Aaron Aziz, Zizan Razak dan Siti Nurhaliza.
Masuk. Cari baju pilihan dan bayar !!!
Apakah persamaan mereka?
Raya dah tiba, so cemana? Ada yang mabuk sirap dan kuih tart?
Salah satu benda nak kena masuk dalam checklist sebelum raya hari tu adalah beli baju raya. Untuk mak dan bapak budak tak perlu sangat, tapi untuk budak budak kena la ada.... baru lah nama nya raya. Tapi tahun ni aku pun menyebok nak beli baju raya sebab tahun lepas tak beli.
Salah satu benda nak kena masuk dalam checklist sebelum raya hari tu adalah beli baju raya. Untuk mak dan bapak budak tak perlu sangat, tapi untuk budak budak kena la ada.... baru lah nama nya raya. Tapi tahun ni aku pun menyebok nak beli baju raya sebab tahun lepas tak beli.
Tahun lepas beli baju raya kat Hero di kedai biasa je sebab tak jumpa jumpa... last sekali, hari raya pertama seluar dah koyak rabak !
Tak tau la dia pegi beraya ke pegi melompat satu kampung.
Dan tahun ni bermula misi sekali lagi nak cari baju Melayu.
Jalan TAR
Pusing pusing cari parking
Princess tak abis abis tanya dalam kereta.
"Papa kita nak pegi mana ni?"
"Kita nak pegi beli baju raya adik lah"
"Tima kasih Papa belikan baju raya adik"
Oh. Sweet. Tak jadi aku nak batalkan misi ni. Gigih cari parking.
Akhirnya sampai
Tahun ni beli baju raya kat Jakel. Beli yang dah siap kan senang. Masa di beri adalah 1 jam sahaja sebab kalau tak aku pening !
Pening tengok orang ramai ramai.
Masuk. Cari baju pilihan dan bayar !!!
Koleksi Zizan Razak
Dalam Jakel
Bahana kalau suruh bangla yang tulis. Shah Alam pun jadi Shan Alam... Dia ingat Shan mali Shan kot.. Nama Tok Ketua kampung dia
Pilih baju yang berkenan di hati
OK. Confirm tema tahun ni. Supaya tampak macam Aaron Aziz di hari raya.
Sampin
Haaa. Boleh kot kacak macam ni selepas menjalani pembedahan plastik 30 kali
Jumpa baju yang sesuai untuk aku dan Hero. Siap semua. Bayar.
Naik atas untuk cari baju OR dan Princess.
Masa ni orang tak berapa ramai sebab baru mula puasa
Tapi pilhan baju tak jumpa
Aku cari port celah celah baju dan duduk anak beranak
Cari baju Princess pun tak jumpa. Tak de saiz. Budak tu terlebih petite.
Hero tanya.
"Papa. Ni baju Siti Nurhaliza masa dia kecik ke?"
Hahaha. Tak leh nak jawab. Nak gelak je lebih.
Sudahnya blah macam tu je. Tak jumpa baju baju mereka. Pepandai la OR beli online ke apa.. Aku ajak sekali je, banyak banyak kali aku tak nak teman dah.
I is pening.
Jadi apa persamaan Aaron Aziz, Zizan Razak dan Siti Nurhaliza? Jawapannya... mereka ada di Jakel. Kalau nak jumpa mereka silakan ke sana !
Jadi apa persamaan Aaron Aziz, Zizan Razak dan Siti Nurhaliza? Jawapannya... mereka ada di Jakel. Kalau nak jumpa mereka silakan ke sana !
Dan untuk beli baju baju tak berapa Melayu. Kami ke Sogo.
Ini pilhan OR sebab dia suka sangat Sogo. Aku pun tak tau kenapa.
Pegi dah nak abis puasa. Memang kena siapkan mental dan fizikal untuk datang ke tempat ni. Macam nak bertarung di medan MARA peperangan.
Sogo KL
Parking adalah payah. Kena park dekat Pertama Compleks. Aku siap nak ajak tidur hotel berdekatan je senang urusan nak shopping tapi dia tak moh sebab tak de masjid berdekatan. Dia nak gi terawikh.
Jadi gamble datang sini pagi pagi buta sebelum Sogo bukak !!
Tapi....... manusia macam lalat hurung tahik. Ramai ya ampun. Kalau kat bawah tu memang tak boleh nak bergerak.
Aku aim, cari baju budak budak then blah. Bagi masa 2 jam saja. Tapi sebab orang ramai, 2 jam adalah tak cukup. Tengok orang aku pening mata. Sakit kepala. Boleh membawa kepada pengsan. Tapi nanti menyusahkan orang kalau aku pengsan dalam Sogo. Tak de orang nak angkat. Jadi, daripada di biarkan pengsan sorang sorang, aku bertahan.
Bawak budak budak ke tempat mainan. Baru tenang jiwa sikit.
OR pegi cari baju dan bawak ke situ, fitting kat situ jer. Oh. Dalam Sogo ada Uniqlo maha besar...
Dapat beli semua baju, kami keluar dari Sogo. Lemas.
Duduk kat tangga tunggu OR shopping barang barang dia.
Tak pernah pernah aku melepak kat tangga Sogo ni
Dan ni habuan budak budak.
Mereka lebih excited dapat mainan daripada dapat baju raya.
Robot Hero
Playdough Princess
Alhamdulillah.
Aku mampu bertahan 3 jam di Sogo. Insaf. Tahun ni tak nak pegi Sogo dah.
"Tahun depan pun kita tak payah pegi Sogo lagi. Tahun satu lagi baru boleh pegi"
Hahaha. Itu amaran keras.
Robot baru abis shopping di Sogo
Balik rumah semua pengsan.
Memang aku tak de endurance nak pegi berhimpit himpit kat tempat orang ramai ni. Sakit kepala.
Tapi Alhamdulillah.. semua kelengkapan dan tersiap sedia. Untuk keseronokkan budak budak beraya............. !