Pandai menari? Suka menari? Zapin? Inang? atau Zumba?
So you think you can dance? Wait till you see this..
Pernah tengok ikan menari?
So you think you can dance? Wait till you see this..
Pernah tengok ikan menari?
Aku pun tak pernah.. tapi ada satu tempat ni boleh di usha. Untung untung dapat tengok ikan menari nari !!!
Di sini la ikan ikan menari
Ada satu hari tu, kami pegi Setia City Mall.. Mana lagi kan? Sebab dekat dan aku suka mall ni. Gi cari barang barang sikit. Pastu pusing pusing nak cari tempat makan. Dah tak tau nak makan kat mana. Sampai depan kedai ni usha usha.
Tetiba !
"Papa ! Adik nak belon.... "
Belon.
Anak aku lak nak belon. Dan staff kat depan pintu tu pun baik hati bagi belon kat dia.
Takkan aku nak blah? Kang kena keji. Dapat belon terus lari.
Jadi???
Aku cakap dengan OR..
"Nak try makan sini ?"
Dia setuju jer lepas tengok menu lebih kurang. Resto ni menyediakan makanan Malay-Indo.
Dapat seat
Agak selesa resto nya
Duduk molek molek
Buku menu ikan menari
Usha dulu apa yang patut
Buntut Belado Enak? * pengsan dengan mulut berbuih
OK. Aku bukan la peminat ikan ikan. Lagi lagi kalau ikan jenis hobi menari ni. Tak de keje lain ke nak buat sebagai ikan?
Tapi aku boleh je makan ikan yang di goreng, ikan bilis atau ikan yang kecik kecik.. So kalau dia nak menari sekali pun. lantak dia lah !
Janji sedap.
Di beri sebekas keropok tawar makan dengan belacan !
Lepak lepak jap. Orang agak ramai memula tu tapi lepas tu dah kurang dah. So OK la sikit.
Layanan memang tip top.. Pantas dan friendly !
Minuman tiba
Ada budak nak Es Campur.. tapi tak nak biji selasih tu. How???
Nasi Goreng for kid. Kalau order ikan, kid meals adalah FOC
Haa... maka di jemput bekas penari kelab malam .. pemenang Sehati Berdansa 4 tahun berturut turut dan finalist 'Dancing With the Stars'
Mempersilakan................
Haaa..Ikan kekek mak iloi iloi.. ikan gelama mak ilai ilai.. ada rupa cantik macam Faezah Elai?
Anak aku siap boleh tanya.
"Papa. Ni ikan ke burung?"
Erkk.
Memang nampak letih je muka ikan tu. Penat menari kot.
Tapi staff dia datang dan tanya.
"Nak kami potong kan?"
OK. Dah kena potong.. baru nampak macam ikan Rangup !!!! Makan dengan sos pilihan. Tapi sos tu sikit sangat. Tak pasti ikan jenis apa tapi mengingatkan aku pada ikan gurame yang aku pernah makan kat Jakarta.
Daging Goreng Dendeng
Walau aku tak suka daging, tapi this one exceptional. Sedap !
Sambal belacan di lupa jangan. Aku siap mintak extra. Sedap !
Ayam Bakar... OK lah... Kurang skit or maybe dah kenyang
Tak Hitaly la kalau tak makan Gulai Lemak Pucuk Paku.. Sedap ni weyyy !
Overall food adalah sedap.
Servis adalah tip top. Pantas. Tuntas. Kedai bersih. Cukup la semuanya...
Cuma sebab hari hujan so tak leh duduk kat luar. Tumpang hisap rokok jerrr
Counter
Overall... menarik !
Website mereka : Dancing Fish
Boleh repeat dengan try menu lain pulak. Tapi bukan dalam masa terdekat sebab trauma ingat muka ikan keletihan selepas penat menari.
Tunggu hilang dari pandangan mata dulu....
Burung merak lak nak menari... sempena Deepavali
Price-wise... OK lah. Not bad dengan rasa and service. Ikan tu je mahal sikit. Dalam RM 40 sekor. Ya lah.. penat kot dia menari nari untuk menghiburkan pelanggan. Last last kena ngap !
Recommended !
Ikan talapia kan?
ReplyDeleteHehehehe....ikan menari.kelakarlah supermeng.tapi menu nampak sedap. Kena cuba ni....terliur tengok
ReplyDeletefuuuuuuu terliyorrr.. kena try test nih nanti..
ReplyDeleteAbangg,
ReplyDeleteRindunyaaa pucuk paku dancing fish ni. Memang enak banget. Dancing fish tu pon sedaapss.. And buntut tu pernah makan dulu. ahakssss... Dap okeh.
Tapi pucuk paku dia mmg thorbaik.. over the top.
Selalu pergi yg dkt dgn office dkt BSC... servis mmg tip top!
Macam ikan talapia je tu... mahalnya ikan diaaa! Tapi sedap Meng dah rekomen sedap bolehlah gi serang tengok ikan menari-nari!
ReplyDeleteok bole cuba nanti..sebelum ni kalau ke sana ke Fish yang satu lagi tu jer hahaha
ReplyDeleteMushkil la bang..
ReplyDeletePerut mmg jenis elastik ka??
Rindu kat sambal... Lesung depa klasikal.....
ReplyDeletewah... nampak sedap! konsep nampak mcm boleh pegi jauh je resto ni.. =D
ReplyDeleteabc tu nampak ohsem, mesti sedap tuh... ha? tak nak biji selasih tu? apasal? sebab nampak macam telur katak ka? ;3
ReplyDeleteikan tu nampak sedap... slurp~ ;3
Ikan dahlah reti menari, dah penat menari...dia pose baik punya time ko amik gambar. Muncung hokey! Angelina sangat.
ReplyDeleteAmir : hahah aku tak tau. kalau kau cakap tu talapia aku terpaksa setuju.
ReplyDelete* mati la tak mengenal ikan. ( nama nya org italy )..
JS : gi la cuba nanti.. oder buntot belado enak tu. haaaaa...
mesti jeluas...
Mya : sila sila sila
FJ : haaa ada 2 outlets je skrg ni kan di bsc dgn setia city ni.. eh bsc ke bangsar village ntah. x pernah gi sana lagi.
pucuk paku memang sedap
Ali : sebab kau kaki pancing so aku percaya la tu ikan talapia...
ReplyDeletemahal ek? aku x tahu la. mahal jugak la kot...
MS : ikan apa? fisherman friends? ke manhattan?
Sham : tak elastik mana. makan tak abis pun. kalau terlebih pun... bungkus buat balik..
MKL : lesung tu kecik je tapi klasik..
ReplyDeletesambal tu enak wey.
LP : tak tau la boleh pegi jauh ke tidak. kalau bukan kerana belon anak aku nak tu. memang aku tak singgah. hiks.
Plain : ya.. hero tak nak. dia siap order yang lain satu lagi. special request tak nak benda ala tu..
BK : kalau muncung mcm tu x lalu nak makan. lepas kena kerat mona fendey baru rasa okeh.
hahahaa
Buntut berlado RM59.90?...mahai nya ...montot je pung
ReplyDeleteJM sukaaaaa mkn ikan...my feveret tu terutama ikang yg do goreng garing..krup krap krup krap dalam molot...dh hilang ayu dah time tu
nk waze lah mall ni tapi boleh percaya ke waze ni ke JM x pandai guna..dulu nk pegi banguan SAPURA je pun tapi ber waze bagai..tu pun still sesat sampai ke mines resort city..last turun tanya guard baru dapat direction yg betul..nampak sgt x byk berjln dlm msia (habis lah..tggu kena boooo lah nanti ahaha)
JM : jangan macam macam. dia dah tulis tu bontot belado ENAK !
ReplyDeleteEnak okeh?
OR pun ajak nak gi makan buntot tu.. malas layan. hehehe
ikan goreng garing2 tu dah hilang khasiatnya kot. dah tak de rasa ikan dah pun...
kalau waze buleh kot.. sebab ada satu mall je kat situ. kat bangsar village pun ada satu rasanya outlet dia.
selamat berbuntot berlado.. enak !