Wednesday, February 26, 2020

Trip Royale PEKAN 13 | PEKAN BANDAR DIRAJA

Edisi terakhir trip Royale Pekan.


Mesti korang ingat nama Pekan ni berasal dari maksud "sebuah pekan" aka bandar... kan kan kan????

Sebenarnya nama Pekan diambil dari sejenis bunga yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai Pahang. 


Ia terletak 44 kilometer dari bandar Kuantan dan mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan.

Pekan juga terkenal dengan sebagai Bandar Di Raja, kerana terletaknya Istana Sultan Pahang serta kerabat Di Raja negeri ini.






Jom kita selusuri tempat-tempat menarik di sini.

01. Sebagai bandar diRaja.

Gelaran tua bagi negeri Pahang itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya yang terkenal sampai sekarang dan ibu negeri Pahang pada zaman dahulu bernama PEKAN. Sebelum negeri Pahang ditakluk oleh Kerajaan Melayu Melaka, orang Hindu-Asli (berbahasa Sanskrit) memanggil ibu negeri Pahang itu Pura. Orang-orang Melayu ada juga menyebutnya Pura (ada tersebut dalam hikayat Sejarah Melayu 1977 : hal 73).












02. Lokasi pelancongan

Sebagai sebuah bandar lama, Pekan menyimpan sejarahnya yang tersendiri baik dari segi kesan sejarah peadaban manusia mahupun bangunan bangunan lama yang menjadi tarikan pelancongan.






03. Menyusuri Sungai Pahang dengan pengalaman kehidupan yang berbeza.






04. Riadah di Pekan

Aktiviti riadah juga tidak kurang pentingnya tatkala bercuti terutama di hujung minggu. Ini kerana, keletihan melakukan pelbagai aktiviti dapat dihilangkan sedikit dengan menghirup udara segar dan melakukan pelbagai aktiviti riadah walau hanya sekadar bersiar-siar.

Pekan Riverfront dahulunya hanya pulau kecil namun kini menjadi tumpuan bukan saja penduduk tetapi penganjur yang ingin mengadakan pelbagai acara selepas dibangunkan kembali.











Ia kini menjadi lokasi beriadah seisi keluarga dan lokasi bersantai bersama rakan sambil menikmati pemandangan indah.

05. Keenakkan hidangan Bandar Diraja bagai sajian dari istana

Pekan juga tidak kurang hebatnya dengan sajian dan keenakan makanannya. Mengunjungi Warung Pekan Lama untuk hidangan makan tengah hari pasti tidak mengecewakan terutama bagi penggemar ikan patin dan makanan kampung lain. 

‘Pekena’ semangkuk cendol biasa atau pulut sebagai pencuci mulut melengkapkan hidangan tengahari di Pekan.

Murtabak Mengkasar juga hidangan yang harus di cuba. Ia punya keenakan tersendiri dan lebih tebal berbanding murtabak biasa kerana memiliki tiga lapisan tebal berinti daging dengan 21 jenis rempah-ratus berkualiti dan dimasak garing.












Pekan ternyata sebuah destinasi percutian yang bukan saja menawarkan pelbagai tarikan menarik tetapi punya ‘permata’ tersembunyi yang tidak diketahui ramai. Mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri yang boleh diteroka.

Bermula dari asal usul namanya, beranjak ke tinggalan sejarah sehingga lokasi menjamu selera, banyak lagi tempat menarik yang boleh ditemui di bandar diraja Pahang ini.


















Kalau rindu Pekan, jangan lupa berkunjung datang !



Di masa berpisah
Mengapa hati ku rasa sedih
Jumpa tak lama
Bersua dikau kekasih

Janganlah kau sayu
Airmata jangan dibuang
Kalau rindu
Pesan saja di awan petang

Dendam tetap menggoda
Merayu dalam jiwa
Kasih tak kan lama
Kita kan bersua jua

Bilakah masanya
Hari yang berbahagia
Kita bersama
Hidup selama-lamanya

TAMAT

4 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...