Friday, July 4, 2014

Jom Makan : Serabei, Ayer@8 Putrajaya

Apakah makanan tradisi dari kampung halaman asmara yang selalu di idam idamkan untuk di makan?

* mati la muncul muncul je tanya soalan kat dinding.

Kalau aku yang berasal dari Italy ni, sudah tentu la makanan berupa pizza dan spaghetti menjadi idaman tekak ni. Lagi lagi kalau cheese meleleh melimpah ruah, baru lah terasa air liur bertakung je di tepi bibir.

Ahaks.

* tengok semua orang bertempiaran lari teguk air sirap

Ada satu tempat makan di Putrajaya yang menyediakan makanan dari kampung halaman macam tu.

Ni cerita sebelum puasa.

Kebetulan je time tu aku solat Jumaat kat Putrajaya, so member ajak makan tengahari di Ayer@8. Aku dah pernah makan kat few places kat area ni so nak riki riki kot ada kedai baru yang di buka.

Ayer@8

Tup tup.. kedai ni aku perasan dah lama di buka. Cuma belum pernah cuba. Jadi kami cuba.  

Namanya.. Serabei !!!!

Serabei

Terdiam jugak la aku kejap depan kedai dia cuba digest apa maksud Serabei tu. 

Serabai ke? Bunyi macam serabai. Serabai tu kan selekeh. Kenapa nama macam tu? Dah tak de nama lain ke?

Getus hati ku.  

Tapi bila tengok ada macam bunting kat luar tu, menarik pulak nak cuba menu menu yang ada. Jadi kami pun masuk.

Kedai ini menyediakan masakan dari Pantai Timur.

Ayuh. Bersemangat terus nak masuk. Kami duduk dan order. Tengok dulu buku menu.


Dan suasana kedai nya jugak agak selesa walaupun agak sempit.



Maka tiba la sesi order mengorder.

Kami order makanan yang ada di tulis kat bunting kat luar tu....

Ada laksam dowh !!!

Nasi Beryani dengan ayam masak merah

Nasi Dagang Pak Malau

Pilihan aku adalah Nasi Beryani dan apa yang menariknya, ayam masak merah tu sedap !!!

Member aku cakap laksam pun menarik. Dan nasi dagang pun ala ala memang ada taste pantai timur. So kesimpulannya, makanan adalah di tahap tertinggi piawaian.

Memang patut di cuba !

Dan atas dasar nafsu serakah yang juga berada di tahap tertinggi, jadi kami order lagi kuih muih sebagai pencuci mulut.

* kesat mulut dengan tisu.

Serabei...... !

Ha.....

Actually kuih ni lah nama nya Serabei.  

Masalahnya, aku pernah kenal kuih ni, tapi aku tak rasa kuih ni nama dia serabei. Jenuh la aku text kakak aku tanya apa nama kuih ni sebab masa dulu seingat aku Arwah Tok aku kat kampung selalu buat dan aku agak suka.

Dan aku dah dapat jawapannya.

Bengkang !!!!!!!!!!!!!!!

Kat Italy nuh. Kuih ni di panggil Bengkang. 

Ada 2 jenis bengkang ni. Bengkang putih macam ni dan bengkang telur yang di bakar dengan telur. Dan kuah dia pun ada 2 jenis. 1 yang gula melaka manis macam kat atas tu, dan satu lagi kuah dia warna putih, ada lemak lemak berkrim masin sikit tapi di sukai ramai.

Gembira hati aku dapat tahu nama kuih ni. Memang pernah menjadi kuih kegemaran aku dulu dulu kala. Memang lama betul tak makan. Tetiba rindu lak pada zaman kecik kecik di kampung halaman.

Tapi. ada satu yang lebih istimewa.

Aku jumpa salah satu lagi kuih kegemaran aku.

* mati la kuih kegemaran semua jenis manis manis belaka.

( semanis orang nya )  

Hak tuih !

Kau lompat sekarang ! Kau lompat ................ aku tikam !!!!

Yeah. Itu la nama kuih ni.

Manis bersari. Sedap dan berlemak. Macam Creme Brulee versi Melayu. OK. Aku exaggerate.

Fuh. Nikmat dapat makan.

Masalahnya sebab orang belanja so aku tak tau berapa harga makanan nya. Tapi boleh usha sini jugak.


Boleh cekidaut. Mudah je nak cari kedai nya. Betul betul bila sampai Ayer@8 tu akan nampak kedai Serabei ni....


Dan bersempena dengan bulan Ramadhon ni, mereka menyediakan buffet Ramadhan !

Boleh pegi checkidaut !!!


Based on makanan yang aku makan tu, Insya Allah, makanannya sedap dan menyelerakan. Gerenti tak menyesal ! Ini adalah personal opinion dan aku tak de kena mengena dengan tokey kedai ni.

Silakan mencuba. Orang kata kalau sedap, kita war war kan. Kalau tak sedap.. kita keji lite lite !!!

Ahakss !

25 comments :

  1. Mekasih bang.
    Blh la try slot-in pi dating ngan Cik Asben nnt.

    P/s; Sham pun mula ingat SERABAI gak. Very the - sambung dlm ati je la ya..

    ReplyDelete
  2. Serabei? Bengkang? Pesal x letak je nama kedai Bengkang? Takut jadi bengkok :-)

    Pegi solat pun abe meng bawak kamera? Kiranya camera ni teman sejati lah :-)

    Mcm mana lh leh dpt nama kuih lompat tikam tu kan pesal x letak je nama lompat si katak lompat ke nanti ore x lalu nk make dan sleng d timur dh kluar sbb make d slero d timur

    ReplyDelete
  3. keji lite lite tak boleh blah. haha..

    ReplyDelete
  4. haha..nih kueh2 italy kan meng? aku pun teka2 gak sambil scroll entry ko mase kueh bekang tadi tu. :P

    ReplyDelete
  5. meng....aku rasa tu mmg serabei...tp biasa serabei tu mkn dgn kuah manis kaler putih dan ada nampak telor sikit dlm tu....ada jugak putu mayam yg dimakan dgn kuah yg sama...
    bengkang tu kalo yg kaler putih dipanggil beko tp kuih ni manis...sama mcm akok cuma akok guna gula manisan tp beko ni guna gula putih...
    dan kuih lompat tikam tu aku sgt suka okay...pernah beli yg tepi uniten tu...ya Allah fail...tak sedap lansung...selalunya kuih lompat tikam ni aku mkn pulut ngan gula melaka jer..yg ijau tu tinggal kasi org lain...hahahaha
    nnti nak ajak mak bonda pegi sini lah....thanks meng kenalkan tpt ni....

    ReplyDelete
  6. haduh nengok lompat tikam tu terliur!aku kalo pi sini, siap mtk extra air gula tuh!meletop sgt rasanya air gula tu...sedappp.....makanan kat serabei mmg sedap2 tppppp portion kecik utk org perut besar macam aku...maka terpaksa order 2!hahaha harga dia a bit expensive...tapi ok je janji sodap...

    alkisah serabei, member aku ore klate mmg ckp name menda tu serabei...tp aku tak suka sgt kuih ni, mcm kurang manissss jer...hehehe

    ReplyDelete
  7. Loohhh... bengkang rupanya. Tapi ayam masak merah dia walaupun sedap ko kena hati-hati Meng, minyak banyak tu... kolestrol tinggi kang. Lompat tikam dia nampak sedap.

    ReplyDelete
  8. kalau orang utara..bengkang tu kuih bingka.. suka laksam..tapi nampak yang ni kuahbya cair sikit tapi sedap, OKlah kan..

    ReplyDelete
  9. Ooohhh kuih bengkang..Abang Meng, kuih nekbat, kuih tok aji serban suka tak?

    ReplyDelete
  10. SAR : sama sama.

    tu la kalau nama serabai.. nak masuk pun tak berani ye dok?


    JM : nasib dia tak buh nama Beckham. Laris jugak tu.

    eh. gambar pakai hp je la. curik curik ambik gambo. mental ke apa nak gi semayang usung kamera.

    Kuih lompat tikam tu sebab dia lembek kot.. kalau dia nak melompat kena tikam cepat2.

    ahahahaha


    Mya : aci kan.. lite lite je.. kemon mya. kemon...

    ReplyDelete
  11. Agip : aku rasa ejaan kau betul la.

    BEKANG not BENGKANG.

    BEngkang tu mcm yang bengkang ubi etc tu tak?

    Apa apa pun.. memang betul la tu. kuih dari HITALY.. negeri kitterrrr..

    Hiks.


    Liza : aku pening la baca komen ko. apsal ko lagi terror bab kuih italy ni? ko italian jugak?

    putu mayam aku suka. lompat tikam ada pulut ke?

    errr.. aku pening. tapi aku memang x reti masak so aku x tau. aku tau makan je. hiks.

    nanti kau pi usha okeh

    ReplyDelete
  12. DJ : hoi DJ.. aku rasa kuih2 ni dah cukup manis. ko jgn tambah manis lagi. kang kencing manis.. banyak la semut dtg hurung !

    tapi aku kalau ke ayer@8 ni mesti ingat kau.. sebab selero negro tu lah.. hahahhaa


    Ali : betul tu ali. minyak tu itik pun buleh berenang.

    sekali sekala aci la ek..


    IK : sesama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamboi x abes lg citer slero negro ko tu yer....selalu je ayer8?takde ke kita terserempak?? Hahaha ko kalo nmpk aku, tegur tau...leh jumpa abg italy yg fit dan manessss nih....hahahahaha

      Delete
  13. Nohas : haaaa mcm agip ckp tu la aku rasa nama dia Bekang.. bukan bengkang. Bengkang tu memang mcm bingka...

    Erkk.

    lama sgt aku dok italy ni. maafkan inul.

    lupa ejaan sebenar. reti makan jer.


    Has : NetBuck is favourite aku tu !!!!!

    suka makan time sahur. arghh sadis tetiba teringat bersahur di kampung. ko la ni.

    aji serban tu aku x pernah dgr. tapi dah google. rasanya aku panggil nama kuih tu lain.

    TEPUNG TALAM !!!!!

    kota skit la kot nama dia dari tok aji serban tu..

    * gelak evil

    ReplyDelete
  14. dasyat habang meng ni..duk Italy pun dop tahu kuih serabei tu gone..hahahha..kalo kuah cicah tu kuah durian lg mabeles la habang meng..mak mentua lalu pun pandang2 je tau...kehkehkeh =))

    ReplyDelete
  15. alamak !

    HAS. silap.

    aku panggil tu PULUT SEKAYA..

    tepung talam lain sikit.

    * lari pekup muka malu kepada peminat

    ReplyDelete
  16. MJ : aku tau la cuma kat tempat aku tu panggil lain.. aku kat ROME

    dia orng ni semua kat kampung2 skit tu yang panggil nama lain lain tu.

    * melompat pocong lari keluar pentas

    ReplyDelete
  17. kena try ni..dh kate nasik dagang n laksam sgt sedap..

    ReplyDelete
  18. cet...rome pulokkk...wakakakaka...tp aku tak kenal pun kuih tok aji serban tu..betul ker pulut sekaya (atau aku sebut nasi kaya)???

    tak tahu la pulak aku ni italian ker tak...tp senegeri lah dgn brader john dan azra..hahahaha

    weyyy....lompat tikam tu kan ada pulut merah tu...dlm gambo ko sikit punya besar pulut tu....

    ReplyDelete
  19. Mesti seksi meng ni...italy..kata orang italy tu sexy belaka...

    ReplyDelete
  20. *tepuk dahi baca*
    meng dari italy?
    *tepuk beberapa kali di dahi kawan*



    ReplyDelete
  21. lompat tikam - bunyi cam jurus silat neh. hehe. aku layan gok kueh ni kalau balik italy. demmit meng...ko neh. bulan2 posa neh ko tak rindu nekbat ke? aku ada 3 bungkus lagi x sira. hehe

    ReplyDelete
  22. CV : sila pegi dgn viva tu... check dulu la fb dia org bukak ke tidak. kang buat penat je.


    DJ : aku pegi sekali sekala je. kalau ada keje di putrajaya tu. x de la selalu mana pun..


    Liza : kalau begitu kau adalah dari

    GREECE !!!

    Eh actually kat kg aku tak de pun pulut merah atas lompat tikam tu. cuma ada kaler hijau, putih dgn kuah manis tu jer.. x de pulut dan sebagainya...

    Tapi tu kalau kat ROme laaaa


    ReplyDelete
  23. MKL : seksi tu tak la. seksa ada..


    Anash : tepuk kuat kuat sikit. ahahhaaha


    Agip : nekbat aku suka... dulu selalu la makan. now makan jugak la. kena balik italy la. sini x jupe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...