Wednesday, November 5, 2014

Trip Mencari Damai di Pulau Besar : 01/05

Ini cerita trip ke Pulau Besar.

Aku akan tulis dengan laju sebab tak de apa nak di cerita. Misi kami adalah mencari ketenangan dan kedamaian sambil berehat rehat minda dan jiwa.

Jadi.....layan gambar jer untuk ketenangan bersama.....

Subuh sapie bertolak dari KL

Ikut highway PLUS, exit Ayer Hitam.. terus ke Kluang sebelum ke Mersing

Dah sampai di Jeti Mersing.....

Mersing - Destinasi pelancongan

Ini pejabat resort. Semua urusan settlekan di sini. Aku dah book awal awal lagi. Sampai sini cuma register jer. Then tunggu dia orang panggil untuk naik bot

Kuala Sungai Mersing... naik bot di sini

Speed boat.... laju jugak lah. Tapi bergerak tak on time. Kata 12.30 tapi 1 lebih baru gerak.

20 minit je perjalanan

Hoyeh.. Desiran ombak membelai pantai menyambut kedatangan kami

Jetty utama Pulau Besar

Terus di bawa ke resort penginapan

Resort yang ada... ada yang mengadap laut dan ada yang mengadap desa... pilihan di tangan anda

Pandangan di hadapan resort. Bagi aku lawa... Sampai sampai je di beri welcome drink. Air oren jer.

Ada rumah atas pokok

Tempat makan di resort. Kami terus makan tengahari. Makan so so jer lah. Tapi dah sekali dengan pakej.

Lampu lampa penyeri suasana.

Buffet lunch

Baru ke chalet

Katil agak best !  1 double dan 1 single. Okey lah... Yang penting ada aircond

Chalet agak luas.. semua OK. Tapi tak de TV !!!! Hantu TV semua mati kutu.....

Ada swimming pool. Tapi air dia agak tak terjaga. Banyak klorin.

Laluan sekitar Aseana Resort

Ada perkampungan masyarakat di sini. Ada rumah rumah, masjid dan kedai runcit. Warung pun ada. Tapi barang semua agak limited. Rokok tak der !!!!!

Ni resort lain kat sebelah resort yang aku duduk. Nama dia D Coconut Resort

Chalet dia. Nampak biasa biasa je. Tempat aku duduk, Aseania tu OK lagi kot

Di Pulau Besar.. pantai agak masih belum ternoda sepenuhnya....

Ada bahagian bahagian yang kurang orang pegi so pantai agak dara 

Tapi Pulau Besar ni tak besar mana. Pusing pusing kejap je abis lah. Cuma best sebab tak de ramai orang !!!

Ini chalet kampung. Dia bagi sewa bagi yang berminat. Paling hujung tempatnya. Menarik. Tapi tak tau cemana nak booking tempat ni. Macam tak de orang jer

Ini pandangan tepi pantai tempat paling hujung belah kanan pulau yang boleh di jejaki

Sejam jalan jalan sekitar Pulau Besar ni dah boleh khatam. Balik ke resort dan lepak lepak depan resort. Kat depan Aseana Resort tu je paling best nak lepak. Pasir terjaga dan bersih.

Layan perasaan.

Bumi Cinta

Nak citer ni. Aku ni konon konon nak mengisi masa lapang time bercuti ni, nak la belajar belajar baca buku macam orang. Nak pupuk semangat rajin membaca sebab aku ni paling tak suka baca buku buku novel ni. 

So sebelum naik bot kat Mersing tu, aku gi usha kedai buku. Dengan niat nak pilih novel. Moga moga aku dapat khatam dalam masa 3 hari ni.

Nak pilih novel pun satu hal. Aku tak suka novel Inggeris sebab aku yakin, aku tak akan abis baca ! So kena cari novel Melayu. Tapi novel Melayu pun, aku tak suka penulis novel yang pompuan. Dan aku tak suka cerita cintak cintun.

Last sekali... aku ambik je buku tu. Bumi Cinta... 

Tau apa jadi????

Aku baca 3 helai jer.. pastu................. letak tepi. Aku suruh OR baca.. dia kata tak best. Ahaks...

Minat membaca tak berjaya di pupuk dan di semai dalam diri ! Camno tu ?

bersambung..........

16 comments :

  1. aku memula ingat pulau besar kat melaka yang org cakap berhantu tu...kagum jap aku ko pi tido situ...hahaha rupanya di mersing...

    nama lama dia kan pulau 'cadbury' besar kan...hahaha takleh blah ada member pedajal ktorang cakap pulau ni penuh binatang tu jer berenang2...choi!ye2 je aku percaya!hahaha

    ReplyDelete
  2. 3 ari takda tv..
    Kalau anak jantan Sham.. siap la.. mau benanah telinga Sham kena bebel..

    ReplyDelete
  3. Meng ...

    Sebut pasal novel nih ... I memang hantu membaca , tapi bukan hantu tauuu ...!!!

    Saya cadangkan kalau nak baca novel melayu, mulai dengan karya RAMLEE AWANG MURSHID ...

    Sebab karyanya memang TERBAIK !!!!!!!!

    Kalau novel English , cer ler start ngan ENID BLYTON ker hahahahahahahahahahahaha

    ReplyDelete
  4. Novel yang sebelum ini masuk gambar khaleed Khosani itu mesti best....sebab dah baca 2 novel dia yg mula...walaupn tak faham bahasa orang putih tapi boleh nangis bila baca....wakakaka

    ReplyDelete
  5. abang meng try la baca "50 shades of grey", mesti minat membaca dapat dipupuk dengan jayanya..kah kah..

    ReplyDelete
  6. Marketing tu. Dia saja lewatkan waktu bot tu berlepas kan kata nak gi resort tepi pantai untuk damaikan hati. Tapi berlagak Hitaly xboleh blah kan, yang penting ada aircon katanye.

    ReplyDelete
  7. cantik view...tk pernah sampai lagi sini..

    ReplyDelete
  8. aku ingat pulau besar Melaka. Rupanya bekas Pulau Bab1 Besar. :D

    Snorkling cantik juga dekat situ.

    ReplyDelete
  9. Bumi Cinta - novel yg berat tapi menarik, kena imagine berada di Rusia..

    bagusnya..memupuk semangat membaca sambil bersantai-santai di tepi pantai..saya jarang bawa buku semasa bercuti..minda pun berehat jg..hehe..

    ReplyDelete
  10. Amir : area yang buleh terjah je la. area belakang2 tu kena trekking...


    DJ : ya.. nama dia pulau babi besar. tapi di buang babi.. takut lagi orang tak nak pegi...


    Sham : betul tu... tv ada tapi kat lobby resort. dlm bilik je tak der...


    Ghaz : tu citer hantu kan? tak moh la.. iman senipis kulit bawang..

    baca surat khabar je la kot yang buleh

    ReplyDelete
  11. NasaM : tu sebab nak baca lepas tgk cerita the kites apa tu... tapi tak larat nak abiskan..

    tunggu movie la kot ada..


    Dz : nanti aku baca.. tu citer lucah kan? aku pasti suka..



    BK : macam ni kalau berasam dari luar negara.. kan. kan.. nak berubah tu. susah skit la.

    * kipas kipas kepanasan

    ReplyDelete
  12. Amiza : nanti kau pegi sana. honeymoon ke .. apa ke.. santai abis...


    Kapt Z : sebelah pulau batu batu je ni. tapi tu la.. ni murah skit. batu batu tu mahal sgt.

    snorkelling area lain ok kot...


    MKl : sila rujuk entry aseania. pernah tulis dulu. tak ingat dah


    Nohas : konon sebab nak ilangkan bosan.... konon jerr

    ReplyDelete
  13. Ape..Abe MKL call SM as habang Meng..biar betik hahaha lain lah JM yg perasan muda nih

    kalau bab x suka membaca ni give me 5..x suka membaca kecuali BLOG..kalau nak cepat tdo baru baca majalah or novel



    ReplyDelete
  14. JM : tu la.. nampak tua sgt dah aku ni..

    kejam MKL nih.

    Tu laa baca blog dan baca update fb ok la kot. baca novel2 ni.. malas.. hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...