Kami telah mengadakan trip cuti cuti bagi celebrate kekalahan JDT.
Krik Krik Krik...
Okey fine !... Nak celebrate birthday Princess sebenarnya............
Krik Krik Krik...
Okey fine !... Nak celebrate birthday Princess sebenarnya............
Tak tau nak gi mana. Tak de la plan mana pun, tapi datang idea nak gi cuti cuti sekali so aku book hotel di Port Dickson. Tetapi... ada something came up, tarikh tu kena posponed sebab ada hal lain. Nasib baik booking hotel boleh tunda jugak.
Jadi...... sampai masa dan ketika, trip ni pun menjadi nyata....
Ayuh kita bercuti............ !
* pakaikan topi Ratu Elizabeth kat semua orang
* pakaikan topi Ratu Elizabeth kat semua orang
Welcome to PD uolsss. Tahun ni 2 kali gi PD rupanya. Nasib baik jalan tak jem.
Mana satu mau pegi?
Akhirnya membawa kami ke hotel penginapan. Grand Lexis, Port Dickson
Urusan check in agar berterabur sebab ada company buat event
Time tu dah pukul 3 lebih dah. Dia suruh tunggu dulu sebab bilik belum ready. Tapi sebaik saja aku keluar dari reception area tu, tetiba dapat call dari hotel ni, dia kata bilik dah siap.
Aku booked SkyPool Villa tapi dia orang upgrade ke Grand Pool Villa.
Aku OK je. Walaupun tak dapat bilik tinggi di atas kayangan, tapi dapat bilik yang paling grand di sini.
Ayuh. kita bersantai mantai !
"Yang bra purple boleh terus jalan ke depan.. yang tak pakai bra.. jom ikut habang !"
* pecuttttttttttttt
Satu yang aku tak berapa gemar dengan hotel ni adalah parking yang bersepah. Pulak tu penuh je...
Tapi brader buggy ni baik jugak la. Dia carikkan parking untuk kami dan dari tempat tu terus load barang dan hantar kami ke bilik. Bilik aku tu kat atas air so agak jauh jugak kalau nak menapak dengan barang barang macam nak duduk sebulan.
Sepatutnya duduk atas bangunan tu untuk Skypool Villa, tapi dia orang bagi Grand Pool Villa.
Grand Pool Villa ada belah atas dan belah bawah. Aku dapat yang belah bawah.
Tak de beza sangat pun Grand Pool Villa ni dengan bilik bilik lain cuma size terlebih besar sikit...
Pool dia sama jer... cuma ada area kat tepi tu yang lapang. Budak budak nampak kolam terus histeria
Bapak budak nampak tilam histeria jugak
Pool. Para perenang siap sedia untuk mengambil tempat
OK. Sila berkubang dengan sopan * tarik selimut
Tak de apa nak di buat kat hotel ni kecuali melepak dan budak budak naik turun kolam. Aku pose pose kacak di atas ranjang sambil nyanyi lagu Shima Teringin versi underground ( read : berdengkur )
Memang plan tak nak keluar sangat so kami stock up siap siap makanan. Cuma gi beli KFC dan beli cake. Lain lain makan kat bilik jer..
Hari pertama makan nasi lemak. Malam makan nasik lauk sardin.
Beli KFC
Princess dapat makan maggie.
Ada gak la keluar gi mandi kat kolam luar tapi kejap je. Budak budak lebih suka mandi dalam bilik. Lagi pun kat sana orang ramai jugak. Tak berapa aman dan suasana tak santai langsung.
Outdoor pool
Playground dekat pool
Malam malam pun buleh mandi
Princess dengan cubaan menguruskan badan yang dah keding. Tak tau la gaya apa agaknya tu. Nak kayuh kaki tak sampai. Nak pegang pun tangan pendek.. last last solat Istikarah kot !
Ni dari tempat parking kat tower. Kalau nak view sunset boleh naik ke parking level 5.
Ini Hotel Lexis kat sebelah
Macam biasa lah.. sunset tak hari hari ada. Sehari mendung terus siap hujan. Nak ambik gambar pun tak syok dan gambar tak lawa.
Pahtu bila ada sunset sikit tetiba je hilang.
Kalau nak tengok sunset kena naik tower building la boleh usha usha sikit.
Ada la senja senja sikit di hari ke 2
Tak drastik sangat
Sempat jugak kami pegi pusing pusing PD dan cari makan tengahari
Birthday girl ni sibuk nak main pasir. Grand Lexis tu tak de pantai !
Pegi tumpang pantai public
Tu pun dia tak nak balik sebab syok main pasir
Lexis dan Grand Lexis yang tak mesra pantai
Hero sedang teropong ikan
Hero dengan aksi bukan bukan
Birthday celebration. Yang tak sambut birthday pun haloba nak kek satu sorang
Gambar tak de motip. Tapi tu meja kat hotel yang berlampu...
Overall, OK la for a short stay. Lagi pun macam dah lama tak bawak budak budak ni berjalan.. sebulan lebih kot? Semua orang sibuk. So kali ni bawak la merayap kejap. Aku dah tak de trip pegi oversea tahun ni ( cuti dah tak de plus busy ) so bawak budak budak berjalan dalam Malaysia je lah.
Yang bagus pasal Grand Lexis ni pun cuma pool dia tu jer. Lain lain rasanya tak best mana. Lagi aku tak berapa suka dengan hotel ni adalah orang yang terlalu ramai. Maybe sebab bilik besar so ramai yang mengambik peluang sumbat orang selagi boleh dalam satu bilik. Macam bilik sebelah, aku tengok ada 8 orang dewasa !! Belum campur kanak kanak.
Lagi stress bila nak panggil buggy kebetulan pulak dia orang pun panggil sama. 2-3 buggy dah berhenti nak pick up dia orang yang ramai ramai tu. Terpaksa la kami ni menunggu sekian lama... terpisah akhirnya bertemu... mengenang dosa.. mengenang rindu.....................
* ajak Jamal Abdillah terjun tiruk
............ dan ternyatalah cinta ku yang satu............
* pose pose karaoke sambil berendam dalam kolam
Katiil dia OK jugak sebab ada 2 king size bed so tak perlu tido berhimpit himpit. Breakfast biasa biasa jer.. Limited seat.. macam duduk kat warung tepi jalan pun ada. Orang ramai !
Apa apa pun.. Grand Lexis bukan lah hotel kegemaran aku di PD, datang sini pun buat syarat je la sebab pool dia tu nak kasik budak budak merendam.
Anyway... kami pulang ke kota dengan meninggalkan .....................
............... sampah sarap !
Bye Bye Grand Lexis....
Maka tamat la trip ke PD untuk celebrate birthday anak dara aku. Dah besar dia tu... tahun depan boleh sekolah !
Aku tanya.
"Adik tahun depan dah boleh sekolah. Adik nak sekolah tak?"
"Tak nak""Abis tak nak sekolah nak buat apa?"
"Adik nak jalan jalan jer macam Papa"
Pengsan.
"Adik nak pegi mana?"
"Adik nak pegi Kolea... Papa ajak la Adik. Papa jangan la tinggal Adik"
Kolea itu adalah Korea. Ntah mana dia dengar ntah.
"Kalau nak gi Korea dah tak leh isap tetek"
"Ala.. ya lah ya lah"
Tu jawapan dia. Tapi kang sampai masanya......
"Ibu.................. !!!!!!!!!!!!!! Adik nak tetek"
* bergema satu dunia.
Papa bangun dan rebah semula tepi katil.
Happy Birthday Princess
Semoga jadi insan terbaik dan Papa doakan semuanya yang terbaik bagimu !
Amin.
Rasaku Kamu Ada
Disetiap Sedih Juga Senangku
Rasanya Kamu Sudah
Menjadi Bintang Terang Hidupku
Masih Kurang Rasaku
Mencintai Hatimu
Ingin Aku Jadi Terbaik Bagimu
Masih Kurangkah Aku
Menyayangi Hatimu
Mahu Aku Mengganti Setiap Sukarmu
Dengan Tenang
Rasakan Kamu Ada
Disaat Senyum Juga Tangisku
Rasanya Kamu Sudah
Jadi Yang Terbaik Bagi Aku
Masih Kurang Rasaku
Mencintai Hatimu
Ingin Aku Jadi Terbaik Bagimu
Masih Kurangkah Aku
Menyayangi Hatimu
Mahu Aku Mengganti Setiap Sukarmu
Masih Kurang Rasaku
Mencintai Hatimu
Ingin Aku Jadi Terbaik Bagimu
Masih Kurangkah Aku
Menyayangi Hatimu
Mahu Aku Mengganti Setiap Sukarmu
Masih Kurang Rasaku
Mencintai Hatimu
Ingin Aku Jadi Terbaik Bagimu
Dengan Tenang
hahaha gambo princess solat istikharah tu memang kelako...ngan gambar hero terdampar di tgh pool...hahahaha
ReplyDeleteaku suka hotel ni sebab leh mandi dgn syiokknyaaa...tak payah nak kisah bertudung bagai...pastu tak kira pagi, petang, siang malam boleh berendam...hehehe
Princess..
ReplyDeleteSanah helwah ya habibti,
Jangan noti-noti,
Dengar nasihat mummy dan daddy,
Pandai-pandai jaga diri.
P/s;
Waaaaa...
Hero nampak ketet.. sebaik blom mumayiz lagi.
Termalu Cik Sham tengok.
cutenya jawapan adek tu hehehhehe:)
ReplyDeletehappy belated birthday to princes yg cute meyute:):)
happy birthday Princess..nak hadiah claim kat papa..auntie dah bg duit segoni kat papa..hahahahahah
ReplyDeletesemoga jadi anak yg solehah ye..
wowowowowww...Grand Lexis gitu..ada masuk dalam list nak ke sana..belum rezeki..homakk aiii bilik dia..boleh bawak sekampung berkelah situ..hahahahaha
happy bday princess...tergelak aku dia jerit nak tetek...terbayang ixora sok camne hahahaha!
ReplyDeleteDJ : betul jugak tu.. ada la kelebihan dia especiallu pool tu. x payah la nak bersopan sgt ye dak?
ReplyDeleteSham : thank u Auntie Sham....
Amizza : thank u.... dia memang kalau bercakap buleh tahan.. garang pun buleh tahan jugak
MJ : thank u auntie MJ...
ReplyDeleteduit segoni tu bapak dia dah tanam.. 10 tahun baru boleh gali semula. harap berbunga bunga.. hehehe..
GL tu ok la buleh la nak pi...
Biq : tu la masalah budak tu. x nak lepas tetek... pening dah aku..