Friday, November 28, 2014

Trip Romantikus : JapaMala Resort, Tioman Island - Part III

Kita pegi part last ni dengan gambar gambar yang random sekitar JapaMala Resort & Spa, Pulau Tioman.

Ayuh mulakan.

Mandi Mandi Resto.. memang romantik abis lah..

Boleh jugak snorkelling kat area nih. Tapi ada satu kali tu aku nampak minah Japan, pakai mask dengan google dari pantai sampai ke sini.. gila kelakar jalan jauh jauh tak bukak mask

Ni binatang apa pun tak tau. Ukiran kayu di jambatan

Sungai yang mengalir lesu

Laluan ke chalet

Tempat santai di Cliff View Chalet. Cuak jugak la kalau aku duduk tu takut patah benda alah tu. Terus ke bawah

Jetty dia agak something.. Lawa dan romantik

Ini rumah Penghulu.. boleh muat ramai ni dalam ni. Harga pun ribu ribuan semalam

Sudut lain

Beach. Pantai dia agak berbatu batu sikit

Ini air masak kat gazebos... FOC jer

Swimming pool dia. Best gak

Pokok kelapa yang kepatahan batangnya

Gazebos

Gazebos yang banyak dan mencukupi. Boleh lepak di mana saja yang di sukai..

Jambatan

Pantai. Chalet aku di hujung sana nuh

Ini kat restoran

Italian Resto

Ini la minah Jepun yang cross jambatan dengan mask dan google terpasang di muka

Italian Resro

Santai

Aci lepak lama lama di sini

Oh. dalam bilik dia bagi kain sarung. So aku assume mat salleh tu pakai kain yang dibekalkan dalam chalet masing masing

Pantai memang bersih

Ada satu family mat salleh. Tapi tempat ni memang tak berapa sesuai untuk budak budak

Air laut dan ikan berenang riang

Burung pun turut bercanda

Apatah lagi couple couple yang romantik.

Menjelang senja

JapaMala

Senja di JapaMala

OK. Aku nak story satu benda yang buat aku rasa tak nak repeat.

Sepanjang time kat sini, ada la few times aku gi library dia. Keluar masuk,. lepak lepak kat sofa. Baca baca buku ( konon rajin )....  Lagipun semua free je kat sini kalau nak guna kayak ke.. snorkelling ke. library ker... so tak kisah la tu.

Ini library dia

Ini tempat santai mantai

Most of the time aku melepak kat sini.. tanpa menyedari.. atas kepala aku, kat bumbung tu...

Ada penghuni nya !

Dang !

Ular sawa siot !!.. 

Tu pun aku perasan masa last day. Staff dia yang bagitau.

"You wanna see something?"
"What?"

Then dia tunjuk. Ular sawa melingkor lingkor kat situ. Atas kepala aku jer selama aku lepak kat sofa kat library tu.

"She stays here?"
"Yes.. most of the time... but this is the baby. Sometimes the father comes down"

Erk.............................? Baby ke.. Cucu dia ker.. kalau dah nama ular.. Jangan cuba cuba nak dekat kan dengan aku.

All these while aku nak menyemai perasaan 'mari lah membaca' dan tak menyedari atas kepala aku sebenarnya ada ular sawa? Buatnya dia jatuh time aku melepak kat sofa tu tak ke kena serangan jantung aku kat situ?

"Yang ! Packing beg sekarang. kita berambOs !!!!!!!!!!!!!!!!!!"

* paranoia terus terjun laut dan berenang....

"Yanggggggggggggggg... awak naik ferry je.. Jumpa kat Mersing !!"

Okey. Dua dialog last tu adalah dialog busuk. Jangan percaya.



Haruskah ku ulangi lagi
Kata cinta ku pada mu
Yakin kan dirimu

Masihkah terlintas di dada
Keraguan mu itu
Susah kan hati mu

Tak akan ada cinta yang lain
Pastinya cintaku hanya untuk mu
Pernah kah terbersik oleh mu
Aku pun takut kehilangan
Dirimu

Ingatkah satu bait kenangan
Cerita cinta kita
Tak mungkin terlupa

Buang semua angan muluk mu itu
Percaya takdir kita
Aku cinta padamu

Akan kah nanti
Terulang lagi
Jalinan cinta semula

Dengarlah bisikku
Bukalah mata hatimu

Mungkin sebab ular, mungkin jugak sebab bergegas nak kejar ferry, sampai jetty Mersing aku dapat panggilan dari Residence Manager.

"Excuse me Sir, where did you put your room key?"

Seluk poket.

"Alamak.. Sorry. The key is with me !"

Cubaan nak merampok? Hahaha. Aku terlupa.........

TAMAT

13 comments :

  1. Bapok ah ulor sawe.
    Ntah2 dlm bilik pun ada sekor bwh katil...

    ReplyDelete
  2. Kalau ke sini, mmg tak akan jejak ler library tu...

    ReplyDelete
  3. Yang bagusnya ular tu lepak kat libary. Yang tak bagusnya dia dok kat atas. Kot dia nak bergurau jatuh atas riba ko camana Meng? Errr... apa kesudahan cerita kunci tu? Ko hantar balik tak?

    ReplyDelete
  4. Ok aku baru nk feeling2 pi sini pas nmpk gmbar jmbtan cun giler di kala senja tu...sekali nmpk gmbr ular tuuuu...choi!punah angan2 aku...xde nye lah aku nkpi...buatnya tgh tdo dia msuk bilik?bapak dia plk tu yg masuk...huhuhu

    ReplyDelete
  5. eiiiiiiiiiiiiihhhhhhhhh, cancelled lah nak gi situ walaupun aku kaya raya sebb benda melengkau tu....
    walau dalam mimpi tidak kuingini....

    ReplyDelete
  6. haisyooo menakotkan!
    tanpa rasa bersalah staff tu cerita kat kau eh meng?
    tsk.

    ReplyDelete
  7. Hahaha...

    Bang Meng, sebenarnya masa tengok gambar part sebelum ni lagi..tengok bilik kat celah-celah hutan..dah terfikir dah pasal binatang ni...

    Kalau la tengah tidor malam-malam kat chellet tiba-tiba ada yang merayap masuk camne...

    Sekali...memang betul ada....huhuhu...ngeri....

    ReplyDelete
  8. hahahaha takpe lepas ni boleh bawak OR gi SARI PACIFICA Pulau Lang Tengah

    ReplyDelete
  9. ape ke hae nya letak ulat kat atas tu..kalau jatuh terjuntai or budak2 ygada kat kawasan tu..ishhh...sabar je lah

    ReplyDelete
  10. amir : huish.. jangan la. tapi memang cuak gak. dari awal aku dah dapat rasakan.. tapi malas nak fikir2 sgt..


    MrsS : masalahnya nak balik bilik kena lalu depan library tu...

    pulak tu ada palang2 atas jalan.. jenuh aku intai dulu selepas tu.

    cuak kot ada yang tengah menunggu...

    ergkkkkk


    ali : kalau dia jatuh depan aku memang aku pengsan.

    kalau jatuh atas riba.. memang koma..

    confirm...

    heheh sambungan pasal kunci tu. pompuan tu suh tinggal kat one of tempat jual tiket kat jetty mersing.

    nasib belum bergerak dari mersing time tu...


    ReplyDelete
  11. DJ : tu la pasal. so memang confirm la aku dah tak jejak tempat ni.

    sesapa pegi nanti usha la ular ni ada lagi tak kat situ. ke dah membesar bagai johan?


    NM : haaaa. kan kan kan. aku pun kalau tau upfront memang aku tak pegi..

    rela aku gi berehat di hotel tengah2 kota


    JJ : urut dada....

    takut kan?? kan???


    Mya : maybe dia ingat aku berani kot....

    dia tak tau.... yang sebenarnya aku......................

    * terjun laut

    ReplyDelete
  12. Has : tu la... cuak eh. kalau ada anak mesti la ada mak bapak dan sedara mara dia orang ni..

    isk..

    lagi lagi kalau duk villa yang dlm2 hutan tu. silap2 balik2 dia tgh menunggu depan villa...

    huahahahhaha....


    CC : Lang tengah dalam plan. tak tau bila. nanti la..

    tapi not sari pacifica kot. mahal dan tak servis tak best. kecuali kat pulau besar tu la...


    JM : ular.. bukan ulat.

    kalau ulat aku gelak jer ...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...