Penghujung bulan Ogos adalah birthday anak bujang aku.
Happy Birthday My Son-shine
Kawal emosi marah.... agar marah itu tidak keterlaluan, tidak merosakkan dan agar marah tidaklah sampai kepada meninggalkan dendam.
Belajar meluah perasaan marah dengan selamat... supaya kita tahu ianya OK untuk meluahkan dengan cara yang betul. Jangan sesekali merosakkan barang. Jangan sampai membahayakan diri dan badan.
Cari perasaan empati dalam diri dan memahami perasaan orang lain agar diri kita selalu cuba memahami dan tahu perasaan orang di sekeliling kita nanti. Pandang lah sesuatu perkara dari banyak sudut dan perspektif.
Sematkan rasa belas ehsan dan belas kasihan. Supaya ada belas dalam jiwa kepada diri sendiri, adik beradik dan orang sekeliling. Biarlah orang menyayangi kita kerana sifat belas kasihan yang kita ada.
Selalu amalkan sikap ringan tulang. Anak lelaki tidak boleh berat tangan untuk menolong. Ringankan beban orang disekeliling kita supaya orang lain turut akan menyenangkan kerja kita. Kalau jumpa orang susah cepat cepat beri pertolongan.
Amanah dan tanggungjawab perlu ada. Di mana mana. Walau apa pun situasi yang mencabar diri sendiri !
Dan bersempena dengan birthday Hero aku ni, just small celebration untuk meraikannya.
May all your dreams come true. (dia nak Black Shark 3 Pro, tapi OR aku dah rejek)
Sorry sayang ! (Papa dah cuba reconsider dah) tapi mungkin masa tak sesuai lagi. Anyway may you have all the happiness dunia dan akhirat (with or without Black Shark)
Semoga menjadi anak yang baik, soleh dan sentiasa membahagiakan. Amin.
I love you with everything I have
Papa
Happy Birthday to you abang. Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat. :D
ReplyDeleteinsha allah. terima kasih
DeleteHappy birthday anak Supermeng Malaya!
ReplyDeletetq..
DeleteHappy birthday Hero kepada Supermeng Malaya
ReplyDeleteMuga Allah memberkati usiamu Abang Anak Meng .... Dan agar dikau menjadi "penyejuk mata" buat kedua ibubapamu ....
ReplyDeleteAlhamdulillah. Insha Allah.
DeleteTq En Ghaz
Happy birthday Abang. Besar doh.
ReplyDeletebesor pada aku ....
Delete