Tuesday, November 18, 2014

KL : Bangunan Stesyen Keretapi Kuala Lumpur

Skip dulu citer pasal Hotel Majestic tu...  selit skit pasal ni.

Sebab tak de apa nak buat dan percutian ni adalah santai bermalas malasan. Malam pun dinner kat hotel jer. Food memang superb... sedap. banyak dan mengiurkan. Aku rasa Majestic Hotel ni food dia memang super-licious cuma harga.. ermmmmm mahai skit.

Abis dinner malas nak naik bilik, aku suruh OR dengan budak budak je naik dulu sebab aku nak gi merayau.

Berbekalkan sekotak rokok, aku pegi usha ke tempat ni. Betul betul depan dengan Hotel Majestic ni iaitu bangunan Stesyen Keretapi, Kuala Lumpur.

Malam malam ni, apa lagi nak buat kat tempat ni kalau bukan............ mencari hantu !

* buat muka Uncle Seeker

Seram tak?

Tak de la. Tak perlu nak cari hantu. Tak berani pun.. kang terkencing aku dalam seluar. Tapi seram jugak tempat tu kalau pegi malam malam sorang sorang.

Jom jalan jalan sambil mengenang sejarah. Kau orang jangan takut. Aku ada. Cepat pegang aku !

* mati la padahal diri sendiri yang kecut

Jeng Jeng Jeng. Seram tak?

siap dibina pada tahun 1910 untuk menggantikan sebuah stesen yang lebih lama pada tapak yang sama.

Stesen ini pernah dijadikan hab kereta api di bandaraya ini bagi Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Bahasa Inggeris: Federated Malay States Railway) dan Keretapi Tanah Melayu, sebelum Kuala Lumpur Sentral mengambil alih banyak peranannya pada tahun 2001. 

Stesen ini terkenal dengan gaya pembinaannya, mempunyai campuran rekaan Barat dan Timur.

Stesen ini terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, dulu dikenali sebagai Victory Avenue, yang pernah merupakan sebahagian daripada Jalan Damansara..

Stesen ini terletak berhampiran dengan Bangunan Kereta Api Tanah Melayu yang direka cipta dengan mirip, dan juga Masjid Negara dan Kompleks Dayabumi. Stesen LRT Pasar Seni terletak sejauh 400 meter, merentasi Sungai Klang.

Arthur Benison Hubback, seorang pembantu arkitek British kepada Pengarah Jabatan Awam, bertanggungjawab mereka bentuk stesen ini.


Beliau pernah berkhidmat di India, dia menggunakan pengetahuannya mengenai seni bina Inggeris-Asia di kawasan itu dalam reka bentuk stesen ini. Gaya "Neo-Moor/Mughal/Indo-Saracen/Neo-Saracen" bukanlah merupakan gaya yang tidak biasa ketika itu. Struktur serupa, seperti Bangunan Sultan Abdul Samad (reka bentuk oleh A.C. Norman, siap 1895), 

Dewan Bandaraya Lama (reka bentuk oleh A.B. Hubback, siap 1904) dan Masjid Jamek (reka bentuk oleh A.B. Hubback, siap 1909), semuanya dibina sebelum stesen ini.

Dengan kos RM23,000, stesen ini siap dibina dan mula beroperasi pada 1 Ogos 1910.

Selepas perobohan Stesen Residen dan pengasingan Stesen Jalan Sultan, Stesen Keretapi Kuala Lumpur menjadi stesen kereta api utama di Kuala Lumpur. Sebuah hotel, Hotel Stesen (kini Hotel Stesen Warisan), mengambil sebahagian ruang stesen. Pada 1995, perkhidmatan KTM Komuter diperkenalkan di stesen ini.

Stesen ini telah mengalami beberapa perubahan besar dalam sejarahnya.


Sayap utara telah dijadikan kawasan pejabat pada 1967, menutup capaian ke beranda lengkung dengan tingkap. 

Pada 1986, stesen ini diubahsuai dengan lebih menyeluruh, dengan bahagian dalam dan tingkap yang berkenaan digantikan dengan yang lebih moden manakala bahagian luar diperbaiki dan dipelihara, bangunan dan kemudahan baru ditambah, termasuk dewan menunggu berhawa dingin, kaunter maklumat pelancongan dan kedai snek. Sebahagian reka bentuk dan rangka asal dalaman stesen ini masih lagi wujud di Hotel Stesen Warisan.

Bahagian dalam dewan utama stesen (gambar pada Mac 2007) mengalami pengubahsuaian besar pada 1986, dengan sebahagian reka bentuk asal diubah dan dimodenkan. Kini kawasan inu digunakan untuk meletak pameran selepas stesen ini dijadikan sebagai muzium kereta api.


OK. Macam dah banyak maklumat tu aku copy dari wiki. Tapi aku pernah tengok NetGeo.. katanya bangunan Station Keretapi ini adalah satu satunya bangunan di Malaysia yang boleh withstand snow !!

Tapi tak de la terjadi snow turun lagi....

Maka yang lain lainya, tengok gambar je lah.

Seram seram sejuk tempat ni malam malam

Bangunan pejabat Keretapi Tanah Melayu di hadapan Bangunan Station

Terowong bawah tanah yang menghubung ke dua dua nya

Bangunan Station Keretapi KL

Bangunan ini adalah boleh withstand SALJI !!!! Serious tak tipu.........................

Di kala malam .. cik abang berjalan...

Dari sudut lain

Banguann Keretapi di waktu siang

Bangunan ni rasanya dah tak di guna pakai tapi ianya tetap melakar sejarah tersendiri dalam pembangunan Kuala Lumpur dan perkembangan Malaysia dari suatu masa dahulu sehingga sekarang.

Jangan lupa pegi melawat kalau ada masa. Usha usha jer lah.... 

Saya Sayang Kuala Lumpur !

* tetiba



Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan

Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

17 comments :

  1. Hi, Salam perkenalan.

    Berani nyer jalan2 kat sini time malam. Kami yg melihat nie pun seramm..huhu

    ReplyDelete
  2. RM 23,000 dah dapat satu stesen keretapi? nowadays nak beli rumah di KL 300k pun hampir pupus.

    ReplyDelete
  3. Arwah abah aku pernah bertugas kat stesen keretapi ni Meng. Tapi tak lama, dalam 2 tahun je.
    Sebelum beliau meninggal dunia sebab barah hati.
    Arwah abah aku tak smoke, tapi doktor kata sebab terdedah dengan persekitaran yang banyak asap.

    Kenangan betul tempat ni.
    Ingat tak dulu Police Story Jackie Chan tu penah shooting kat sini?
    Jackie Chan panjat menara tu tak silap aku.

    ReplyDelete
  4. selalu pergi, bila nak naik bas plusliner kat sini....kurang sibuk banding ambil bas dari pudu.

    ReplyDelete
  5. ada museum keretapi dalam ni..kecik je
    pernah la datang sekali dua sebab naik bas plusliner/nice.
    bangunan ni mmg picturesque. cantik

    berani abang meng masuk dlm terowong tu malam2...siang2 pun rasa tak sanggup

    ReplyDelete
  6. kau lalu ke terowong bawah tanah tu?

    ReplyDelete
  7. Habang Meng takut hantu ke..ala..pesal x ckp awal2 leh JM temankan

    ReplyDelete
  8. info yang bagus
    sekurang-kurangnya tayah la pi sana memalam..baca dlm blog nih pun dah semacam plak seramnyer.

    ReplyDelete
  9. FL : masa aku jalan tak de la takut mana. tapi bila korang dok sogok2 aku lak jadi seram.

    mesti masa aku jalan ada yang memerhati..

    uhuhuhuhu....


    WAW : tu la pasal... agaknya harga rumah dulu dulu tak sampai 10 K je kot..

    aku agak la..


    Mya : ke Normaya?
    chewah nama penuh..

    maybe asap asap stim ketapi tu kot...

    al fatihah...

    haa citer jackie chan tu. baru aku teringat. sini ek? ada kereta polis zaman dinosaur tu kan?

    ReplyDelete
  10. Mya : hilang lak ayat atas tu..

    macam tu ke Normaya??

    tu soalan sebenar.....


    NasaM : ada lagi ke bas kat sini? tapi ada mcm kedai mamak ler kat situ. siang meriah lagi kot. malam je la sendu sendu seram..


    Dz : aku tak pasti apa perasaan aku masa tu..

    ada rokok kat tangan. rasa gaban sikit kot..

    now kalau suruh masuk lagi aku jadi seram dah. hahahaha

    ReplyDelete
  11. NanaT : lalu la.. kenapa?

    isk. korang ni..

    * tetiba giegiel lutut...


    JM : tak takut. tapi tak nak jumpa. berselisih pun tak nak..

    pegi jauh jauh....


    MKL : ni sorang lagi ni.. hish..

    tengok gambar mcm seram gak la kot. hehehe..


    kak Anash : ... tu la... tetiba la rasa di selubungi entiti time gambar ni di ambik hari tu.

    confirmed tak mau pegi lagi dah malam malam...

    ReplyDelete
  12. Kat terowong bawah tanah tu seram kalau jalan memalam. Dulu banyak pencopet kat terowong tu...

    ReplyDelete
  13. haha lawak la kau ni Meng.
    Nama penuh Normaya. Nama tipu Mya.

    kereta polis zaman dinasour?
    *terus google
    yang aku ingat topi polis bentuk kura kura tu. warna putih bulat tu hehe

    ReplyDelete
  14. Ali : aku pun cuak gak.. dah ready je nak lari kalau ada orang.

    tapi macam tak de orang..

    jalan laju gak la.....


    Mya : ya normaya...

    zaman filem2 yusuf haslam muda muda kan?

    ReplyDelete
  15. saya setiap lkali pergi kuala lumpur mesti g bukit bintang tak pernah sampai ke sini satu tmpt yang menarik ia lah walau tk di guna tpi harap akan jadi sejarah berharga negara kerana ianya satu warisan yang tak ternilai harganya

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga moga di kekalkan sebagai warisan kebangsaan...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...