Friday, February 14, 2020

Trip Royale PEKAN 05 | AnCasa ROYALE PEKAN - Hotel

Tiba lah masanya untuk mengusha tempat penginapan yang kami pilih sewaktu kunjungan ke Pekan Pahang ini.





AnCasa Royale Hotel, Pekan merupakan hotel mewah bertaraf 4 bintang di sini.

Menyediakan penginapan yang menarik serta kemudahan terbaik untuk memastikan keselesaan para tetamu., Ia terletak berhampiran dengan Sungai Pahang dan dalam jarak kedudukan yang dekat dengan tarikan pelancongan tempatan. 

Kami check in lewat petang jugak, dan urusan semuanya tak lama, maybe sebab tak ramai orang. 

Usha kawasan lobby hotel AnCasa Royale Pekan ni.
















Hotel ini telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Najib Tun Haji Abdul Razak pada 31 Januari 2015. 

Hotel ini di Pekan, Pahang juga mempunyai kolam renang luaran yang besar dan taman permainan kanak-kanak. AnCasa Hotel Royale, Pekan juga merupakan destinasi popular bagi pasangan yang mencari tempat untuk melangsungkan perkahwinan















Kutanam selasih
Kutanamkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih wahai sayang
Yang aku tinggalkan

Kusiram selasih
Kusiramkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih wahai sayang
Lambang percintaan

Hai kencana dewi kasih yang kurindu
Kukenang selalu

Sayang semoga tak kan layu
Cinta yang sejati kekal dan abadi

Hai cendana dewi kau tetap kukenang
Janganlah kau bimbang

Sayang kau tetap kan pulang
Di sisiku sayang membawa harapan

Selain daripada menjadi sebuah hotel penginapan yang menyediakan kemudahan terbaik kepada para tetamunya, AnCasa Royale Hotel turut memiliki ruang pameran yang di kenali sebagai Tun Abdul Razak Gallery.









Di Gallery Tun Abdul Razak ini mempamerkan sejarah kehidupan dan penglibatan Tun Abdul Razak sepanjang sejarah hidupnya sehinggalah menjadi seorang Perdana Menteri.




Terdapat 133 bilik tetamu di AnCasa Royale Hotel ini menawarkan tingkap-tingkap yang besar dengan pemandangan panorama sungai dan tempat tidur yang selesa. Bilik-biliknya dilengkapi dengan lantai berkarpet dam setiap bilik ada menyediakan TV, penghawa dingin dan ruang duduk yang selesa termasuk bilik mandi en-suite moden termasuk tab mandi dan peralatan mandi mandian premium.


Nanti sambung usha bilik penginapan kami sewaktu berada di sini.

bersambung..........

1 comment :

  1. Hotel nampak mewah. yang syoknya dikelelilingi kehijauan & kedamaian. Takdela sibuk dengan kesesakan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...