Thursday, November 13, 2014

Mt Bromo, Surabaya

Malas nak tulis pasal Bromo. Ramai yang dah ke sana jadi boleh refer mana mana blog jer. Lagipun tak boleh nak buat travelog sebab gambar adalah bersepah sepah. Sikit sorang dari budak budak GBS bila aku kumpul dah jadi berterabur.

Jadi, sekadar nak share gambo jer lah sambil bagi tips tips menjaga kecantikan dan kelangsingan tubuh agak tampak ramping bila mendaki gunung Bromo ni.

Gunung Bromo merupakan gunung berapi yang masih aktif dan paling terkenal sebagai objek wisata di Jawa Timur. Nama Bromo di ambil dari bahasa sanskrit Brahma; salah seorang Dewa utama Hindu.

Gunung Bromo menjadi menarik kerana statusnya sebagai gunung berapi yang masih aktif.

Bromo mempunyai ketinggian 2.392 meter di atas permukaan laut dan berada dalam empat wilayah, iaitu Kabupaten Probolinggo, Pasuruan, Lumajang, dan Kabupaten Malang. Bentuk Gunung Bromo bertautan antara lembah dan lereng dengan caldera lautan pasir seluas sekitar 10 kilometer persegi.

Gunung Bromo mempunyai sebuah kawah dengan garis tengah 800 meter (utara-selatan) dan 600 meter (timur-barat).

Enjoice !


















Tips :-

1. Sediakan payung sebelum hujan ! Eh bukan... sediakan pakaian yang tebal dan bersesuaian serta selesa. Suhu bergantung kepada keadaan kadang-kadang boleh mencecah 10 darjah dan boleh menyebabkan tulang sum sum berantakan.

2. Kasut juga perlu bersesuaian. Seelok eloknya adalah kasut sukan. Sila pakai high heels kalau rasa nak terjerumus ke lembah yang hina !

3. Kalau boleh rancang masa yang sesuai dan waktu terbaik untuk mendaki. Kalau waktu kemarau cuaca dan pemandangan adalah lagi cantik iaitu sekitar bulas Ogos atau April - Oktober. Tak kemarau pun OK jer... yang penting.. pegi la bila dapat tiket AA murah. Kan??? Poket kemarau time berjalan lagi la sadis.

4. Fizikal dan mental pastikan fit dan sado. Extreme juga lah kena mendaki dan anak tangga boleh tahan banyak juga kena panjat. Jadi skill kecik kecik memanjat pokok kelapa atau training panjat Batu Caves adalah boleh diambil kira. Tapi kalau tak fit dan nan hado pun okey je kot.... 

5. Kalau tak ambil pakej all in, settlekan penginapan dan jeep awal-awal Memang susah kalau last minit. Kalau pergi solo lagi lah kos tinggi. Silap silap takde siapa nak layan. Kena cari partner yang boleh share transport, jika tidak.. kau akan menyesal............. sebab wang akan terbang pegi macam angin sepoi sepoi bahasa Jawa...   

6. Hotel dan rumah penginapan yang berdekatan banyak je boleh pilih ikut kemampuan. Jangan risau.

7. Beli makanan dan jajan sebagai bekalan sebab kedai adalah sangat terhad. Bawak energy bar untuk tenaga dan air mineral untuk mengurangkan kedahagaan yang melampau...

8. Pendakian biasanya akan bermula jam 3 pagi sebab nak tengok sunset. Lagi awal lagi elok jangan terlajak tido sebab nya kalau lewat kena jalan jauh. Parking penuh dan sesak sebab orang ramai. Seeoloknya bawa lampu suluh untuk menyuluh jalan dan juga menyuluh awek awek sepanjang jalan.

9. Pastikan segala battery, memori card dan keperluan lain mencukupi sebab confirm gila amik gambar tak terbendung. Tapi bersedih lah kalau ambik gambar banyak banyak tapi gambar semua hilang !!!

* tarik key beribu sesalan.....

10. Dapatkan sedikit sebanyak info kadar sewa, kadar upah. Jangan buat muka blur sangat supaya tak kena kuda..... kalau kena tipu sapa yang susah? Sapa yang menyesal?

* sambung tarik key beribu sesalan..............

Tapi masa tu nak menyesal pun dah terlambat... yang tinggal hanya sengsara....... !



Bersendiri di kamar ini daku meratapi....
subuh bakal menyingsing
Mengenag yang jelas terang....
Cinta nan curang air mata mengenang
Fikirkan apa yang kurang...
Pada diriku atau salah lakuku
Seminggu daku berkurung....
Umpama tangis berkabung

Jangan lagi kau berdusta...
Janganlah berkata kau masih menyinta
Kerna ku akan percaya...
terus terperdaya...
terus sengsara

Oh kenapa daku tersedar....
Hakikat sebenar setelah terlalu lama
Menyinta penuh setia beri peluang...
Namun ia berulang
Terlantar terketar-ketar kedinginan
berselubung kenangan
Harapan yang ku doakan
Tidak mungkin dimakbulkan

Jikalau benar kau kata daku kau cinta....
Lepaskanlah oh diriku dari belenggu
Syair janji manis mu dan sengsara hidupku

11 comments :

  1. aku teringin nak pegi bromo ni tapi bila baca do and dont's kau ni macam ketakutan pulak meng.
    takut tak fit nak mendaki huhu..

    ReplyDelete
  2. terima kasih dengan tips yang berguna tu, mana tau ada rezeki boleh sampai sane...

    ReplyDelete
  3. Cantik gambar! Aku suka tip no. 8 tu... (bab suluh awek-awek!)

    ReplyDelete
  4. hahah ambulans ada datang neenoooneenooo amik ko tak Meng ?

    harus juga simpan number ambulans !

    ReplyDelete
  5. Tip no. 9 :
    Dah kekanda Meng berpesan-pesan (kut kut la tersampai ke sana).. memang wajib laki bini bawak senapang.

    P/s;
    Memang penah sekali dah penat menyarap mencangkung & segala posisi yang patut.. sekali gambar hangus.. nangis tak berlagu babe.

    ReplyDelete
  6. Gi solo xde sape nak layan, ko x terkecuali ke Meng. Bab accom tu aku seriau sebab dah 2 orang berdepan 'serangan ganas'. Sorang siap jumpa Kak PocoPoco. Demi view superb macam tu, aku kena fikir lagi sekali. Pasni nak apply skill panjat pokok jambu, tapi dulu mak aku tunggu bawah pokok dengan gula2 panjang....sebab aku cuma reti panjat, xreti turun. Tettt.

    ReplyDelete
  7. Mya : kalau tak fit.. kau jadi cheer leader jer.. org dah mula berjalan.. kau sambung tido dalam van.. hehehe


    NasaM : Insya Allah.. aku doakan kau sampai nanti...


    Ali : suluh awek pun kena hati hati. tersilap suluh kang..

    awek ponti......

    ReplyDelete
  8. NanaT : aku pakai helikopter... hantar balik malaysia terus.. hehehe


    Sham : kalau kena mcm tu memang menangis tak berlagu..

    x buat apa pun tak reti. rasa mcm sia sia je....


    BK : aku tak solo kali ni. kalau solo mau meratap hiba menangis kat situ tak de orang nak geng....

    poco2 ek?? tak nak la jumpa. tapi sini berhabuk. agak agak poce2 tu pakai wizer ke tak?

    hahahahah

    ReplyDelete
  9. 1. ha'ah...betul tu dah ramai rakan blogger ke sana JM je lagi belum jejak kaki..
    2. wah..wah..inilah view yg di tunggu2..subhnallah..
    3. Aha...cantik lah planning JM nampak coz telah beli tiket pada bln yg sesuai..harap2 tercapai impian ke sana
    4. ko ni kan JM..semua tempat nko nk pegi kan..(bisik pada diri sendiri)

    ReplyDelete
  10. Aaaaa...cantiknya Bromo!! Ada sapa nk p x?? nk folo :)

    ReplyDelete
  11. JM : nanti masanya akan sampai. cepat dgn lambat je.

    sabo JM.. tahun depan dah penuh kan???

    habang ni je tahun depan masih tak de plan lagik..

    Oh dah nak pegi ke?> good good... enjoice nanti..


    An : tu JM nak pegi. buleh join JM. tapi kena kental.. sebab JM tu sado...

    heheheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...