Tuesday, February 11, 2020

Trip Royale PEKAN 02 | MASJID SULTAN AHMAD SHAH AL HAJ

Sebaik saja sampai di Pekan, destinasi pertama kami adalah mengisi perut yang kelaparan. Tu yang pegi makan di Nasi Kukus My Mamma. Di Pekan ni saja ada 2 cawangannya.

Dah kenyang, kami singgah di Masjid Sultan Ahmad Shah Al Haj untuk solat.




Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj terletak di Kg Mengkasar bandar Pekan, Pahang berdekatan dengan Sekolah Sains Sultan Hj Ahmad Shah dan Hospital Daerah Pekan yang baru.




Nama masjid ini bersempena dengan nama Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan telah dirasmikan oleh baginda pada 21 Oktober 2011.

Majlis perasmian turut disaksikan oleh Sultanah Pahang Sultanah Kalsom ; Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ; Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Kos pembinaan masjid ini ialah RM14.4 juta.






Masjid ini dijadikan sebagai Masjid Daerah Pahang menggantikan Masjid Ahmad Shah. 

Ianya meliputi kawasan yang lebih luas dengan binaan yang lebih besar bagi menampung keperluan parkir dan jemaah yang datang untuk beribadah dari sekitar kawasan bandar Pekan ini.

Kemudahan pun lebih lengkap dan baharu serta memberi lebih keselesaan.

Antaranya adalah kemudahan tempak wuduk yang luas dan kemudahan tandas.





Tak banyak sangat maklumat yang boleh ditemui berkenaan dengan masjid ni, jadi usha gambar jer lah terutamanya dewan solat yang luas dengan senibina dalaman yang sangat menarik.


























Seperti saranan Almarhum Baginda Sultan, pembangunan serta kemajuan masjid ini perlu di pantau Jabatan Agama Islam Pahang bagi mengelakkan ia disalah guna individu atau kumpulan tertentu yang bertujuan mencorak pemikiran umat Islam ke arah persepsi yang negatif.

Sayang sekali sekiranya masjid yang dibina dengan gah untuk tujuan ibadah dan menyatu padukan masyarakat di salah gunakan.

Apa apa pun, suasana persekitaran masjid Sultan Ahmad Shah Al Haj ni begitu menenangkan !



Angin menderu
Dahan jatuh menimpa batu
Kuburan
Murai terkejut berkicau-kicau
Langit endung di liputi awan
Alamat bumi di sirami hujan
Sayang di sayang

Hati ku rindu
Orang jauh tak lupa dari
Kenangan

Fikiran kusut berisau-risauan
Sakit untung di tinggalkan abang
Ibarat kapal tidak berhaluan
Sayang di sayang

MASJID SULTAN AHMAD SHAH AL HAJ
Kampung Mengkasar, 
26600 Pekan, 
Pahang

fb page : Masjid-Sultan-Ahmad-Shah-Al-Haj-Pekan

bersambung............

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...