Wednesday, March 28, 2018

KEMBARA BALKAN - BULGARIA | 01 SOFIA : Mencari Sofia Jane

Bulgaria. Negara ke 3 yang aku singgah masa trip Balkan tempoh hari. 

Entry ni bersambung dengan entry Greece : Thessaloniki

Highway dari Thessaloniki menuju ke sempadan Bulgaria.

Aku jadi tak pasti dengan perancangan aku selepas terlepas bas dari Thessaloniki ke Skopje pagi tadi. Tak tau lah apa yang aku nak buat. Memang kalau plan asal, aku akan singgah Sofia ni on the way dari Belgrade, Serbia menuju ke Istanbul. Tapi now dah acah acah tak sabar nak jumpa Sofia pulak. 

Sofia Jane kah?

Dan aku kena rangka plan lain. Maybe despite buat clockwise, aku kena buat trip ni anti clockwise yang mana dari Sofia ni aku naik ke Belgrade. Cemana aku nak balik ke Istambul tu, belakang kira ! Nanti aku fikir semula.

Masalahnya aku tak sempat nak study lagi pasal Sofia ni....  Tak sangka Sofia muncul dulu !

Ini drebar bas aku.

Bas tak penuh. Selesa jugak lah. Boleh pulak time perjalanan tu pakcik ni stop tepi jalan. Aku ingat bas rosak ke apa, rupanya dia kencing !

Kencing sebelah aku lak tu. Aku duduk tepi tingkap so terintai pulak dah. No No Not good pakcik ! Lain kali pakai pampers !

Bas berhenti rehat kat duty free shop kat border Greece/Bulgaria. Giliran aku lak kencing

Sempadan keluar Greece. Kami semua tak turun, drebar ambik passport dan uruskan semuanya then imigration naik bagi passport masing masing sambil usha muka kami. Peace !

Masuk pulak sempadan Bulgaria. Sama gak duk je diam diam dalam bas tu.

Melintasi sempadan Bulgaria view masih sama. Layan je la pemandangan sepanjang perjalanan

Tapi keadaan jalanraya dah tak smooth. Jalan satu lorong dan tak leh memotong. Buat bas tersangkut dan aku rasa macam jauh je nak sampai.

Then highway OK sikit bila nak sampai ke Sofia. Nampak sign McD buat aku rasa lapar...

4 jam setengah perjalanan akhirnya bas masuk ke ruang terminal. Tandanya dah sampai lah tu.

Hoorey !

Aku menjerit riang. Walaupun bukan seperti yang di rancang tapi sekarang aku dah berjaya jejakkan kaki di bumi Sofia ni dengan selamatnya !

Turun bas, tarik key Black nyanyi lagu Sofia Jane.



Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Abis nyanyi penonton start baling selipar. Ya ! Aku tau mesti dia orang sama macam aku tertunggu tunggu tang mana lagu ni sebut nama Sofia Jane?

Dekat terminal yang bas berhenti tu ada banyak kaunter kaunter tiket. Terminal tu nampak macam kodi sikit. Namanya Serdika Bus Station. Dan sebab panas kot semua tutup rapat je sebab guna aircond. Aku buntu tak tau nak check cemana. Sudahnya kena bukak setiap pintu dan tanya. 

Lagi parah, ramai yang tak leh faham English. Pastu tulisan dia orang aku lak yang tak faham. Bengang betul aku rasa. Macam hilang pedoman.

Dalam banyak banyak kiosk tiket tu nasiblah ada jugak yang boleh faham English. Aku tanya dia apa tiket yang ada yang available petang or malam nanti, dia cakap Bucharest, Romania.

Alamak ! Sudah. Takkan aku nak pegi Bucharest pulak dah. Macam jauh tersasar je dari plan asal ni.

Fikir fikir macam tak jadi lah. So aku tanya dia macam macam dan dia kata petang ke malam ada bas ke Skopje. Tapi kena beli kat kaunter lain. Fine !

Masalahnya aku tak de duit Bulgaria ni. Belum tukar. So datang balik jumpa minah ni tanya. Dia kata kaunter hujung ada exchange. So aku tukar 20 Euro dan dapat 32 Lev. 

Lev adalah matawang Bulgaria. 10 Lev = 5.10 Euro. So aku rasa kena kencing sikit kat currency exchange kat terminal tadi tu.

Dah ada duit aku nak beli la tiket ke Skopje malam tu,  Harga tiket 17.50 Euro. Aku tanya dia, aku nak bayar pakai debit card ntah apa minah tu cakap aku tak faham. Dia suruh aku pegi tempat lain.

Aku keluar dan hisap rokok. Cari idea nak fahamkan apa yang dia cakap dan kenapa dia tak nak jual kat aku. Buntu !

Aku pegi kat kiosk minah yang pandai English sikit tadi tu dan suruh dia fahamkan. Rupanya nak beli tiket bayar card tu kena gi terminal besar kat sebelah terminal tadi tu.

Hah kau ! Rupanya sebelah terminal kodi tadi tu ada terminal bas yang besar ni. Baru aku nak kecam station bas kat Sofia macam hauk gila. 

Ni Sofia Central Bus Station yang tadi Serdika dan sebelah Serdika bus station tu adalah Sofia Central Train station. 

Dan rupanya kat dalam terminal ni lagi banyak kaunter tiket yang ada.

Aku gi satu persatu.

Tengok tulisan dia orang haram tak faham ! Bengang kali ke dua. Dah lah nama tempat, tak de courtesy langsung nak eja dalam Roman supaya orang orang macam aku ni faham !

Dah lah aku gi tanya kaunter pertanyaan, mana kaunter nak ke Skopje, Kaunter pertanyaan tu tak faham ! Apa dia explain aku pun tak tau. Last last dia bengang dengan aku. Hahaha. Siap pegang pegang penyapu. Kau ingat kau Harry Porter?

Serious aku bengang !

Siap keluar dari terminal tu dah duduk kat bangunan depan tu hisap rokok dan cari idea.

Hotel Ramada depan terminal bas Sofia

Cuaca punya lah panas. Sambil duduk tu aku fikir gak cemana aku nak gi ke town Sofia ni. Jam dah dekat pukul 3 lebih. Ada masa ke? Nak naik apa? Aci ke jalan kaki?

Macam macam lah aku menaakul sendiri !

Masuk balik terminal tengok kat kaunter info tu minah lain pulak. Aku pun pegi tanya.

"Hey wanita Bulgaria. Mana tiket bas ke Skopje?"

Nasib dia faham ! So senang aku nak tuju. Aku beli tiket malam dari Sofia ke Skopje so aku ada masa nak ronda ronda Sofia hari ni. Lagi tambah girang, ada wifi free kat terminal bas ni so aku aci download wikitravel Sofia sebagai rujukan !

So dah tau cemana nak ke bandar Sofia. Ayuh, kita mulakan !

Depan terminal bas tu macam ada station tram dan trolley. So aku ingat nak naik tram ni lah. Tapi cari cari orang jual tiket tak jumpa. Balik semula jumpa minah kat terminal kodi tadi tu dan dia bagitau boleh beli day pass kat salah satu kiosk kat situ. Berjaya beli dengan harga 4 Lev.

Pastu dah pegi terminal tak tau nak naik trolley mana satu. Ke kanan ke atau ke kiri.

Aku usha dua tiga tram lalu. Nampak macam dia orang berhenti dan turun. Aku fikir, kalau ramai ramai ni mesti dari bandar. Gi shopping ke, gi pasar ke. So mesti la aku naik ke arah berlawanan. Kan?

Pastu tram lalu. Konfiden aku naik !

Choooo Choooo...... * buat bunyi keretapi.

Dalam tram tu aku dah perasan tak de orang. Maybe cuaca panas semua orang duduk dalam rumah kot? Husnuzon namanya tu !

Pastu tram tu stop kat 2 station, aku pun dengan riaknya macam tram ni aku yang punya. Tak de orang ! So tram bergerak lagi tup tup berhenti kat corner.

Aku duduk dalam tram diam diam. Maklum lah orang bersopan santun baik budi di rantau orang ! Tetiba ada sorang mamat ni datang dari depan.

Dia cakap something aku tak faham.

"No ! No !... Finish !"

Finish?

Aku baru nak start ni weh. Pastu dia suruh aku turun dari tram tu. Kurang hajar !

Aku macam nak mengamuk tapi tiba tiba di hati rasa sayu...................

Bodoh drebar tram ni ! Ada ke halau aku. Tak tau ke aku ni artis antarabangsa?

Pastu nak di jadikan cerita lebih malang. Kawasan track tu berpagar. So aku tak leh keluar dan berjalan ikut jalan besar. Aku kena rentas track !

Serious aku rasa macam dalam drama Bollywood. Aksi Hero Hindustani kecewa dan berjalan dengan hati yang luka atas rail track ! Lagi effect effect peluh merecik di dahi bercampur dengan airmata.

Terkesan sungguh adegan tu kat jiwa.

Jauh jugak lah nak menapak sampai ke station tram yang seterusnya. Kat situ pun aku masih buntu. Nak naik tram nombor berapa. Hampir aku fed up dan cuba nak naik bas je tapi kang lagi ntah ke mana hala di bawaknya aku ni.

Tawakal, aku nampak ada tram lalu so aku pun naik. Dan tram ni tak lalu depan terminal tadi dah, elok je dia corner sebelah sampai balik ke terminal. So baru lah aku faham. aku tadi naik salah laluan !

Hahahahaha. Tapi drebar tram tadi tu memang kurang hajar ! Tak berperike-artisan !

Dalam train aku dapat rasakan aku berada di landasan yang betul

Sebab nampak bangunan ada gaya gaya bandar sikit

Tapi sebab aku tak sure nak turun kat mana dan aku rasa tram tu macam makin jauh je dari pusat kota so aku turun je station seterusnya.

Pastu ting tong tak tau mana aku berada

Nasib baik lah tak jauh dari situ aku nampak bangunan macam menjadi tumpuan dan tempat orang ramai berkumpul kumpulan.

Aku pun pegi menyebuk.

Tersergam indah, National Palace of Culture di Sofia - Iconic building hosting concerts, plays, exhibitions & other events in a huge, art-filled space.

Siap ada tulisan SOFIA besar besar kat sini

Ada dataran

Dan fountain

Bangunan National Palace of Culture.

The National Palace of Culture  located in Sofia, the capital of Bulgaria, is the largest, multifunctional conference and exhibition centre in south-eastern Europe. It was opened in 1981 in celebration of Bulgaria's 1300th anniversary.


Ini tempat konsert konsert di adakan. Kira macam kita punya Istana Budaya lah kot.

Tapi kawasan sekitar memang luas macam kawasan park

Aku tak tau nak tuju ke mana, nampak sign Mc D tak jauh dari situ mesti tu kawasan tumpuan. So aku pun menapak lah tengah tengah panas tu.

Memorial Park ada arca arca peringatan di bina di sekitar kawasan park ni

Dan ramai jugak yang beraktiviti di kawasan ni. Kat park ni ada water tap so ramai je yang ambik air kat situ termasuk lah aku. Water tap kat Bulgaria boleh di minum dengan selambanya. Jimat lah duit sikit.

Dan telahan aku tepat sekali. Akhirnya aku sampai di Vitosha Boulevard. It`s the main commercial street in the centre of Sofia. It is known as the most expensive street in Sofia.

Vitosha Boulevard

Shopping street


Vitosha Boulevard (Bulgarian: булевард "Витоша", often called just "Витошка", Vitoshka) is the main commercial street in the centre of Sofia, the capital of Bulgaria, which is abundant in posh stores, restaurants and bars. It extends from the St Nedelya Square to the Southern Park.

Many high-end fashion labels have outlets on Vitosha boulevard and the neighbouring streets: Versace, Escada, Bulgari, D&G, La Perla, Lacoste, Van Laak, Ermenegildo Zegna, Tru Trussardi, Moreschi, Marella, Max Mara, Gianfranco Ferré, Emporio Armani, Tommy Hilfiger, Boss, Baldinini.


Cafe cafe

Shopping area

Restaurants

Dan ada satu kedai tu aku nampak ada jual FM. Macam murah murah gak tapi malas nak beli. 

Dari laluan tu akan nampak Sveti Sedmochislenitsi Church. Tempat yang aku nak pegi selepas ni.

Sofia Court House

Juga di kenali sebagai Palace of Justice. Ada statue singa kat depan bangunan ni

Juga dikenali sebagai first structure di Sofia ni.

Info pasal Palace of Justice ni.

The Sofia Court House (Bulgarian: Съдебна палата, Sadebna palata) is a building in Sofia, the capital of Bulgaria, accommodating several courts in the city. Stylistically a simplistic yet monumental structure, it is located on 2 Vitosha Boulevard, surrounded by Alabin Street, Laveleye Street and Positano Street.

The need for a common building to house all the courts in Sofia was raised in 1926 with the foundation of the Judicial Buildings fund. Construction began in 1929 and finished in 1940. While it was the first structure in this strict monumental style in the city, it was followed by the Bulgarian National Bank in the 1930s and the Largo in the 1950s. The initial architectural plan was the work of Nikola Lazarov, later redesigned by Pencho Koychev. The Court House has a syenite plinth, a facing of white limestone and a noticeable cornice below the top floor. The four-storey building (with two additional underground floors) spreads over a ground area of 8,500 square metres and has 430 premises, of which 24 courtrooms, a library and a bank hall, totalling 48,000 square metres of used area.

The facade features five large gates and 12 columns. In its style, the Court House is eclectic, uniting several Classical themes, with a fourth floor instead of a baluster, as well as Roman and Byzantine style decorations on the doors, windows and corbels.

ZARA. Aku singgah masuk. Beli perfume murah. 2 botol 35 Euro.

Bangunan lain di sekitar Vitosha Boulevard

St. Nedelya Church

Jam dah menunjukkan pukul 4.45 petang

Bulgarian Orthodox Church

Sveta Nedelya is a medieval church that has suffered destruction through the ages and has been reconstructed many times. 

The present building of the temple is among the landmarks of Sofia. It was designed by the famous Bulgarian architectural team Vasilyov-Tsolov.

Kawasan sekitar gereja

Sveta Nedelya sq. is being considered the center of Sofia city. The church Sveta Nedelya lies directly above the ancient crossroads of Serdica (Sofia’s previous name).

This church is the direct successor of several smaller churches from medieval times.The theories say that in the beginning the church was built by wood and it had fundamentials made of stone. Later on the entire church was built by stone. But in 1925 it was destroyed by a bomb blast assassination attempt on Tsar Boris III. In this terrorist act set by the comunists. Over 200 people were killed, although the intended victim was spared. The current architecture and design date back to 1950 when the Comunist party decided to restore the church and rename it to Sveta Nedelya.

It was previously known as Holly King (Sveti kral) as the remains of the Serbian king Stephan Urosh II were kept in this church.

The beautifully preserved wood carved iconostasis dates back to 1865; the murals were added as late as 1976.


Masa berada kat situ kebetulan pintu terbuka. So aku pun cuba cuba masuk.





Usha usha lebih kurang je. Pastu aku jalan lagi bergerak ke arah lain.

Bangunan di Sofia

Sofia Hotel Balkan, a Luxury Collection Hotel, Sofia

Former Communist Party House. Salah satu ikonic building di Sofia ni

Gereja

Salah satu bangunan

Boleh pulak cuaca panas panas ada orang bagi free air. Part of promo kot. So aku buat muka tak malu mintak air free. Tak sedap lak tu !

Jalan jalan kat area tu, tetiba ternampak patung tinggi menjulang di angkasa ni.

Statue of Sveta Sofia

The Statue of Sveta Sofia (English: The Statue of Saint Sophia; Bulgarian: Статуя на Света София; Transliteration: Statuya na Sveta Sofiya) is a monumental sculpture in Sofia, Bulgaria.

The statue, erected in 2000, stands in a spot once occupied by a statue of Lenin.

Sophia was considered too erotic and pagan to be referred to as a saint. 24 feet in height, the copper and bronze statue by the sculptor Georgi Chapkanov, stands on a 48 feet high pedestal. Adorned with the symbols of power (crown), fame (wreath) and wisdom (owl), the crown is also a reference to the Goddess of Fate – Tyche, inspired by the old emblem of Sofia dating back to 1900

Oh. Kini menjawab segala persoalan. Dia lah Sofia yang di gembar gemburkan. Akhirnya kita bertemu jua Sofia.

"Aku tanya apa khabar?????????????"

bersambung..................

9 comments :

  1. Ada saya rancang nak pergi Sofia tapi kesuntukan masa, terpaksa lupakan. Harap-harap dapat pergi lain kali.

    ReplyDelete
  2. Huhu...part drama hindustan tue x menahan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih tau tak di perlakukan sebegitu...

      * seka airmata dengan tuala good morning

      Delete
  3. Nak pergi Sofia bulan 10 ni. Itin mcm ko punya je Meng. Harap2 seronok dan menarik

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...