Monday, January 7, 2019

Ink Library Cafe @ GRANDEUR LABS

Akibat amarah yang menguasai diri kucing jiran suka datang berak berak di laman rumah aku, maka aku nekad untuk pindah rumah baru.

Nak pindah ke rumah lagi mewah supaya tuan kucing tu lebih cemburukan aku. 

Nampak? Permainan dunawi di situ. Hahahaha. Bajet duit berkepuk kepuk.

Saja jalan jalan nak tengok rumah area Eco Grandeur di Puncak Alam ni. Azam tahun baru nak beli rumah baru. Konon.









Dah usha usha kawasan pastu murung. Tak mampu ! Lagipun, possibility kucing kucing datang bertandang dan berak secara riang di halaman macam masih ada. So aku shud duduk dalam gua.

Dipersilakan Bil Laden menyanyi lagu keluar masuk gua......................

Dah tak jadi beli rumah. Gi minum kopi je lah...................






Usha usha je dulu. Nak masuk macam segan.

Di kawasan Grandeur Labs ni adalah tempat commercial yang mana ada banyak kedai dan resto yang dah di buka. Antara yang ada di kawasan ni adalah bakery, kedai runcit, kedai pharmacy, restaurant, cafe dan tandas awam.






Salah satu cafe yang nampak menarik yang ada di sini adalah Inx Library Cafe.


A library-themed cafe that offer wide selection of magazines for you to peruse while enjoying a fragrant cup of coffee.

Setting belah luar...




Boleh ke orang yang tak minat membaca macam aku ni masuk library? 

Usha setting dalaman....




Banyak himpunan buku buku......

"Abis tu kau masuk tangkap gambar je? tak de nak order minuman?"

Baik lah ! Order minuman.................................






Serious tak tau nak order apa. Masing masing order coffee dan minuman je. Nak dine in tapi dah petang sangat. 

Menunggu order siap agak lama. Tapi cafe memang cantik. Ramai je yang datang santai mantai. Macam khusus untuk golongan berada ada jer lepak sini.


Gambar kopi tak de sebab aku dah lari tunggu kat kereta. Hari nak hujan. Tapi kopi tak sedap mana. Harga standard coffee stabak etc.

Maybe kena try dine in baru rasa ada kemewahan. Kopi tak sedap pun tetiba rasa aroma dari Brazil yang baru saja di brew melekat di hidung. 

Boleh lah try kalau sesapa datang sini dan nak feel feel. Di buka setiap hari 10 pagi ke 10 malam.

Ink Library Cafe at Grandeur Labs
Grandeur Labs @ Eco Grandeur,
Lot 6232, Persiaran Mokhtar Dahari,
Eco Grandeur
Puncak Alam.
Selangor
fb : inklibrarycafe/

10 comments :

  1. menariknya commercial area ni, tepi tasik...projek2 EcoWorld mmg sangat grand..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pastu dia sumbat masuk dlm harga rumah. tu yang harga rumah tak mampu milik tu

      Delete
  2. sikit lagi jadi tempat photoshoot la ni hehehhe

    ReplyDelete
  3. penah lalu mcm teruja nk masuk cafe tu..tp kata mu kopi x sedap, malas la haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena gi minum kat situ kot baru rasa sedap skit. kalau tapau rasa biasa2 je

      Delete
  4. Bang Meng... Soalan nakal dari peminat ni... Adakah penguatkuasaan larangan merokok memberi kesan kepada kegiatan artis terkenal seperti Supermeng bertemu peminat di kafe2 seluruh negara?... Hihihi... Larikkkk !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear peminat.
      nakal sgt soalan tu.

      dah malas layan

      * isap rokok bawah meja

      Delete
  5. Replies
    1. beli tapau je minum dlm keta. dah drive gambar pun tak sempat nak ambik

      kena gi semula

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...