Friday, August 28, 2020

Open House EID Mubarak GBS

Baru baru ni bersempena dengan hari raya Aidil Adha, geng GBS bertemu suka lagi. Kali ni di kediaman mewah IH dan dia dengan rela hati ajak kami datang rumah dia dan makan makan !

Pucuk di cita ulam mendatang. Bab makan aku memang tak tolak. Lagi lagi lama tak bersembang mambang.

Jadi pertemuan telah dilaksanakan dengan geng geng GBS join sama kecuali CP.

Dan macam biasa aku kan pemalas nak drive. MH ambik aku then ambik BW then kami ke kediaman IH yang terletak di kawasan elite dah paling mewah di Lembah Klang ni iaitu Pandan Mewah !. 

Sesat barat waze bawak. Sebenarnya silap masuk simpang terus ntah ke mana mana pergi nya. 

Janji sebelum zuhur, lepas zuhur jugak kami buat kemunculan dengan busana bertema-kan, serabai santai !



Dah lama tak sampai rumah IH ni. Since dia sambung study rumah dia ni jarang berpenghuni. Mostly dia balik kampung je sebab kelas banyak online.

Ketibaan kami di sambut oleh IH yang dah bersiap siap dengan makanan dan hidangan air tangan beliau dengan chef import, kakak beliau !

Eh. Dah banyak perubahan rumah IH ni. Jom aku bawak tour.... Tengok je tau.

















Banyak perubahan since last time kami datang. Deco dah bertambah meriah. Semuanya hasil usha beliau dengan kakak beliau. Tapi kerja kerja buruh semua dia buat sendiri.

Berkaliber kawan aku sorang ni.

Belum kira bab gemukkan kawan kawan.

Ayuh kita ke meja makan untuk menikmati hidangan.












Makanan macam nak jamu 50 orang padahal kami bertiga je pun. 

Semua di siapkan sendiri dengan permintaan tetamu yang tak tau malu ( aku lah tu mintak dia masak macam macam ). Terpaksa dia import kakak dia turut serta. Tapi kakak dia tak de kacau kita orang, kami sampai kakak dia dah bagi laluan kami berkumpul. Baru lah meletop kebabooooo !

Acara isi perut dengan hidangan utama....

Pastu masing masing terbongkang keriangan.

Layan TV dan ada yang siap tidur lagi.

Kemudian bangun isi perut dengan manisan pulak. Sedap betul basque burnt cheesecake yang IH buat nih. Tak puas makan !

Bahana dia suka sangat tengok channel AFC. Ada gak faedah, pandai masak untuk jamu kawan kawan.





Tengok TV. Sembang dan cerca area balcony beliau yang kurang di jaga disebabkan MCO. Semua pepokok mati menyembah bumi. Sampai ikan jadi ikan kering. Masing masing mati bunuh diri terbiar sepi.




Kami lepak sampai lepas maghrib jugak lah. 

Dah menjelang malam baru masing masing reti nak balik. Tu pun sebab esoknya hari kerja. Kena lah balik.



Dah sebagai habuan nak balik, masing masing pulang dengan tapau makanan.

IH tak bagi simpan sebab esoknya dia nak balik kampung dah. Jadi apa lagi..... pakej makan dan siap bawak balik lagi tu.


Nasib dia la dapat kawan kawan tak tau malu nih.

Lewat malam masing masing pulang dengan rasa kenyang dan kepuasan. Kenyang makan. Dan puas berjumpa dan bersembang bebenda merapek.

As usual la bila jumpa ada je rancangan nak buat tapi jadinya tak tau lagi.

Terima kasih IH. Ayuh kita jadikan acara tahunan lepak makan makan ni. Tapi dia kena masak dan kami rela sebagai tetamu sahajer.

Kang kalau aku yang masak, keracunan dia orang ni semua !

6 comments :

  1. Cantik deko..lawa kaler feature wall..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... takde keje dia tu. banyak masa boleh cantik2 kan rumah

      Delete
  2. Kawasan Pandan Mewah tuh tempah saya cari bijih timah kecik kecik dulu ... hhehehee utk buat batu pancing ... dan juga singgah kilang kacang , ambil kacang reject !!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo dulu banyak bijih timah ke situ? patut laa mewah .... hakss

      Delete
  3. mmg kamcing betul GBS ni. tapi apa kaitan mco dgn xleh nak jaga pokok? hihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...