Monday, November 12, 2018

SURAYA CLASSIC, Kg Baru

Nama Suraya ni memang somehow agak attached dengan aku. Dengar nama Suraya ni mesti teringat memori silam masa belum baligh.

Dulu aku ada awek bernama Suraya dan pernah muncul dalam hidup aku. Dia lah cinta pertama. Dia lah yang pernah mengusik hati dan jiwa.

Ingat kan dah pergi... rupanya ada Suraya lain muncul berkali kali. Kali ini lebih bergaya. Lebih classic !

Cuba cuba menghantui jiwa raga.

Dia lah Suraya yang sebenarnya............................

Okey. Stop merapek, jom isi perut. Lapar kan?

Kalau biasa pegi Kg Baru mesti tau Resto Suraya Seafood di sana. Aku pun pernah makan juga beberapa kali.


Tahukah anda, selain Suraya Seafood tu, ada lagi Suraya Suraya lain di Kg Baru tu... Suraya 2 dan Suraya 3. Confused sungguh kan !

Suraya Seafood memang more to seafood. Suraya 2 dekat masjid Kg Baru lebih kepada Nasi Hidangan Nasi Kukus... dan ada jugak Suraya 3 iaitu Suraya Classic yang menyediakan lebih varieties hidangannya.

Sempat hari tu aku berkunjung sekali ke sini !

Sebenarnya jumpa secara tak sengaja. Nampak signage je then decided nak try makan kat sini.

Letaknya di Kg Baru jugak tapi di jalan utama mengadap HKL... iaitu Jalan Raja Muda Abdul Aziz.

Ada kawasan parkir di persekitaran resto ni

Tapi of chos, parking berbayar.

Jangan berkira. Bayar je. Datang nak makan kan, kalau pasal parking jadi isu kang mood tak tentuang ! 

Hilang selera terus.

Kalau nak kata Suraya Seafood ramai orang, sini pun boleh tahan. Tapi apa yang berbeza, ruang makan di sini lebih besar dan luas. Tak de la berlaga ponggong. Dan satu lagi di sini konsepnya macam banyak kiosk dan gerai makanan dan lebih banyak pilihan.

Hi Suraya... 

Meja meja. Ada jugak bahagian dalam berekon.

Nak dapat seat tu memang mencabar jugak lah. Tapi kena kuatnya semangat dan terus berazam !  Kena banyak bersabar dan jangan merusuh.

Usaha pasti jaya !!!

Memang kena expect orang ramai di sini ! Awas jugak kot ada pencopet !

Dah dapat seat, peluk kerusi kemas kemas takut orang curi. Sila duduk dan jangan lari !

Ruang makan

Now numdarkan kornea mata sekarang dan tumpu secara rambang untuk usha makanan. Telan air liur sekali bagi mengimbangi nafsu yang mula mengelojak riang !















Dah tengok? Dah tau nak makan apa?

Apa? Tak tau jugak? Kalau tak tau jugak, boleh beredar dan balik. Bagi laluan pada orang lain. Punya lah banyak makanan takkan tak jumpa yang selera?

Tapi jangan pulak jadi pelahap dan nak order semua benda. Bukan apa, takut nanti membazir !

Usha apa hidangan yang kami cuba.

* tarik nafas, cover perut siap siap.









Berjaya tak mengokak selera anda?

Malangnya bagi aku lah. Ada yang OK dan ada yang tak OK. Biasalah macam ni, orang ramai ramai, quality of food carca marba. Tapi memang syok tengok makanan banyak banyak ni walaupun bukan nak makan mana.

Konsep dia menarik gak macam kedai makan Terlajak Laris tu tapi kualiti food memang boleh dipertikaikan. Service pun berterabur.

Apa apa pun, kalau nak cuba boleh cuba. Walau tak banyak, salah satu hidangan pasti boleh membangkit selera.

Harga OK lah.. ikut apa yang di order. Cuma aku tak boleh berlama kalau tempat orang ramai ramai sangat ni. Lemas.

"Awak ingat saya ada masa untuk sakit kepala?"

Yang pasti, awek pertama aku nama Suraya........ Oh Suraya, di mana kah dikau sekarang? Masih kurus macam masa kita darjah 4 dulu atau sudah obese melebihi kapal kargo?

Terima kasih kerana mengajar aku erti cinta monkey !



Kulerai segala yang terkusut
Kusimpul agar menjadi rapi
Demi menjaga hatimu
Ku rela mengalah selalu
Mengapa kau berubah laku

Inikah yang harus ku terima
Di atas setia sekian lama
Engkau menjadikan aku
Pelakon dalam sandiwaramu

Cintaku rinduku bukannya yang terkusut
Ku ikat ku belai dan kusimpul.. oohh...

Hati ingin berbicara
Hati pun sering bertanya
Di mana hujung jalan cerita
Bukannya di bibir tanpa sebarang noktah

Selangkah engkau pergi seribu langkah aku mengejarmu
Sekelip mata engkau hilang seluruh pelusuk ku cari...oohh...
Setinggi mana engkau membawa diri akan aku daki...oohh...
Sedalam mana engkau cuba menyembunyi akan ku selami

Biar terbukti biar bersaksi
Cinta kita cinta tersimpul rapi

* lari topik lak dah.

btw kisah cinta dengan Suraya tak berpanjangan sebab masuk sekolah menengah kami satu kelas ! Bosan lak hari hari tengok muka dia.

SURAYA CLASSIC
2704, Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
Kampung Baru
Kuala Lumpur.

fb : Suraya Classic

Selamat mencuba !

8 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...