Friday, November 2, 2018

JB 2018 | 02 : Masjid Sultan Ismail, UTM

Salam Jumaat.

Hari Jumaat ni kita share benda baik baik je lah. Hari ni nak gebang pasal Masjid UTM yang terletak di kampus Universiti Teknologi Malaysia, UTM di Skudai.

Di kenali sebagai Masjid Sultan Ismail, UTM

Bukan sekadar masjid, ianya juga merupakan Pusat Islam untuk UTM

Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 6 Julai 2009 bagi menggantikan pengurusan Masjid Sultan Ismail sebelum itu. Selaras dengan perubahan nama pengurusan ini, aktiviti-aktiviti berkaitan Masjid Sultan Ismail dan pembangunan syiar Islam di Universiti Teknologi Malaysia dikendalikan sepenuhnya oleh Pusat Islam.

Pengurusan Masjid Sultan Ismail pada asalnya terletak di bawah pengurusan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial. Mulai November 2001, pengurusan Masjid Sultan Ismail dipindahkan di bawah pentadbiran Censeleri yang kemudiannya dikenali sebagai Pejabat Naib Canselor sehingga penubuhan rasmi Pusat Islam UTM pada 6 Julai 2009.

Pusat Islam UTM adalah institusi penting yang mempunyai fungsi yang sangat luas berperanan sebagai pusat kegiatan ibadat, pusat kegiatan dakwah dan ilmu, pusat pentadbiran, pusat kegiatan sosial dan juga berperanan membangunkan modal insan dan memacu ummah amnya serta staf dan mahasiswa UTM khususnya ke tahap kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Masjid Sultan Ismail, UTM

Bertepatan dengan motto UTM “Kerana Tuhan untuk Manusia“

Ruang Legar

Masjid Sultan Ismail ini mula didirikan dalam tahun 1986 dan siap sepenuhnya pada tahun 1990. Kos pembinaannya ialah hampir RM19 juta. 

Bangunan masjid ini ditempatkan di kawasan tengah kampus yang merupakan bangunan utama dari segi pemandangan serta terletak di dataran yang tinggi. Hal ini menjadikan masjid sebagai titik tumpu dalam perancangan pembinaan kampus dan reka letaknya di bahagian tengah adalah selaras dengan konsep pembelaran Islam di mana masjid merupakan sumber atau mencari dan menyebarkan ilmu.

Usha kawasan persekitaran Masjid....

Dewan Sultan Iskandar

Laluan yang menghubungkan Dewan Sultan Iskandar ke Masjid Sultan Ismail

Pusat Islam UTM

Dinding kaca

Koridor

Lantai

Tempat wuduk

Kolah

Kawasan tangga

Masjid ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor, pada 23 Ogos 1991. 

Masjid Sultan Ismail boleh menampung jemaah lebih daripada 10,000 orang dalam satu-satu masa, termasuk 800 orang wanita di dewan solat wanita aras 3. Keluasan lantai keseluruhan Masjid Sultan Ismail adalah lebih kurang 100,000 kaki persegi. Keluasan lantai dewan utama adalah 41,000 kaki persegi. Setiap reka bentuknya seperti mimbar, kubah, tempat wuduk dan pintu masuk mempunyai ciri senibina yang unik dan tersendiri.

Pintu masuk ke dewan solat utama

Dewan solat utama yang mengambil kira ciri ciri tempat saie dari Safa ke Marwah

Reka bentuk dengan 3 aras. Ruang solat wanita terletak di aras 2.

Lampu

Mihrab

Mimbar berbentuk Mimbar Masjid Nabawi dan Masjid Turki di perbuat dari kayu Merbau

Karpet

Boleh memuatkan lebih 10 ribu jemaah pada satu satu masa

Laluan keluar masuk di setiap sudut dan ruang dewan solat utama

Al Quran

Kemasan kubah adalah daripada kepingan tembaga berwarna hijau 'turqoise'. Pintu masuk di susuk Masjid berbentuk pintu masjid-masjid di Iran dan Iraq. Mimbar Masjid berbentuk mimbar masjid Nabawi dan Masjid Turki dan diperbuat daripada kayu merbau dengan berukiran lada hitam.

Bahagian seambi tepi masjid direkabentuk menyamai ciri tempat sa'ie dari Safa ke Marwah di Mekah. Pada sebelah lantai terazzo Masjid, diukir ukiran yang terdapat di masjid-masjid lama di Timur Tengah. Ukiran pada dinding bahagian dalam masjid bermotifkan geometri Islam. Kemasan dinding luar keseluruhannya adalah daripada 'shanhai plaster'. Ciri-ciri rekabentuk seni Melayu dapat dilihat pada railing Masjid dan tempat wudhuk. Railing Masjid diukir berbentuk railing yang biasa terdapat di rumah-rumah Melayu. Tempat wudhuk direka bentuk bercirikan perigi. Bagi menentukan pembinaan Masjid ini benar-benar menepati hukum dan lunas-lunas Islam, Universiti telah mendaptkan khidmat nasihat daripada Dato' Hassan Din Al-Hafiz, Pegawai Agama, Istana Negara pada ketika itu.

Masjid Sultan Ismail direkabentuk setinggi tiga tingkat dengan satu 'basement bawah tanah, dan dengan tiga pasang menara berlainan ketinggian ntuk mencerminkan tiga aras ketinggian. Rekabentuknya menggabungkan ciri-ciri rekabentuk seni bina Islam dengan reka bentuk kubah Masjid al-Aqsa di Baitul Muqaddis.

Selain tu terdapat jugak beberapa facilities lain seperti tadika, bilik pengurusan jenazah, bilik VIP, dapur dan sebagainya..

Prasarana

Ukiran pada bahagian atas pintu

Gelas kaca

Ayat ayat suci Al Quran dan seni khat memenuhi ruang

Khubah masjid berciri kan kubah Masjidil Aqsa

Sebagai Pusat Islam untuk pendidik dan pelajar UTM, banyak aktiviti aktiviti dirancang sepanjang tahun.

Layan saki baki gambar sekitar Masjid Sultan Ismail, UTM Skudai.








Semoga masjid Sultan Ismail UTM ini memberi banyak peluang untuk warganya beribadah dan sebagai pusat ilmu untuk membina sahsiah warga warganya..

Pusat Islam,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim
Tel: 07-553 7501/08 Fax: 07-553 7532
website : islamiccentre.utm.my/ ( sumber info )
fb : pusatislam.utm/

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...