Friday, March 2, 2018

Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong

Masih lagi di Bukit Jelutong.

* lambai lambai tangan ke arah penduduk setempat.

Kali ni kita nak terjah singgah di salah sebuah masjid indah di negeri Selangor ini iaitu Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong,

Terletak di Bukit Jelutong

Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam mula dibina pada bulan Mei 2010 dan telah siap sepenuhnya pada bulan Mac 2013. Masjid Diraja ini mempunyai kawasan seluas 2.07 hektar(5.12 ekar) dan ianya boleh memuatkan kira-kira 4,000 jemaah pada satu-satu masa.

Aku dah lama teringin nak singgah solat di masjid ni cuma tak berkesempatan. Baru baru ni dah alang alang berada di kawasan ni, jadi singgah untuk solat maghrib sambil usha usha dengan lebih dekat lagi.

First of all masjid ni memang besar dari segi luas kawasannya.

Parking di sekitar kawasan masjid

Entrance utama

Senibina

Laluan menuju ke dewan solat utama

Tempat simpan kasut

Bahagian menuju ke dewan solat

Arah tuju

Compound masjid yang terbuka dengan pokok pokok di tanam di persekitarannya

Tandas

Tempat wuduk.

Masjid Tengku Ampuan Jemaah atau Masjid Bukit Jelutong ini adalah masjid negeri yang kedua untuk negeri Selangor selepas Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Seksyen 14. 

Masjid diraja ini dinamakan bersempena nama permaisuri Sultan Selangor, Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah, iaitu Almarhumah Tengku Ampuan Jemaah dari Selangor. Baginda juga merupakan Raja Permaisuri Agong kedua Malaysia.

Masjid ini dibina oleh Sime Darby Properties yang juga pemaju Bukit Jelutong . Pembinaan masjid bermula pada 2010 dan selesai pada 2012. 

Masjid ini dibuka secara rasmi oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah dari Selangor pada 13 Mac 2013.

Plak perasmian

Info masjid

Di sekeliling kawasan masjid ada nama nama penyumbang yang turut mewakaf dalam pembinaan masjid ini

Kos pembinaan Masjid Diraja ini ialah sebanyak RM25.5 juta yang dibiayai melalui Wakaf Khas Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj(RM6 juta), Kerajaan Negeri Selangor(RM11 juta), Sime Darby Property Bhd (RM6 juta) dan Ahli-Ahli Kariah Masjid(RM2.5 juta).

Usha dewan solat utama Masjid.

Gerbang masuk

Dewan solat

Pintu masuk

Karpet

Ruang solat utama

Dome

Ruang

Interior

Dewan solat utama.

Dalam dewan solat utama masjid ni tak luas mana tapi bau dia wangi gila ! Macam hotel 5 bintang !

Reka bentuk yang luas di sini berdasarkan seni bina Islam Timur Tengah tradisional dan luarannya kebanyakannya dihiasi dengan tulisan-tulisan Al Quran terutamanya di atas pintu masuk utama. Ia mempunyai empat menara yang sama besar dan kubah tengah.

Di dalamnya terdapat ruang yang luas dan lapang dan mempunyai halaman dalaman dengan ciri-ciri berasaskan air. 

Dewan solat utama mempunyai permaidani merah dan candelier yang besar seperti yang terlihat di masjid-masjid besar di Istanbul. Terdapat dewan pelbagai guna, pusat sumber, ruang pameran, bilik kuliah dan pusat penjagaan kanak-kanak.

Kemudahan di masjid

Pak guard yang sentiasa berjaga di kawasan masjid


Masjid ini  dijadikan lambang tempat untuk umat Islam di kawasan ini bersatu padu dengan semangat persaudaraan yang kukuh dan teguh.

Selain daripada kehebatan aktiviti kerohanian dan pembinaan masyarakat yang sangat aktif di masjid ini, masjid ini turut menjadi tarikan kerana mempunyai persekitaran yang indah dan mengkagumkan.







Salam singgah, selamat beribadah !

9 comments :

  1. Marilah singgah Abe Meng, hari-hari ada taklim.
    Hari Selasa minggu pertama dan kedua ada Habib Ali Zainal Abidin.

    Hannan
    Minda Eksekutif Muda Bercelaru
    www.kembaraanakmuda.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. khairiah lain lain.. hehe insha allah ada peluang buleh gi sana lagi.
      aku suka habib ali tu..
      kau lak apa citer? pekabo?

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Waras.
    Kalau singgah, tegur lah, hee...
    Nak cari kerja ni, misi seterusnya nak mendirikan masjid pula.
    Tapi cabarannya nak cari kerja pula.
    Ada kerja kosong bagitaulah.

    Hannan
    Minda Eksekutif Muda Bercelaru
    www.kembaraanakmuda.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha allah. aku doakan semuanya dipermudahkan utk ko.

      nak tegur tu buleh. tapi nak tegur yang mana satu. ahahhaa

      Delete
  4. Aku pon teringin nak singgah sini..tapi belum kesampaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. simpan dulu keinginan tu... lama lama nanti tercapai lah tu.
      aku pun memang selalu lalu cuma kali ni baru sempat singgah.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...