Trip ke CH ni memang tak banyak aktiviti dek disebabkan cuaca yang tak berapa nak bekerjasama. Tak banyak tempat yang nak dituju dapat terlaksana, maka layan je la gegambar yang di ketik secara random di kawasan tanah tinggi ni !
Berkunjung ke Stawberry Big Farms sebab anak aku nak petik strawberry tapi kebun di tutup. Sudahnya dia beli pokok kektus. Konon nak bercucuk tanam.
Haram kaktus pun mati. Memang takde tokoh jadi peladang jaya !
Sebab jalan ke Kea Farm jem macam laha. Jadi kami singgah beli sayur dan buah buahan di Brinchang je.
Jadi lah, janji lepas hajat nak beli hasil segar dari ladang !
Singgah makan tengahari. Pilih kedai random jer. Nasib lah lauk pauknya OK juga.
Sudahnya kami decided untuk bergerak pulang. Memang lawatan kali ni salah timing dan cuaca. Semuanya macam ada je yang tak kena.
Ladang teh yang biasa pun tak singgah lama kononnya nak pegi ke ladang di Habu. Tapi baru perasan operasinya tamat awal.
Pasrah lagi...
Allahu.. kari ketam tu
ReplyDelete