Pekan sebagai Bandar Diraja ini sememangnya terkenal dengan tinggalan sejarahnya terutama bangunan lama seperti Muzium Sultan Abu Bakar dan Rumah kelahiran Tun Abdul Razak di Pulau Keladi tu.
Selain itu terdapat juga Muzium Masjid Sultan Abdullah terletak di tengah tengah kawasan bandar Pekan di antara kawasan Muzium Sultan Abu Bakar dan Masjid Sultan Ahmad Shah.
Muzium ini telah dibuka secara rasmi pada Oktober 2016.
Selain itu terdapat juga Muzium Masjid Sultan Abdullah terletak di tengah tengah kawasan bandar Pekan di antara kawasan Muzium Sultan Abu Bakar dan Masjid Sultan Ahmad Shah.
Muzium ini telah dibuka secara rasmi pada Oktober 2016.
Pada asalnya, muzium ini merupakan sebuah masjid yang telah dibina pada tahun sekitar tahun 1930, yang kemudiannya diubahsuai menjadi sebuah muzium.
Ianya dilengkapi dengan ruang pameran dan ruang khas untuk solat.
Ianya dilengkapi dengan ruang pameran dan ruang khas untuk solat.
Muzium Masjid Sultan Abdullah juga terkenal dengan gelaran ‘Taj Mahal’ Pekan dek warnanya putih, struktur binaannya yang unik dan kolam air di pekarangan masjid membuatkan ia kelihatan seperti klon kepada salah satu keajaiban dunia, Taj Mahal.
Turut dikenali sebagai Masjid Putih, masjid ketiga terawal di bandar Pekan ini dibina dengan reka bentuk 'Moorish’ dan berkonsepkan muzium dalam taman.
Muzium ini mengandungi pelbagai komponen seperti ruang pameran, ruang solat, ruang diskusi dan ilmiah dengan mengetengahkan tiga segmen utama iaitu Sumbangan Islam dalam Tamadun Dunia, Islam di Pahang dan Koleksi Diraja.
Sekurang kurangnya singgahan di Muzium Masjid ni boleh hilangkan kepanasan cuaca sebab bangunannya beraircond !
Masuk adalah percuma tapi donation di alu alu kan.
Muzium ini jelas memaparkan ciri-ciri kesenian Islam melalui rekaan seni bina dan hiasan dalaman yang bersesuaian dengan statusnya sebagai Muzium Masjid Sultan Abdullah.
Istimewanya disini, pelawat berpeluang untuk merasai pengalaman bersolat di dalam muzium ini.
MUZIUM MASJID SULTAN ABDULLAH
Pekan, Pahang
Tel : 09-4221371
Waktu Operasi :
Selasa – Khamis: 9.30am – 5.00pm
Jumaat : 9.30am – 12.15pm
Dan tidak jauh dari tempat ni adalah sebuah Galeri Pengangkutan Air. Betul betul berhadapan dengan Muzium Sultan Abu Bakar.
Galeri Pengangkutan Air atau Galeri Watercraft terletak di atas Pulau Beram berhampiran dengan kawasan pesisiran wawasan.
Ia berfungsi sebagai sebuah galeri pengangutan perairan dalam pelbagai bentuk dan fungsi yang pernah digunakan di laut dan sungai Pahang.
Terdapat beberapa replika saiz hidup kraf, yang turut dipamerkan yang mampu membangkitkan minat para pengunjung.
Malangnya masa kehadiran kami, tempat ni ditutup dan pintu gate pun berkunci. So cuma boleh usha dari luar je lah.
Selebihnya kami bersiar siar dikawasan tepian sungai menuju ke area waterfront. Kawasan yang menarik untuk keluarga bersantai santai dan pasangan pasangan berdatingan dengan ketenangan air sungai dan pepohonan nan rendang.
Mungkin area yang menjadi nostalgia banyak hati hati yang pernah berbunga dan juga pernah terluka dek kerana kerapuhan cinta !
* bercakap melalui pengalaman sendiri sebab dulu ada gak dating time outing minum cendol kat area area tepi tu.
Ewah.... !
Pepohon nan rendang turut menyaksikan
Berpimpinan tangan kita berduaan
Camar berterbangan turut merasakan
Suatu pertemuan penuh kerinduan
Itu hanya dulu waktu kau dan aku
Melalui liku dan mengukir rindu
Kini hanya aku dihujung rindumu
Walaupun begitu tiadaku keliru
Bicara selembut sutera
Tapi hanya dusta
Sebuah janji yang kau bina
Tak sekukuh kota
Terlalu pedihnya derita
Yang menikam jiwa
Sehingga tiada
Penawar tercipta
Betapa rapuhnya hati mu
Dalam menantiku
Apakah rinduku
Terlalu murah terhadapmu
Mengapa sukarnya bagimu
Terima cintaku
Terdampar diriku
Dalam mengenangmu
Berdiri di sini ku seorang diri
Kembali menyaksi ombak yang berlari
Kepedihan ini tiada bertepi
Selagi dihati belum ada benci
Bicara selembut sutera
Tapi hanya dusta
Sebuah janji yang kau bina
Tak sekukuh kota
Terlalu pedihnya derita
Yang menikam jiwa
Sehingga tiada
Penawar tercipta
Betapa rapuhnya hatimu
Dalam menantiku
Jangan kau mungkiri janjimu
Yang telah berpadu
Apakah rinduku
Terlalu murah terhadapmu
Mengapa sukarnya
Engkau menerima
Mengapa sukarnya
Membina bahagia
Mengapa sukarnya
Engkau menerima
bersambung.............
menarik bangunannya...
ReplyDeletemenarik !
Deletecanteknyaa...pernah lalu2 kat sini sebab ada kerja area ni,tapi mampu jeling dari dalam kereta jelaaa.
ReplyDeletepegi lalu sekali lagi.. try jeling lagi tengok apa jadi... hahahaha
Deletetgk gambar mula2 mmg terbayang taj mahal
ReplyDeletebuleh la kalu nok ambik feel nak tengok taj mahal.. hehe
Delete