Saturday, March 10, 2018

Cuti Sekolah Disember 2017 : 03 - Sepiring

Di dalam sendu yang teramat.
Ku lihat senja yang berlabuh.
Dan malam pun melepas layar
Kaku aku di sini
Bersama
Harapangggggggggggggg
Terbakar........................ !

Terbakar tau tak???

Masih di landa kekecewaan yang memuncak kerana gagal perform di medan luncur ais. Benar benar rasa malu dengan semua peminat. Terima kasih kerana menyokong saya walaupun saya gagal mempamerkan aksi yang boleh membuatkan peminat bersorak riang !

Sure ramai je yang riang tengok aku terguling guling kat situ.

Tak mau terus di buru bayangan kegagalan, aku kena lakukan sesuatu untuk menceriakan keadaan ! Apa lagi kalau bukan makan.

Nak makan di mana neyyyy????

Sepiring. Perlu ke buat persembahan tarian piring pulak lepas ni bagi menambahkan jumlah peminat yang tadi bertempiaran lari?

Lepak minum petang je lah. Sambil sambil isi perut.

Macam menarik hidangan tersedia

Memula cari Hero dulu dia hilang ntah ke mana. 

Dia pun sebab kecewa gagal beraksi di gelanggang luncur salji tu, dia pegi main game. Aku bagi RM10 dan dia hilang lesap. Called hp dia tak angkat pulak. Isk.

Cari punya cari, akhirnya berjumpa kembali. Nasib baik berjejak kasih. Kalau tak terpaksa gi buat report ke annoucement ke cari dia.

Dah cukup semuanya, kami masuk, duduk dan mohon diberi layanan sewajarnya.

Nama kedainya Sepiring

Actually aku pernah perasan tempat makan ni dulu, tapi tak pernah cuba. Usha usha macam menarik je untuk lepak santai hilangkan dahaga keletihan menanggung bebanan emosi tak bertepi.

Duta Abadi JJCM aka Kak Long Jajahan - Wanderlust DJ pun dah datang ke sini dan aku pernah baca entry.

Orang ramai, nak dapat seat pun menunggu lama

Belah dalam pun penuh

Sambil sambil tu usha suasana dan interior Sepiring ni dulu.............

Dinding

Bumbung

Lagi salah satu sudut yang ada

Dapat tempat duduk dan sedia nak mengorder.....

Memang orang agak ramai, jadi layanan tu agak kureng sikit. Pasrah la terpaksa menunggu.

Hasil Hero gi main game tadi..... 

Lama jugak nak tunggu staff dia datang bawakkan buku menu....

Sebuah buku menu akhirnya tiba jua..

Intro Sepiring

Main dishes

Kopi dan saudaranya

Teh dah coolers...

Budak budak tak nak makan. Teruja dengan satu menu yang ada di sini....................

Cendol durian......

Haloba nak sorang satu. 

Aku jamah sikit. Tak de lah padu mana. Durian tu macam durian lama dalam peti sejuk. Tak fresh. Tak best.  Lagi pun aku macam lapar dan nak order something untuk makan. ( masih dalam mode kecewa)

Order mee kari

Order satu je. Tapi bebudak tu tengok aku makan, semua nak rasa. Last last kongsi sama sama.

Minuman penyegar selera

Dia orang makan cendol tak abis. Aku jugak la yang menjadi DBKL tukang sapu semuanya. Pastu dah abis tu lah baru lapar lah apa lah. Last sekali order nasi bungkus je makan kat bilik.

Nasi lemak ayam berempah kalau tak silap namanya. Menarik gak lah.

Overall mengenyangkan. Boleh di cuba kalau berkesempatan ke sana. Sepiring makan beramai ramai. Sikit sikit, kelazatannya terserlah pada rasa.

Proud of our colourful heritage, our menu carries an exciting variety with recipes from all corners of Malaysia. It is this harmonious blend of flavours that makes us all 'uniquely Malaysian'. And just as Malaysians love sharing meals from Sepiring, we enjoy serving homegrown meals in a welcoming atmosphere that rekindles a joy worth sharing with friends and family over and over again.

Sepiring - bringing people together one plate at a time.

Ada few outlets jugak di few places. Boleh cuba. Harga pun berpatutan.

SEPIRING
Lot L1-15, First Floor IOI City Mall,
Lebuh IRC, IOI Resort City,
62502 Putrajaya
Selain di IOI City Mall ni, mereka juga ada outlets di DPulze Cyberjaya, The Mines, Midvalley dan Sunway Putra Mall. Check website dan FB for promotions !

SEPIRING ialah sebahagian kumpulan restoran TCRS dan diperakui “HALAL” oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), - badan berkuasa HALAL yang diakui di peringkat antarabangsa, membolehkan para pengguna membeli tanpa sekatan budaya dan agama.

Dah kenyang baru lah boleh menari tarian piring untuk menghiburkan peminat.

Eh ah eh ah !!!!!


Dah kenyang. Dah gembira. Dah boleh lupa kenangan silam di IceScape tadi tu. 

Control. Alt. Delete !

bersambung................

4 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...