Tuesday, February 4, 2020

3 Budak Gemok, CYBERJAYA

Orang tua berpesan jangan mengata orang gemok, tapi kalau dia menamakan nama kedai mereka sendiri 3 budak gemok... how?

Tak di kira sebagai body shaming la ni kan?

Sebagai seorang yang termasuk dalam golongan ni, aku terpanggil untuk pegi mencuba bagi memberi sokongan dan dorongan penuh padu kepada geng geng senasib.


Apa Itu 3 Budak Gemok?

Terkenal dengan menu nasi panas, ayam kicap, cili pedas gesek, dan menu terbaru – daging kicap – 3 Budak Gemok menjadi fenomena viral. Walaupun menu simple, kombinasi makanan sedap yang 100% masak dengan penuh kasih sayang, dan harga berpatutan, menjadi pilihan ramai.

Kenapa "3 Budak Gemok"?

Nama 3 BUDAK GEMOK berasal dari tiga adik-beradik yang berbadan comel-comel sikit, iaitu Abang, Kakak dan Adek.

Resipi turun-temurun ini merupakan lauk kegemaran tiga beradik sejak dari tahun 1989!

3 budak gemok beroperasi di Cyberjaya dan ada juga outlet di tempat tempat lain sebelum ni. 


Menunya macam Ayam Gepuk Pak Gambus. Nasi dengan sambal pedas tahap cirit tapi di sini ada Ayam Kicap.

Ayam goreng rangup disaluti dengan pes rempah ratus yang ditumis dengan kicap premium dan bawang, menghasilkan ayam sedap layan habis ! Dihidangkan dengan nasi panas, ulam timun dan sambal power.



Kena order bayar dan dapat makanan. 3 budak gemok ni berbeza skit dari Ayam Gepuk sebab ayam dia masak kicap dan ada option telur goreng sebagai hidangan tambahan. 

Tapi sambal power memang tahap cirit.

Sambal power yang pedas berdesing sesuai untuk mereka yang suka pedas! Cili Gesek gabungan 3 jenis CILI PADI paling power!

Selain tu ada juga menu Daging Kicap. Nikmati daging lembu oomphhhh yang empuk, manis dan penuh rasa hasil perapan bahan-bahan rempah masin-masin manis ! Dihidangkan dengan nasi panas, ulam timun dan sambal power.

Tu apa yang dia orang claim, aku tak rasa so tak tau !






Aku cuma rasa ayam jer. Nampak biasa biasa tapi pedas tahap menyinga. Tak jadi nak gemok sebab cerry berry dulu lepas tu abis semua terburai keluar.

Cerdik dia orang ni, ada jual manisan pancake tembam untuk offset rasa berapi.




Tak sempat nak try pancake tembam. Takut bertambah gemok !

Bagi yang suka makanan pedas pedas macam ni boleh cuba. Bagi aku sekali je cukup la kot.  Hilang nikmat makan kalau kepedasan melampau macam ni. 


3 Budak Gemok - CAWANGAN CYBERJAYA
D-LG-3 Block D, Centrus Mall,
Lingkaran Cyber Point CBD Perdana 3,
63000, Cyberjaya,
Selangor
011-5167 9157

Isnin – Ahad (12.00 AM – 12.00 PM)

Refer website untuk cawangan cawangan lain : Tiga Budak Gemok

6 comments :

  1. Biasa jeeee...aku beriya la ingat sedap sgt. Aku rasa ayam masak kicap aku lg sedappp...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe. tak cuba tak tau.. dah cuba tak payah pegi lagi..
      member aku ckp kat cyber tu pun dah kurang org... tak lama lagi makin kurang la sebab semua org dah kurus. hahaha

      Delete
  2. Tak pernah try sbb sejenis yang tak makan pedas. Suami pernah la try sini. Kalau jenis suka pedas, boleh la try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau perut kebal okey je..

      kang takut bibir tebal mcm kak nita kepedasan....

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...