Wednesday, August 12, 2020

Jejak Kyushu DAY 02 - 01 HAKATA STN & HAKATA OLD TOWN

Waktu masih pagi sewaktu aku tiba di Hakata Station.







Hakata Station merupakan pusat terminal untuk transport yang terbesar dan tersibuk di Pulau Kyushu ni. Selain menjadi central station untuk train JR termasuk Shinkansen, terdapat jugak station subway dan station bus di kawasan yang sama. 

Selain menjadi hub perhubungan, Hakata Station turut terkenal sebagai pusat komersial. Ada mall dan pelbagai facilities berkepentingan termasuk hotel hotel di sekitar kawasan.

Di Hakata Station jugak aku redeem JR Pass yang aku dah beli untuk kegunaan di sini. Aku memang ambik pass JR sebab memang merancang nak ke Nagasaki.

Kalau beli separate train tiket return ke sana lagi mahal dari beli JR Pass ni. Boleh jugak aku detour ke tempat lain kalau berkesempatan. Lagipun aku tak de itinerary khusus apa aku nak buat lagi di sini nanti. 

Tunggu masa yang akan menentukan !

* gitu bersemangat sambil pegang pedang samurai tapi berkimono dan terompah jamban. aci?












Settle ambik JR pass aku keluar dari bangunan Hakata Station.

Since masih pagi nak check in hotel masih awal, tapi aku plan nak drop luggage aku je dulu dan sambung merayau. Hotel pilihan aku terletak di kawasan Hakata Old Town tak jauh dari Hakata Station tu, alang alang menapak je jalan kaki ke sana.

Kita mesti cergas sihat dan kuat !!! 

Lagi lagi di tempat orang. Baru lah boleh bersaing dengan orang Jepun kan? Kan? Kan?

* lap peluh.












Bersemangat di negara orang. Kalau kat negara sendiri dengan cuaca mendung mendung macam ni mesti aku membuta ria jer.

Sampai di Hakata Old Town area, spot pertama aku tuju adalah ke Jotenji Temple. Sebuah Buddhist temple sejak dari 13th century yang terkenal dengan binaan Chinese style architecture dan sand garden.














Awal pagi tak de orang lagi. Masuk free jer. Just usha usha kawasan sekejap sebelum bergerak ke Tochoji Temple. Sebuah lagi Buddhist temple yang terkenal dengan giant wooden Buddha.


















Selesai melawat dua temple terkenal di Fukuoka ni, aku menapak ke hotel yang dah aku tempah dengan harapan kot dapat tinggalkan beg dulu kat situ.











Misi berjaya walaupun tak dapat early check in. Lagipun masih awal pagi. 

Tapi tak pe lah kurang kurang boleh tinggal beg dulu. Tak de lah aku ke hulu ke hilir sandang beg tu walaupun tak berat mana.

Baru boleh melangkah dengan lebih gajah. Eh gagah !

bersambung............

4 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...