Saturday, July 5, 2014

Japan 2014 : Takayama

Takayama adalah bandar yang terletak di kawasan pergunungan di Gifu perfecture. Bagi membezakannya daripada bandar Takayama yang lain, maka ia juga di kenali sebagai Hida Takayama.

Takayama masih mengekalkan ciri ciri tradisional bandar lama Jepun serta menjadi kunjungan bagi mereka yang ingin menikmati suasana zaman Edo.

Layan gambar dulu sebagai preview.

Perjalanan dari Nagoya ke Takayama

Ini gambar dari dalam train

Bandar Takayama

Takayama Old Town

Apa benda ntah ni

Kedai di Takayama

Muzium

Pokok

Sign

Kerusi besi

Bunga Kobis

Mari lah beli

Nakabashi Bridge

Nakabashi Bridge, jambatan merah

Old town

Hida Folk Village, Takayama

Itik hilamg arah

Hida Folks Village, Takayama

Hida Folk Village, Takayama

Hida Folk Village, Takayama

Takayama

Takayama

Dari Nagoya boleh terus ke Takayama naik train JR Ltd Exp Hida dengan perjalanan lebih kurang 2 jam setengah. Covered by JR Pass.

Tujuan aku ke Takayama ni adalah sebab nak pegi ke Shirakawago. Kalau nak ke Shirakawago tu memang kena ambik transport dari Takayama ni. Sambil sambil tu boleh lah tengok bangunan bangunan lama di sini. Di Takayama ni sendiri ada tempat namanya Hida Folk Village untuk tengok rumah berbentuk gassho zukuri tu kalau tak berkesempatan ke Shirakawago lah.

Selain tu, dari Takayama juga boleh nak tengok Japanese Alps atau kawasan kawasan pergunungan di sekitar Gifu ni.

Bandar dia tak besar, boleh jalan kaki jer. Hotel dan hostel pun banyak. Makanan halal aku tak jumpa tapi ada restaurant yang serve vegetarian food. 

Overall, aku rasa Takayama ni menarik jugak lah dan agak relaxing jugak pekannya untuk di kunjungi kalau berkelapangan ke Central Jepun.

Meng kata : Boleh pegi tapi tak payah berlama lama !

+++++

Al Fatihah untuk Biduanita Negara Sharifah Aini.

Aku membesar dengan lagu lagu dia. Pakcik James minat sangat la Sharifah Aini ni, so kat rumah dulu ada lah album album dia. Even dalam kereta pun, kalau jalan jauh, bernanah la telinga terpaksa aku tahan dia pasang lagu Sharifah Aini sepanjang jalan. Pusing pusing yang tu jugak.

Tapi aku lebih mengingati Sharifah Aini sebab masa kecik kecik dulu, aku suka pegi main kat rumah makcik ni. Makcik ni ada anak dara lah.

Asal pukul 10 pagi jer. ( waktu kami gi main bawah rumah dia sebab rumah dia tinggi ) Dia akan pasang lagu Sharifah Aini sekuat kuat hati. Agaknya time tu dia kemas rumah etc.... di temani oleh Tok Pah ni.

Pasang kuat kuat, macam satu kampung boleh dengar.

Tak terkecuali kami kami yang asyik bermain guli, terpaksa layan jugak lagu Sharifah Aini !

Semoga di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Amin.

Ni lagu paling melekat di kepala.

Terbanglah engkau tinggi
Sampai ke mana lagi
Ingin engkau jelajahi
Sehingga kau terlupa
Yang tinggi jatuh jua
Bila tiba ketika
Kau ke tanah akhirnya



Di angkasa nan luas
Terbang sang helang bebas
Menebarkan sayapnya
Sungguh megah lagaknya
Helang mendabik dada
Membelahi angkasa
Dengan gaya perwira

Bila saja engkau menghampiri
Burung lain terbang lari
Kau merasakan dirimu gagah
Hak yang lain tak kau endah
Mengganas kau di angkasa
Dengan gaya perwira

Terbanglah engkau tinggi
Sampai ke mana lagi
Ingin engkau jelajahi
Sehingga kau terlupa
Yang tinggi jatuh jua
Bila tiba ketika
Kau ke tanah akhirnya

Usah kau lupa diri
Bahawa langit itu tinggi
Nanti lemas sendiri
Nanti lemas sendiri

10 comments :

  1. Nagoya x leh lama, takayama pun x leh lama? Ok ok noted nanti Jm pegi dlm 3 hari 2 mlm je 2 tempat ni. Nsmpak tu versngan x habis2

    Bunga kobis tu lawa klau mdia sebut bunga kobis dlm kuali jawabnye

    Psstt Jm ore pertama komen keeww :-)

    ReplyDelete
  2. Anak Bujang kata.. t.kasih Uncle Meng. Leka tul dia ngadap page ni td.
    Suka sgt dia psl entry belah2 Jepun ni. Dia dah berangan nak sambung study kat sana lps IGCSE.
    Hat yg bunga kobis tu.. dulu pernah jumpa yg mcm2 kaler. Tp tak gamak nak makan sbb time tu ingat bunga.
    Very the ngok la..

    ReplyDelete
  3. Cantik Takayama ni. Teringin nak pergi. Terima kasih Bro kerana bagi idea.

    Bunga macam kobis tu kalau tak silap saya spesis cactus, ia bunga, bukan sayur. Bunga ni pun tumbuh di Australia.

    Saya juga membesar dengan lagu Sharifah Aini. Antara lagu dia yang saya suka ialah Bunga Tanjung, September, Tiada Maaf Bagimu, Yayadan, Hapuslah Air Matamu,Kau Tinggi Di Awan Biru, Dekatlah Padaku, lagu Raya dan banyak lagi. Semasa saya buat Haji, diapun buat haji sama tahun dengan saya. Semoga dia di tempatkan bersama-sama orang yang beriman.

    ReplyDelete
  4. Cantik ye.. Dpt idea utk ke sana... Alfatihah buat arwah sharifah

    ReplyDelete
  5. Cantik dan tenang saja Takayama ni..tapi jauh jg dari Nagoya, dua jam setengah baru sampai..tapi berbaloi..dpt tengok gassho sukuri dan bdr lama ni..

    ReplyDelete
  6. Folk Village tu lawa! Memang dah menggamit feel Shirakawago. Aku pernah sekali imbas baca pasal Takayama ni tapi xtau pula lawa & tenang.

    ReplyDelete
  7. JM : cepat !! AAX ada flight ke narita tu.

    mesti ada tiket murah. nanti JM buleh pegi.


    SAR : sama sama.... kim salam kat mereka esp yang berdarah kepala tu..

    jgn nakal2 sgt..


    NA : prof. saya pun x pasti kobis tu sayur ke cactus.. nampak memang mcm kobis tapi kat jepun memang dia org buat perhiasan.

    ingat lg masa di hiroshima dulu .. memang banyak.

    ReplyDelete
  8. MKL : ok. lepas ni buleh ke jepang pulak.


    Nohas : jauh jugak sebab train dia bukan shinkansen. train biasa tu je.

    tapi view memang lawa otw... kalau autumn mesti lagi lawa.. memang x sedar tetiba dah sampai takayama..


    BK : haaa nanti kau kena pegi.. angkut kawan kawan ke sana..

    ReplyDelete
  9. Teman komen 2014, tahun 2016 baru nak ke sana..hihihi. It is better to be late than never.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...