Wednesday, February 5, 2020

MALIKI NASI KUKUS, Bandar Sunway

Bagi yang minat dengan hidangan Nasi Kukus... dipersembahkan, salah satu kedai nasi kukus yang menarik untuk di kunjungi di Bandar Sunway. 

Maliki Nasi Kukus !



Lokasinya dekat Bandar Sunway. Unit lot kedai kalau ikut laluan LDP boleh perasan tepi jalan.

Kalau datang hari biasa mencabar jugak nak parking kot, tapi kalau weekend aman damai banyak parking space.

Usha restorannya dulu....





Ruang dia agak luas dan banyak kerusi meja di sediakan. Boleh duduk belah dalam atau di kaki lima bangunan.



Konsepnya order dulu, bayar dan nanti makanan akan di hantar ke meja untuk santapan.



Usha menu menu hidangan....




Menu dia agak pelbagai tapi menu utama adalah Nasi kukus ayam berempah...bersama gulai ayam yang lemak berkrim dan juga acar timun disuntik pula dengan sambal yang pastinya membangkitkan selera. Selain ayam berempah ada juga ikan keli goreng dan lain lain.

Ikut citarasa tekak masing masing.





Jangan lupa minuman.....



Aku ke sini adalah untuk acara keluarga jadi makanan agak penuh meja.



Kuih akok juga tersedia bersama juadah kuih muih yang lain.



Overall bagi aku hidangan nasi kukus dia boleh tahan sedap. Harga pun berpatutan.

Recommended.

Restoran MALIKI NASI KUKUS
No 20 Jalan PJS 8/17
Dataran Mentari
46150 Bandar Sunway
Petaling Jaya,  Selangor

fb : MalikiNasiKukus/

Di buka setiap hari 8 pagi - 3 pagi kecuali hari Jumaat !

Selamat mencuba !

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...