Monday, April 8, 2013

# 01 - Merentas Kota Khayalan - Guilin City : Guilin, Here I Come

Lama aku biarkan entry ni kat dalam draft. Gambar gambar dah aku siapkan tapi nak menaip entry tu, perghhh ! bila vitamin M datang merasuk diri. Tak leh nak buat apa.

Tapi kalau lama lama aku biarkan jadi basi. Lagi haru bila aku nak taip aku pun dah lupa aku nak tulis apa sebab dah tua. Details pun cepat je lupa.

Apa pun.

Ini la permulaan trip 6 hari ke Guilin, China yang telah berjaya aku tamatkan sekitar bulan January tempoh hari.  Actually nama  je 6 hari, tapi aku cuma ada 5 full days jer.

Soalan ?

"Why Guilin? Why???"

Baik lah. Honestly, dulu dulu aku tak tau pun wujudnya tempat nama Guilin ni. Kalau aku tau pun aku tak ambik port sangat selagi tak de orang yang betul betul kasi tau aku. 

"Hey tempat ni wujud ! Tempat ni lawa ! Sila pegi !!!"

Macam tu.

Tapi ! Pada satu hari yang agak indah. Lupa la pulak hujan ke tak time tu, aku dapat email dari member aku. Dia bagitau dia baru balik dari Guilin. Tu sekitar awal 2011. Then dia bagi aku itinerary dia dan aku start tengok image Guilin kat google tiba tiba !

Hati aku tertawan !!

Berguling guling terus. Bangun berguling, bangun lagi dan berguling guling sampai juling.

Lalu aku pun memasang angan angan Raja Ema untuk ke Guilin !!!!!

Mukadimahnya tidak habis di situ. Selepas tu, aku start usha tiket ke Guilin. Kot kot la mana tau boleh dapat murah. Masalahnya time tu kena cari yang sesuai jugak sebab jadual aku agak padat dengan kerja, travel, benda benda lain termasuk la kerja kerja amal, potong potong riben, konsert sana sini, sesi bertemu peminat dan macam macam la yang biasa artis artis sibuk lakukan. Jadi sebagai Artis Antarabangsa, aku pun tidak terkecuali !

Apa???

Hey ! Hey ! Hey ! Nak gi mana tu? Tak abis lagi ni...

* baling telur ke arah peminat.

OK lah. Aku tipu part last tu. 

Memang aku busy, dan aku cuba mencari tiket yang murah la sampai la di satu hari yang agak indah jugak. Tak pasti jugak time tu hujan ke tidak. Maka ! Aku berjaya book tiket ke Guilin pada January 2013 !!!!

Aku book few months before rasanya.

Tup tap tup tap. Long story cut short, masa nya telah tiba !

Jadi. Ayuh kita ke ladang !

Pesawat bawa ku terbang

Selalu kalau trip mana mana kan aku ni suka ambik langkah, tunggu dah lihat. Sebabnya aku takut kalau aku pulun study lebih lebih nanti tak jadi, aku kecewa merana jiwa.

Tapi, untuk trip Guilin ni memang aku kena ready awal awal sebabnya masa aku nak gi buat Visa ke China 2 minggu sebelum berlepas, aku punya Visa kena rejek !!!

Dia rejek !!

Bukan ! Bukan sebab gambar aku tak hensem masa aku submit. Eh. Ke ye?? Lantak lah !

Sebabnya, dia mintak booking hotel apa semua masa nak apply visa tu. Jadi ! Aku tak de choice terus aku riki riki mana nak stay dan plan itinerary aku lebih kurang dan baru la aku reapply balik Visa tu. Aku cuma apply single entry walaupun aku cuba nak apply multiple since aku ada trip ke China lagi hujung tahun ni. Sebab nya, passport aku tak cukup 14 bulan ! Tu syarat kalau nak apply multiple entry ke China ni.

Tapi tak mengapa. Tu lain kali punya cerita.

Semua dah ready. Hari yang di nanti nanti pun tiba. Aku dah slow talk dengan OR. Taburkan janji manis kat dia. Beli jiwa. Pujuk pujuk sikit nak dapat pelepasan beberapa hari ni. Actually dia dah tau, cuma biasalah, kalau aku cakap aku tak jadi dia akan bersorak riang. Kalau boleh, nak di pancarkan firework kat KLCC tu kalau aku tak jadi pegi.

* kau berani guna ayat 'pancarkan'?

Tapi malangnya, aku jadi  pegi !!

Ya lah. Aku dah book hostel apa semua, kalau tak pegi rugi pulak. 

Sehari sebelum pegi, aku pegi tukar duit RMB dulu siap siap. Aku cuma tukar RM1,000 lebih kurang CNY 2,000 jumlahnya. Rasanya cukup la kot sebab hostel semua aku dah bayar siap siap. Hostel tu aku usha dekat Trip Advisor dan banyak komen kata OK so aku pilih je la yang tu. Harga pun agak berpatutan. Tapi sebab aku tak berapa sure dengan itinerary aku, aku book ke semua 4 malam di situ.

Tau apa jadi?

Nanti la aku cerita. 

Moralnya, kalau plan sangat pun payah jugak, sebab dah siap siap book hostel, then aku ubah itinerary aku sikit nak keluar dari Guilin untuk 1 malam walhal hotel semua dah bayar di hotel yang sama untuk 4 malam berturut turut. 

Putrajaya dari udara

OK. Mukadimah part 3. Hari nak pegi tu.

Flight aku awal pagi. Malam tu baru la aku terhegeh hegeh nak packing itu ini then tidur la macam biasa. Tapi aku bukan jenis travel bawak barang makanan apa semua pun, so aku tak payah nak fikir sangat. Aku cuma bawak 2 buku roti aku beli kat kedai roti. Agak agak sempat la di makan sebelum expired in case kalau aku tak jumpa makanan yang halal di sana.

Subuh subuh syafie tu aku keluar rumah di temani oleh OR. Dia yang hantar aku kat airport.

On the way drive ke LCCT di kala hujan gerimis pagi tu, tiba tiba aku teringat sesuatu.

"Yang !!!"
"Kenapa?"
"Saya lupa jaket !!!"
"Laaa. Kan saya dah masukkan dalam beg?"
"Bukan. Tu sweater kan? Ni jacket tu. Tadi saya bubuh kat kerusi. Memang sah terlupa"

* katak meraung panggil hujan

"Abis tu. Nak patah balik?"

OR tanya.

"Tak pe lah. Pegi je lah. Nanti saya beli jaket kat sana"

Maka begitu la ceritanya, aku ke China tanpa sebarang jaket. Yang ada hanya la sweater dan beberapa helai t shirt yang aku bawak. Aku fikir, tak pe lah. Nanti aku beli je jaket kat sana je lah. Barang China mesti murah kan?

So aku boarding flight dengan pakai jeans, pakai t shirt sehelai, bawak beg ( hand carry je ) menuju ke Guilin yang waktu tu suhunya dalam 10 darjah celcius !

Mentari pagi dari dalam flight ke Guilin

Seawal penerbangan aku just relaks je. Ingat macam nak tidur tidur ayam tapi tak berapa lena. Dok layan tengok sunrise pastu dah cerah sangat, aku tutup tingkap.

Macam biasa, aku ambik seat belakang dan make sure tak de orang kat sebelah aku so aku boleh tertonggeng dan tergolek tanpa batasan.

Makanan sampai, breakfast dulu !

Nasi Bukhara Beryani di awal pagi!

Pagi pagi makan Nasi Beryani. Kau mampu?

Pastu perut mula bergelora. Nasib la tak terasa nak berak. Kalau tak?? Ehem.... Bertarung pulak aku dalam toilet kecik tu berlawan lawan dengan bunyi engine kapal terbang. 

Tapi aku tau, bontot aku Hybrid dan terpelajar. Tak akan berak nya merata rata dan suka suka hati. Lagi lagi tinggi tinggi macam ni.

Taik aku gayat !

* pengsan

Awan gemawan memang menawan

Penerbangan dari LCCT ke Guilin memakan masa lebih kurang 4 jam. Perbezaan waktu Guilin dengan Malaysia adalah sama ! Jadi tak perlu nak tukar jam. 

Lebih kurang pukul 11 pagi, pesawat mula meluncur turun ke landasan. Dari atas aku dah excited. Nak jugak la tengok kot kot nampak karst mountain dari udara ker, mesti ler macam lawa.

Tapi ??

Kau nampak apa yang aku nampak?

Hampagas !

Cuaca langsung tak menujukkan Guilin ceria menyambut kedatangan aku ke China. Apakah sebab aku tak glamer macam Shila Amzah?

Suasana di airport yang berkabus, dingin dan kehujanan

Jadi, sambutan peminat terhadap kehadiran aku di China adalah dingin !!

* korek pusat sambil meraung.

Aku biarkan semua penumpang lain keluar dulu then baru la aku terhegeh hegeh keluar. Aku tak de apa nak kejar jadi aku pun, taking my own sweet time, usha usha garing dulu then macam biasalah. Aku paling last keluar.

Cuaca sejuk dah mula mencucuk cucuk sanubari !

Lagi lagi la aku yang pakai sehelai t shirt je ni. 

Urusan immigration semua tak de hal. Mudah je. Lagipun passport aku dah pernah ada Visa China dan mungkin data aku pun ada dalam system dia orang, so semuanya tuntas.

Dan macam biasa, aku keluar paling last tapi nonong nonong cepat jugak sebab aku tak de nak tunggu baggage. 

Keluar keluar dari balai ketibaan tengok ramai yang menunggu. Terus aku pose pose bersandar tepi dinding lalu melontarkan vokal penuh padu.

"Hello ! Is it me you looking for???"

* lambai lambaikan tangan ke arah peminat

Haram tak de orang pedulik. Ada banyak orang bawak kertas dengan nama. Walaupun aku tau tak de orang tunggu aku tapi macam grand jugak kalau tetiba nama kita terpampang kat situ.

'MENG'

Tapi mungkin Ah Meng mana pulak nanti.

Tak pe la. Dengan langkah hiba aku menapak. Sebenarnya aku tiada arah tujuan !!


Sadis kan?

Melilau lilau tengok dalam airport tu then aku fikir nak minum kopi ! Biasalah tekak dah biasa pagi pagi minum kopi. Nampak kedai, aku order kopi. 

Agak mahal la kopi ni. Satu cawan ni dalam CNY 18. Lebih kurang RM9 !

Tapi tak pe. Aku boleh panaskan badan.

Dan macam biasa aku akan keluar dari airport, tak pedulikan orang lain. Usha kawasan dulu dan hisap rokok !

Ni pond depan airport

Punya la cuaca tak menarik. Aku kecewa abis !!!

* pose pose platypus tepi kolam sambil tarik key Shila Amzah

"Patah seribu... hati ku................."

bersambung.......

16 comments :

  1. mahalnya kopi dia... seb bek aku bukan kaki kopi atau kaki paw...

    cuba ko cakap ko sepupu shila amzah masa order kopi tu, mana tau dpt diskaun 90%.

    tinggal sebulan lagi aku nak gi Laos..ko nak kirim surat kat peminat ko x Meng?

    ReplyDelete
  2. Nasik beryani ni tu menu baru AA kan? Inzalkah?

    ReplyDelete
  3. HAHAHAHAHAHAHAHA aku hanya mampu gelak guling2 baca entry ni...tak terucap dgn kata2...

    ReplyDelete
  4. Nasik Briyani tu cam sedap je kan bang meng... tp kalau green curry euww sgt tak sedap sobs!

    Kopi terfaling mahal iols minum is di Japan.. 800 yen. Dlm RM27. Haih..

    Tp sebab kena jugak minum kohpi makanya terpaksa.

    Guilin 4 hours je ke.. Igtkan 6 hours mcm pergi Beijing. Bolehla masokkan dlm next destination gittew yang entah bila.

    ReplyDelete
  5. meng,

    nak mintak sign...aku peminat antarabangsa abg meng nih..

    aku tlg jwbkan...

    amirmukhtar,
    nasi beriani tu dh lame ade dlm menu..bg aku mmg terbaeklah..

    fj,

    mmg sedap. i sokmo order nasi beryani jek atas kapal..menu lain xmo..tp dulu pernah makan green curry, for me bestla jugak...tp tetap xlawan beryani..hehe..

    tp klu ns lemak, awal2 aku reject..

    ReplyDelete
  6. wahhh, meng ko dh ada pembantu peribadi la skang...sungguh international ko Meng.....bravo bravo.. ihiikkkss...

    ReplyDelete
  7. HB,

    ko nak aku jd PA ko jugak ke? isi form dulu...hahaha..

    ReplyDelete
  8. ini dh double standard...Meng xde isi form pon?? xpe la, aku lom sampai tahap international cam Meng, baru nak dikenali di taman perumahan aku jek kekekekeke.....jauhhhhh lagik perjalanan aku kalau nak dibandingkan Meng yg dah tahap Jacko...

    *moon walking sambil nyanyi lagu thriller...

    ReplyDelete
  9. HB,

    Double standard eh..mane ade..

    Silap2 aku pun kene halau gak jp lg sbb menyibuk kt blog org..

    ReplyDelete
  10. HB : berapa lama kau nak pi Laos? Ada pegi LP ka??

    Jeles

    AM : Bagi aku sedap je.. tapi standard la AA ni, rasa dia lama lama jadi x sedap. Mcm nasik lemak tu

    * hulur tisu kat mak esah

    ReplyDelete
  11. FJ : uols memang kena pegi Guilin sebab kena posing pakai dress bertingkat tepi sawah padi bertingkat

    DATT : aku pun rasa green curry AA sedap. Ayam masak merah pun sedap juga. Tapi x leh makan selalu. Food quality mcm tak sama jer.

    apa apa pung, terima kasih

    * moon walking keliling kubur

    ReplyDelete
  12. Mohon abg meng tunjuk gambar sawah padi bertingkat tu boleh iols save buat ingatan nak pergi Guilin!

    Dress bertingkat macam dah ada.

    Kekeke.

    ReplyDelete
  13. Mngkin fj boleh bawak handbag bertingkat atau pakai boot bertingkat kalau ke guilin....hehehe

    Plan asal Nak ke LP tp Bila tgk balik cam X Sempat Plus perjalanan Dalam bas jek Dh Dekat 9-10 jam itu Kalau Bas X Rosak, Kalau Rosak Punah Plan kena rombak secara besar2an la jawabnya nnt

    Reason Utk repeat la tu...hehehehe

    ReplyDelete
  14. FJ : Gambar akan menyusul kendian...

    HB : tu la sebab nya aku x pegi2 laos, sebab nak pegi LP tapi bila fikir tak sempat ler pulak.

    apa apa pun, kau enjoice. nanti share itinerary di sana.

    ReplyDelete
  15. Hebat la ko hanya berlalu pg bgitu sj tanpa memikiorkan jaket yg ttgl. 10c!!!!

    ReplyDelete
  16. bukan tak moh memikior.. kang tertinggal kapal terbang lak kang aku ni..

    aku dah la biasa membuat kemunculan di saat2 akhir

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...