Monday, November 3, 2014

Jom Makan : Paddington International House of Pancakes, The Curve

Satu hari tu aku ajak budak budak keluar gi makan kat luar.

"Kita nak pegi mana Papa?"
"Makan"
"Makan apa Papa?"
"Lempeng !"

Senyap sunyi sekejap dunia. Masing masing tak boleh nak digest. OR je yang gelak.

Jadi sesapa nak makan lempeng, ayuh ikut saiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !! 

Lempeng special. Ada kat The Curve

OK. Bukan la lempeng macam lempeng kelapa tu tapi adalah pancake. Macam western gegila bila di sebut pancake ni. 

Aku tak pernah tau pun wujudnya tempat bernama Paddington International House of Pancakes ni. Ni semua bahana sebab baca blog Ahkak Vogue . Tapi aku tahu la IHOP dan pernah la dulu dulu waktu duduk di over the sea lepak lepak gi makan kat situ. Cuma Paddington ni bagi aku agak baru.

So ini kira kes terjebak dengan Ahkak Vogue aka Nana Tron la nih.

Ayuh kita Riki Martin !

Nak pegi The Curve tu agak bercinta sebab The Curve tu antara mall yang aku tak suka nak pegi selain OU, Sunway Pyramid, Mid Valley dan KLCC. Sebabnya orang agak ramai. Parking pun payah. Tapi sebab Curve ni dulu agak tempat permainan sebab opis aku kat situ, so aku tau la spot spot parking yang dah biasa aku park. Jadi nak parking OK la sikit.

Park kereta, naik escalator terus sampai kat tempat makan.

Princess terkesima tengok kolam. Siap duduk berteleku

"Papa ni kolam ke?"
"Iya"
"Adik boleh mandi tak kat kolam ni Papa?"
"Tak boleh"

Kecewa melara.

Sebab tujuan utama adalah nak pegi makan dan mengisi perut, maka kami terus ke tempat yang dimaksudkan. Tak susah nak cari walaupun ianya terletak di tingkat atas. Dongak je dan nampak la sign resto ni.

PHOP

Resto ada limited seat di luar dan ada jugak yang di dalam. Sebab orang tak ramai, jadi kami memilih duduk dalam jer.

Duduk dan kami di layan oleh waiter dan waitress mostly aku rasa macam Pinoy jer. Macam tetiba aku terasa berada di Makati !

Wall deco

Juga di dinding

Eat your way around the world. Kenapa agak agak dia cakap cam tu? Sebab menu menu dia banyaknya adalah nama nama tempat di dunia ni.

Resto dia agak cozzy la sebab tak ramai orang time tu. Kalau siang maybe cramped jugak aku rasa. Tapi boleh la setakat nak lepak lepak makan.

"Menu please !!!"

Bagi arahan.

Menu book. Flipped !

Cheesy Wedges. Ntah cemana aku boleh terhode ni. Ni kira first page. Tengok je terus kemaruk nak order. Padahal fries je pun.

Kau nampak tak apa yang aku nampak? OK. Kalau hati suci bersih tak nampak la, tapi first time aku tengok KOEK tu terus terfikir... apa harrrrrr................ Hahaha. Nampak sangat la otak aku tak berapa bersih. Tapi dah tulis tu pannekoek tu maksud dia apa... so jangan speku lelebih.

Ada menu untuk kids

Datang memang nak makan benda alah ni

Chocolate Fondue. Mengaum anak tekak tengok gambo

Apa yang aku rasa, menu dia sangat banyak. Sangat sangat banyak sampai tak tau apa benda alah tu sebenarnya. Jadi, lebih baik ambik masa untuk baca bebetul sebelum teroder yang bukan bukan.

Dan kami memula nak gi minum petang, tapi sebab Princess pegi birthday sapa ntah pegasuh dia bawak, so kena tunggu Cik Puteri tu balik baru boleh keluar. So sebab dah malam jugak, Kira makan malam sekali la terus.

Order !

Air sampai dulu. Punch apabenda ntah... berry berry sikit. Main belasah jer order

Ini la rupa wedges yang kemaruk di order. Makan tak abis pun. Menyesal di situ.

Spaghetti Carbonara for kids

Lamb apa benda ntah. Siap ada pancakes. Monaco tak silap nama dia. OR punya. Dia kata sedap !

Ini ayam bungkus dalam pancakes. Nama dia tak silap Nice ( nama tempat di France )

Aku memula tak nak makan tapi tergoda jugak. Akhirnya order burger ni. Lupa lak nama dia apa

OK. Perut memang menolak. So tak berjaya habiskan

Simpan perut untuk dessert !!!

Dan akhirnya kau tiba jua. 

Chocolate Fondue.  Ada pisang dan strawberry dan mashmellow dan juga pancakes kecik kecik serta aiskerim makan dengan hot chocolate. Aku recommend ni.

Ini Oreo pancakes. Siap ada lilin tu sebab nak celebrate birthday Princess

Tapi tukang sambut birthday adalah kepenatan seharian pegi birthday orang lain ! Dah tak bermaya karin

Tapi ada je tukang habiskan. Dia belasah makan sorang sorang yang ni

So kalau nak makan pancakes, dah tau mana nak terjah

Dulu masa kecik kecik, time musim hujan hujan, dapat makan lempeng kelapa cicah gula adalah sangat heaven.

Now... tak payah tunggu musim hujan. Pegi je kat The Curve tu dan outlets mereka yang lain dan boleh pekena 'panne koek' pelbagai perisa.


Overall, ambiance agak OK. Services kureng skit.

1. sebab aku rasa macam masuk kedai di Makati dan
2. waiter dia tak sabar sabar nak hantar desserts walhal kami belum abis main menu lagi. ( tak muat meja ).
3. Suruh dia clearkan meja macam slow motion jer. Tapi yang ni aku maafkan sikit sebab maybe dah malam dia orang dah penat.

Taste biasa biasa je lah tapi aku cadangkan, kalau datang sini tak payah try main course. Datang untuk lepak makan desserts dia OK la kot.

Harga... pricey ke tak eh? RM 168.

Pricey jugak lah.

Masa nak gi toilet kena lalu kat kedai Ayam Penyet. Tengok ayam penyet tu lagi menarik. Kalau makan ayam penyet pun boleh save banyak kot. Hahaha.

Kalau nak revisit, maybe aku go for pancakes je lah. Not for main course dah !

Selamat mencuba !

17 comments :

  1. Haritu tengah riki biz franchise, kawan aku suggest PHoP ni. Xtau la kalau buka kat KK ape cer. Tapi one of the chef kat situ, kekasih hati dia katanye. Dulu aku pernah try tapi menu macam xbanyak lagi.

    ReplyDelete
  2. makan pancake nya pun dah kenyang kot, banyak betul bahan2nya..

    ReplyDelete
  3. Boleh tahan gak harganya yaaa ...

    I thought pancake makanan biasa biasa murah murah gitu hahahahah (IHOP kan murah murah heheheh)

    ReplyDelete
  4. hati aku x suci meng...sekali tgk..watdehek? haha.

    ni favourite spot aku gaks..tapi i only go for the original pankek..+ maple syrup and eskrem..

    penah try yg savoury ..siap berbeger etc...trying too hard..hehe.

    ReplyDelete
  5. kuss semangat tgk pancake dia..meriahh..sesuwei jugak la dgn regenya kan..tp klau pancake dgn segala lamb, beger cam tak masuk je..

    ReplyDelete
  6. Bang..
    Mcm dengki jer tgk lempeng tu..
    Lama dah ajak Cik Asben pi dating mkn lempeng.. alih2 dia mintak kita goreng meggi goreng mamak gak..

    Abih.. camno tuuuu..

    P/s;
    Akan ku gigihkan mencari lempeng A.S.A.P jugak nih..

    ReplyDelete
  7. Kenapa gelak bila tgk KOEK tu x de rasa apa2 pun, x aci gelak sorang2 huhuhu

    Tp part penkek jagi panne koek tu mmg kelakar

    Dh boleh agak tgk dessert lg terliur dari main course tu. Kalau mcm tu mmg mahal lah rasanya

    ReplyDelete
  8. aikssss.... drolling dah tengok gamba2 ni.. meriah! hahahhaa...

    kl ni best... makanan macam2 hadooo... harap ade bukak cawangan kt JB lah.. hahaha.. nk naek kl entah abad bile da...

    ReplyDelete
  9. abang meng nanti p la try pancake house kak mid valley tu.pancake dia mmg sedap fluffy semua, dann ada tacos jugak

    ReplyDelete
  10. menari nari anak tekak daku wahai abam meng wehhhh..hahahahhahaha,.nak buat pancake x reti..sobsob..
    bila la nk tunjuk hero ng princess ni eh abam meng??hihihihi

    ReplyDelete
  11. BK : berapa harga ranchise ni? kau bukak la satu... nanti aku boleh gi usha dan makan makan.

    no ponoy !!!


    Nohas : tu la.. semua benda nak letak panckage..

    nasib dlm air tak de


    Ghaz : ni dah fushion agaknya.. semua benda berpancake..

    rasa pun dah lari...

    ReplyDelete
  12. agip : hahaha.. memang dasar !!!

    tempat lepak? wah mewah tu... apa yang sedap di sini?


    LW : betul... roti bruger lagi panckage lagi... mual mual lak jadi karang.

    tapi lempeng kelapa x de lak tu...


    KZ : yang aku recommend tu je la sedap

    ReplyDelete
  13. Sham : haaa dah jumpa kat lempeng kat sano?

    ala buek sendiri jo ah sonang...


    MKL : tertipu dengan ilustrasi..


    ReplyDelete
  14. JM : memang suci murni la budak JM nih.

    isk...

    boleh la JM dating makan desserts di sini nanti..


    LP : kat jB tak de lagi la kot...


    DH : sekali sekala buleh lah.


    DZ : Ya ka? nanti aku try. tapi midvalley tu aku malas nak pi...


    MJ : kau dtg la kl gi makan pancake tu.

    tu dah tunjuk la tu budak berdua tu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...