Tuesday, September 22, 2020

BDAY TRIP 2020 : 04 - GREENTOWN Dim Sum Cafe

Kalau gi cuti cuti mana mana planning nak JJCM memang mencabar nafsu nafsi. Nak singgah situ, nak makan ini.... tapi............... selalunya dah sampai, especially anak anak akuk aku ada je alasan malas nak keluar dah.

Dia orang lebih rela duduk melepek kat bilik jer. Selalu je buat acara memboyakkan perut Papa dia ni tergendala. Nasib baik selalu ada je makanaan siap siap di bawa atau dah prepare siap siap beli so dia orang lebih suka makan kat bilik je.

Sama jugak masa di Ipoh ni.

Ajak keluar semua tak mau, sudahnya makan di hotel atau aku keluar tapaw kan. Tapi sempat la kami singgah di Greentown Dim Sum sebab dia orang memang teruja dengar nama dim sum ni, selalu je ajak aku tapi aku rejek. Kali ni, aku kabulkan impian mereka makan di Greentown Dim Sum.


Terpaksa aku akur sebab makanan jenis macam ni selalu tak kena dengan selera aku. Bukan apa, aku sebenarnya tak reti nak order !

Terletak di area Greentown di pusat bandar Ipoh, restoran dim sum ni menyediakan dim sum halal  yang termasyur di bandaraya Ipoh ni.




Berpusing pusing gak nak cari parking. Tapi akhirnya dapat jugak. Cuma kena menapak sikit.





Ada cerita di sebalik cafe ni yang aku baca.... Kisah di sebalik Greentown Dim Sum dan mengapa owner dia bukak dim sum "Halal Certified" dan bukannya conventional Chinese dim sum? 

Ya, tahu ke tak tau? Nak tahu ke tidak?

Sebenarnya owner dia dulu belajar kat sekolah kebangsaan dan ramai kawan Melayu jadi dia decided nak bukak dim sum halal sebab nak kawan kawan dia dapat menikmati rasa dim sum tu !

So aku reti masak maggie ni. ada kawan kawan nak hoder?

* siap siap pakai apron dan pegang sudip Ikea

Kami pegi during lunch hour so macam agak ramai jugak yang berada di cafe berkenaan. Maklumlah bukan senang nak cari cafe dim sum halal macam ni. 

Pose pose lesu kejap then kami dapat duduk.




Cafe ni boleh menampung lebih kurang 100 pax pada satu masa. Boleh duduk belah dalam atau luar. Dapur tak boleh sebab chef chef mereka sibuk nak memasak. Tolong jangan ganggu.

Now part paling tricky. Apa nak order ni?







Merenung keluar jendela dengan mata berkacha !

Aku serious tak pernah makan sangat menu menu dim sum ni jadi anak anak aku tolong orderkan. Ntah mana dia orang belajar makan makanan cam nih.


Air minuman sampai dulu. Pastu satu persatu hidangan tiba di meja untuk pengadilan.

Masterchef nak merasa dan buat penilaian ni.






Aku jamah dan ratah ratah mana yang nampak sedap je. Beriya dia orang kata sedap. Aku iyakan saja. 

Makan lah anak anak ku. Asal masuk kereta nanti korang tidur kekenyangan. Kalau tak nanti macam kucing, asyik bercakar jer.

Tapi dia orang memang suka lah. Sedap sangat katanya. So aku assume sedap la kot walaupun tekak aku belum boleh betul betul menilai rasa dim sum nih.


Tapi service agak slow jugak la. Makanan satu satu je datang. Jenuh menunggu.




Dia orang dah kenyang. Maka berangkat la kami meninggalkan cafe ni. Maybe aku leh try gak lain kali tapi kena tengok menu jugak. Yang goreng goreng masih mampu la nak makan.

Harga tak de lah mahal mana. Bermangkuk mangkuk jugak la bebudak ni order dekat RM 100 lebih gak ler.

So kalau ke Ipoh boleh la singgah menjamu selera di sini ya.


GREENTOWN DIMSUM CAFE
10, Persiaran Greentown 4, 
Greentown Avenue, 
30450 Ipoh, Perak

Tel : 012 398 2010

Check dulu waktu operasi. Rasanya hari selasa cafe tutup.

So anak anak aku dah kenyang, now giliran Papa pulak melantak makan dengan riang.

* hit the music....

Bole chudiyan, bole kangna
Haai main ho gayi teri saajna
Tere bin jiyo naiyo lag da main te margaiya

(Le jaa le jaa, dil le jaa le jaa
Le jaa le jaa, soniye le jaa le jaa)
(Le jaa le jaa, dil le jaa le jaa
Le jaa le jaa, soniye le jaa le jaa)


Hoyeah. 

Ni baru kena dengan selera Papa !







Walaupun Nasi Vanggey ni dah ada di merata rata tapi yang dekat Ipoh ni memang piaw punya. Dapat makan rasa nak berguling guling di kawasan pergunungan....

Le jaa le jaa, soniye le jaa le jaa
Dil le jaa le jaa, ho

Eh jap. Lupa cuci tangan.  Nanti baru leh bergulingan........................

bersambung.............

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...