Monday, September 7, 2020

SEPT 2020 | VitaminSEA - The BEACH is CALLING

When was the last time you went to the beach?

When was the last time you heard the sound of waves crashing?

It is time to take the much needed breather amidst the chaos and escape to a hidden paradise, when the beach is calling !


Merdeka Trip 2020. Sept 2020.

Trip santai sambil explore destinasi kepulauan di Laut China Selatan. Kali ni bersantai santaian dengan geng GBS ke Pulau Aur dan Pulau Dayang di Mersing, Johor.





Pulau Aur, iaitu pulau paling jauh kedudukannya dari tanah Semenanjung. Kalau dulu perjalanan lebih 6 jam terpaksa ditempuhi tapi kini dengan kemudahan speedboat, 2 jam pun dah rasa cukup membuatkan bontot berkematu.









Namun keindahannya memukau pandangan. Mengamit kecintaan para pencinta alam.











Sesuai dengan kedudukannya yang jauh dari hiruk pikuk kota, di sini sesiapa pun akan dapat menikmati suasana santai tanpa gangguan walaupun masih agak ketinggalan dari segi fasiliti dan kemudahan.


















Dan di sisi Pulau Aur ini adalah Pulau Dayang yang sama sama memukau.

Keindahan kedua dua pulau ini sememangnya tak terlawan. Lagi lagi dari puncak batuan.

Nikmat mana lagi yang kau dustakan. 

Hidup dan kehidupan. Damai dan ketenangan. Bagai aur dengan tebing. Segalanya saling melengkapkan !

Dan pabila lenyap semua keindahan ini dari pandangan mata. Pedih ! seolah olah meratapi sebuah kehilangan......

bersambung part 02....

4 comments :

  1. Subhanallah indahnya, bilalah nak dapat bercuti ke pulau ni, lama dah plan tapi belum rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha allah sampai masa nanti dapat la jejak ke pulau tu

      Delete
  2. Banyak jugak kampung kat pulau ni ek. Errr... tulang natang apa tu?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...