satu trip RM 30 sorang. Kalau 2 orang dah RM 60. Kalau pergi dan balik.. tak ke jadi RM 120 ? Tak termasuk ferry dari mersing lagi RM 35 sehala untuk seorang.

Dah resort mahal tu patut masukkan je la sekali harga bot ni.

Dan paling tak boleh blah... jarak perjalanan bot ni dari Kampung Genting ke JapaMala resort adalah 5 minit !!!

Ketahian apakah ini?

5 minit = RM 30

Okey. Tak leh complain sebab kami yang gatal nak duk sini !

Bot JapaMala datang pick up

JapaMala Resort, Pulau Tioman. JapaMala tu maksud dia adalah gelang tasbih untuk meditasi mantra kaum Hindu...

Sampai je kat jetty, di sambut oleh pekerja mereka.

"Selamat datang.. welcome..."

Ingatkan Melayu tapi rupanya bukan. 

For info.. JapaMala ni adalah di miliki oleh seorang Model Malaysia  ( tapi aku lupa nama dia sapa ).. so konsep nya adalah Thai/Viet/Bali lebih kurang cam tu lah. So expect pekerja pekerja mereka adalah dari sana jugak.

Bagi yang biasa pegi Tamarind Springs di Taman TAR Ampang atau Villa Samadhi di KL, mereka tu adalah adik beradik dengan resort ni lah.

Jadi.. apa yang membuatkan tempat ni dikategorikan sebagai luxury? Jom usha apa yang patut dan nilaikan sendiri.

Ini adalah jetty mereka. Atas tu adalah Italian restoran. Namanya Mandi Mandi.. sapa tak mandi tak leh makan kat sini !

Ini lobby reception mereka... Pompuan tu Residence Manager nama Ayuni.. Rasanya Vietnamese kot. Tapi friendly lah

Welcome drink dengan wet towel... air serai. Sedap gak la... tu yang tinggal satu sebab ada orang tak sabar terus minum. Dahaga sangat la kot.

Ini adalah lobby.... Ada air terjun siap siap kat belakang tu. Check in adalah pantas sebabnya dia dah ready bila kita dah call siap siap time nak suruh bot pick up...

Ini adalah pantai dia. Bersih... tapi laut tak berapa cantik sebab mendung waktu sampai

Ini salah satu pool dia

Ini restorant. Namanya... Tamarind Terrace. Thai dan Indochinese food

Beach. Bersih....

Gazebos dan tempat istirehat

Kolam ikan.. hujung sana tu library

Ini lagi satu pool... Pool baru ni. Best sebab tak ramai orang...

Pantai dan batu batuan

Santai

Laluan ke bilik

Apa yang aku suka dengan resort ni adalah tak ramai orang !

Resort ni cuma ada dalam belas belas villa jer jadi memang tak ramai orang. So paling ramai pun lebih kurang 30 orang at one time. Jadi kebarangkalian untuk terserempak dengan orang yang sama adalah besar.

Pendek kata pekerja dia lagi ramai pada guests. Dan pekerja dia boleh ingat nama kita.

"Yes.. call me Brad Pit and this is Angelina Jolie.... Anak anak kami tak der.. kami hantar ke Cambodia buat kerja kerja amal !"

* pakai shade dan terus terjun laut.

Ini pantai dia....

Citer pasal makan dulu.

Makan kat sini adalah mahal. Sebab ada 2 restaurant je milik resort dan tempat ni memang disconnected dengan lain lain kawasan di pulau ni. Jadi kalau tak makan di restoran mereka.. kita akan kelaparan. Atas sebab nak membajet maka akan kurus dalam masa 3 hari 2 malam.

Silap silap boleh kebulur. Bolehlah merasa cemana bercuti di Afrika.

Jadi.. makan je lah.

First resto adalah Mandi Mandi. Serves Italian food. Sangat sesuai dengan Hitalian celup yang datang melawat kawasan ni. Yang best adalah locationnya di atas laut !

So kalau makan tak moh bayar, boleh terjun terus dalam laut. Hek...OK Jangan ! Sah sah la semua pekerja dia akan kenal kita jadi tak boleh lari..... dia orang siap tau bilik kita yang mana satu !

Menu.... 

Posisi yang sangat santai

Berkira kira jugak la aku nak duduk situ takut berat sangat terserpih benda alah tu patah ker... terus masuk laut

Ikan ikanan di persekitaran. Kalau nak save, tangkap je ikan tu pastu makan

Antara makanan yang aku try di sini

Sebab mahal. Order pizza je pastu share. Kedekut kan?

Makan malam. OR punya.. apa benda ntah

Cuci cuci mulut. Tak sedap sangat

Now makan makan di Tamarind Terrace pulak.

Nasi Goreng Tomyam. Cost dia.. RM 26 !

Aku tak tau la apa nama makanan ni

Tamarind Terrace

Buku menu

Harga

Breakfast pun semua kat sini. Overall makanan so so lah. Breakfast memang best. Spread banyak gila dan sedap. Tapi kalau dah 2-3 kali makan kat sini rasa macam tak berkembang jer. Lama lama naik bosan. Jadi.. tak leh stay sini lama lama..

* padahal tak de duit.

Ini pantai dia.. Second dah cuaca OK sikit

Ini library. Sebab bosan jugak la kan.. tetiba aku rajin membaca ! 

Oh. Resort ni coverage phone memang tak der ! Tapi nasib baik ada free wifi merata rata dalam kawasan resort ni termasuk la hutan, tepi pantai, atas batu.. atas jambatan... !

Silap silap kalau malam malam intai atas pokok bergayutan langsuir ramai ramai goyang kaki dok curi wifi free?

Ahaks !

Tapi aku baca magazine jer. Sambil feel feel di temani oleh Jessica Alba.. eh mana Angelina Jolie aku tadi? Laaa dah terjun laut.

Dan layan la saki baki gambar gambar di hari pertama.............

Jetty

Bawah jetty.

Senja nan tiada...

Pantai

Dinner over sunset

Senja berlabuh............

Malam tu hujan menggila. Dah nak start monsoon kan

Badai merusuh...

Musnah segala harapan nak bersantai mantai. Duk dalam bilik jer lah. Nanti aku share pasal bilik lak.

Tapi ada satu benda yang aku rasa agak different dengan resort ni dengan resort resort yang pernah aku duduk.

Aku cakap kan resort ni biasanya orang tak ramai .. so setiap petang pekerja dia akan bagi minum petang berupa cake ke kuih ker.. dan dia orang ni akan pegi cari guests sebab nak bagi kuih free ni !

Ada first day tu, aku lepak kat gazebo so OK la dia hantar time kami lepak lepak.

Kuih

Ni je pun kuih dia. Bukan sedap mana.. Opsss... tapi tanda ingatan tu penting. kan?

So setiap petang. mana mana guests melepak.. dia orang pegi hantar even yang tengah main tanam tanam pasir di hujung pantai.

Tapi time second day. Aku tengah snorkelling... mamat pekerja tu pegi tepi pantai tunggu kami. Ingat kan nak buat apa lah.. siap panggil panggil. 

Rupanya nak bagi kuih.

Beriya riya aku buat kemunculan dari dasar laut dengan snorkelling mask masih di muka dan terus ke pantai.

"Sir.. this is for you"
"Avif? Kuif....."

OK. Snorkeling mask belum di buka. Buka sat.

"Abis tu kuih je? Air? Kalau kami tercekik cemana ?"

Okeh. Dia tak faham !

Air ada kat gazebos... FOC.

Kuih biasa biasa jer but tu aku rasa service yang tak dapat di mana mana resort lain kat Malaysia ni or at least tempat yang aku pernah stay !



Dalam sepi
Engkau datang
Beri ku kekuatan
tuk bertahan

Kau percaya
Aku ada
Kau yang aku inginkan
Selamanya

Kau adalah hatiku
Kau belahan jiwaku
Seperti itu ku mencintamu
Sampai mati

Di hidupku yang tak sempurna
Kau adalah hal terindah yang ku punya

Seperti itu ku mencintamu
Sampai mati

bersambung....

10 comments :

  1. Auwww sooo schweet and romantic bang meng oiii... Kudos and happy anniversaryyyy...

    Tak mampu ke sinii tgk pic tapi mcm besttt tak sbr tgu gmba bilik plak.. sure heavennn tido dlm tuh.

    ReplyDelete
  2. uihh..cantik, tidak ku sangka ada resort cmni dekat tioman
    tapi resoran mandi2 tu nmpak cm usang sikit, mmg konsep ke ape tu?
    btw, happy anniversary bang meng..

    ReplyDelete
  3. happy anniversary meng!jubli emas dah?mak aihhh...hahahaha!

    kerlass ko meng smpai sini pun ada makanan hitaly...takde la sesak tekak ko tak dpt makanan ruji...hahaha

    nampak best tempat ni...tapi mesti mahal...org hanimun bleh la...kalo ktorg2 pergi, buat panas hati org lain jer duk memekak mandi pool!hehehe

    ReplyDelete
  4. Aku nak tergelak je baca entri ni. Tapi Tioman memang lawa la. Siba baik ada menu Italy.

    ReplyDelete
  5. Happy Anniversary Meng dan OR.
    Semoga dipanjangkan jodoh hingga ke syurga. Amin.

    Macam pelik je kuih muih tu Meng?
    Dari Indonesia ke?

    ReplyDelete
  6. takde gambar bilik ke habang meng?

    ReplyDelete
  7. FJ : boleh je... menabung dulu.. tak pun ajak bakal suami je nanti. hiks.


    Dz : tak tau la konsep ke apa.. tapi resort ni agak dah lama sebenarnya...

    usang gak la.. aku pun cuak cuak nak berjalan atas tu..

    thanks.


    DJ : tu la pasal. sampai sampai je terus cakap Italy kat resto italy..

    nasib tak kena tolak masuk laut...


    Ali : nasi dgn belacan pun aku ok jer..

    ada telur dadar.. hahahaha


    ReplyDelete
  8. Mya : ntah. aku pun tak tau. memang agak pelik dan .......... tak sedap !!!


    Azra : of chos ada..

    saja nak banyakkan entry. hiks..


    JJ : tak sedaff sangat. hahahaha..

    malu nak tunjuk tapi snorkeling mask dia kaler pink !!!

    pasrah...


    MKl : sekali sekala jerrr

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...