Kalau diikutkan rasa kekecewaan memang mengundang kesedihan yang berpanjangan.
Cuaca pun seolah olah mengerti kesedihan di hati kami. Dan cuaca jugak lah yang sebenarnya menghalang perancangan yang kami idam idamkan di bumi Queenstown ni.
Cuaca yang tidak memungkinkan....
"So back up plan? Apa kita nak buat? Takkan nak terus menyerah je?"
"Apa kata kita buat bungy?"
Suggest IH. Aku masih berbelah bahagi. BW kata dia dah hilang mood.
"Alang alang dah kat sini, buat je lah"
Dan aku dengan IH sebulat suara, walau tak de dalam plan asal kami, tapi dah berada di Queesntown ni, elok rasanya kami sudahi dengan sesuatu yang meninggalkan kenangan yang tersendiri !
Berjalan di sekitar kawasan pekan Queenstown ni, kami singgah di pusat penerangan dan ticketing untuk bungy jumping di sini.
Masuk sini !
Riki riki dan dapatkan informasi
Then kami menimbal balik. Masa untuk terjun. Bila boleh terjun. Harga dan segalanya dan akhirnya kata putus di buat bersama.
Kami bakal buat bungy jumping di Queenstown ni.
Riki riki jugak benda benda lain di sini. Excited pulak nak cuba banyak benda. Tapi masa dah terbuang setengah hari di sini saja
Timbangan
Pastikan semua check list tak menghalang untuk kami terjun nanti
Akhirnya tiket dah pun berada di tangan kami.
Excited dan cuak !
Itu 2 perkara yang menyerang perasaan dan benak fikiran aku dan IH. Tapi aku rasa IH OK jer kot sebab dia memang nak buat bungy jugak pada asalnya. Cuma aku macam cuak cuak badak memula.
Tak de fikir panjang. Lagi lama karang lagi panjang masa kami tersadai di Queenstown ni. Tak perlu buang masa lama lama.
Kali ni pasti kami akan tinggalkan pekan Queenstown ni dengan sebuah impian yang lain.
Kami di beri option untuk ke tempat bungy jumping di Kawarau Bridge dengan kenderaan mereka atau pun nak drive sendiri.
Kami memilih untuk drive sendiri sebab jalannya on the way yang bakal kami teruskan untuk ke Lake Tekapo nanti.
Jarak dari pekan Queenstown ke Kawarau Bridge lebih kurang 24 KM dan mengambil masa perjalanan selama 20 minit.
Dalam kereta kami dok cuba cuba berseloroh.
"Cuak gak ni"
"Hahahah"
"Kalau mak akak tau ni mesti dia cakap baik beli emas pada membazir sekali terjun je macam nak bunuh diri je dah 600"
BW membebel.
"Eh. Elok la tu. Pakai la emas banyak banyak biar berat macam sauh ! Eh. Aku terjun dulu lah !"
Aku mintak untuk terjun dulu nanti. IH mengiyakan jer.
Fuh.... Cemana la rasanya. Dalam otak dah plan nak terjun skydiving tapi akhirnya jadi bungy pulak di sini ni. Redah je lah.....
Perjalanan kami akhirnya sampai di lokasi. Hujan masih renyai renyai turun
Park kereta di kawasan yang di sediakan dan kami terus ke belah dalam untuk register dan serahkan dokumen dan tiket yang kami bawa dari pejabat di Queenstown tadi.
Perasaan masa ni?
Hmmph. Hanya tuhan yang tahu. Berdebar debar dup dap dup dap. Aku siap message OR jap bagitau.
'Yang saya tak jadi skydiving sebab hujan. Tapi jap lagi saya nak buat bungy jumping. Doakan semuanya selamat'
Aku rasa dia mesti histeria kejap. Tapi dia tau aku cemana, kalau aku nak buat mesti aku buat !
Dia balas lepas tu bagitau supaya aku berhati hati jer.
Welcome !
Baca baca sikit redakan kesangsian
Bahagian bawah di Bungy Jumping Center di Kawaru Bridge ni
Sampai sampai je kami terus check in dekat kaunter. Ada pekerja dia yang memang siap sedia menanti.
Check in sini
Dia ukur berat badan sekali lagi dan tulis di atas tangan. Tangan kiri dicatit berat and tangan kanan dicatit nombor rujukan untuk video dan gambar kot kot kalau nak beli lepas terjun. Ada few soalan yang dia tanya dan aku pun dah tak tau apa yang dia tanya. Yang penting dia tanya ada sakit apa apa ke atau sebarang halangan yang memungkinkan aku tak boleh buat terjunan.
"Eh. Aku dah bayar pun ! Kau jangan banyak songeh. Cepat. Bagi aku terjun !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
Macam tu aku nak bagitau.
So segala apa benda yang ada dalam poket dan badan semua aku dah keluarkan seperti yang di arahkan. Dari situ dia suruh aku keluar terus ke jambatan dan siap sedia untuk terjunan !
Harghhhhhhhhhhhhhhhhh....
"Mak.............. halalkan susu mu... Maafkan anak mu kerana menetek lama lama dulu. Mesti tetek Mak sakit kan?"
Macam tu kalau di beri peluang untuk aku bercakap saat saat terakhir dengan mak aku ! Tapi mak aku tak tau. Kalau dia tau maunya dia marah dan bebel bukan bukan.
Tak pe. Ni salah satu impian ! Ni aku kerjakan tanpa pengetahuan.....................
Keluar dari center tu, aku nampak ada beberapa orang tengah menonton
Dan tempat terjunan di atas jambatan sana.
Pantas aku dengan IH berjalan terus ke arah jambatan dan laluan yang di khaskan menuju ke jambatan gantung di Kawarau Bridge ni. BW kami tugaskan amik gambar memandangkan dia tak nak terjun.
Naik naik dan terus berjalan ke arah tengah jambatan.
Ni atas jambatan. Kena berjalan ke tengah tengah dan pekerja pekerja mereka sedang siap menanti.
Hujan masih turun renyai renyai.
Sejuk memang mencengkam. Tapi perasaan seriau lagi buat aku tak keruan. Rasa macam nak berjalan ke kandang pesalah untuk hukuman gantung.
Tengok ke bawah memang agak mengerikan.
"Yes mate. How are you?"
"Fine"
"Are you excited?"
"I dont know"
"Is this your first time?"
"Yupp"
Kat sini lagi sekali kena timbang berat badan. Lepas tu dia check nombor-nombor yang dicatit kat dua-dua belah tangan.
Masa ni terketar ketar rasa kaki.
Aku berdiri dan IH kat belakang aku sikit. Memang aku yang plan nak terjun dulu so aku bagitau pekerja di situ sebab nombor aku 19 and IH 18. Dia orang arahkan aku masuk untuk mempersiapkan diri.
Fuh ! Fuh !
Berasap asap keluar dari mulut.
"Are you OK?"
"Yup..."
Mula-mula dia pasangkan safety harness kat pinggang. Kemudian, dia suruh aku duduk dan dia mula balut kedua dua kaki aku dengan kain yang macam tuala kat bahagian betis. Tuala tu kemudiannya diikat kemas mengikat kedua dua kaki aku dan tali tu disambungkan ke bungy. Erkk!! Macam ni je dia ikat?
"Where are you from?"
Isk ! Banyak tanya lak kau orang ni. Ada 3 orang tengah mempersiapkan aku dan 2 yang lain cuba siapkan IH. Rupanya kami berdua je yang nak terjun ni. Tak de orang lain sebelum kami. Tu yang berdebar debar tu sebab tak de masa nak tarik nafas.
Tak lama lepas tu dah siap siap dah di pakai segala tali tali yang ada.
Fuh.. Pucat lesi rasanya muka aku time tu.
"Are you ready?"
"Hmmm. I think so"
"Stand up"
Aku bangun.
"OK.. There are few cameras over there. Come on.. smile and say hi to that camera"
Dan dia tunjuk aku few cameras yang ada dan suruh senyum pada salah satu camera camera tu. Aku dok babai dengan muka cuak gila rasanya. Kalau toreh sure tak berdarah muka.
"Okey Mate. Go to the edge. And whenever you ready !"
Sebab kedua dua kaki aku dah kena ikat, so aku kena meloncat loncat macam pocong.
Berdiri di hujung platform tu rasanya OK lagi.
Dan betul betul sampai kat tepi tu, aku tengok bawah.................. walaweiii
"Ya Allah apa aku buat ni !!!!!!"
Cuak tak ingat dah.
"Whenever you ready !.... "
Lepas tu dia countdown 3,2,1.
"Jump as far as you can, okay???"
Mamat kat belakang sekali lagi bersuara. Dia masih pegang belakang aku.
Aku berdiri betul betul hujung platform. Ready untuk terjun.
Bersedia ke aku ni?
Ah. Kalau tak ready cemana?
Patah balik?
Chicken out?
No !
Ah ! Kenapa mamat ni tak tolak je aku jatuh???
Tolak please..............
Argh................. Tak nak tolak sudah. Aku terjun sendiri.
Go Meng ! Go !
Once and for all......................................
Aku turunkan lutut sikit. Sedia untuk melepaskan semuanya.
Aku pejam mata.
Dah tak fikir apa.......................................
Zassssssssssss
Zas.................
Bunyi tali. Bunyi angin.
Then sunyi.
Pandangan air biru sebentar tadi tetiba hilang.
Ah !!!!!!!!!!!!!!
Aku lupa nak baca Bismillah !!!!!
Too late.
Suasana hening seketika.
Eh, mana tali bungy ni?
Tetiba aku rasa tali tersentap.
Zapp Prappppp.
Terasa darah turun ke kepala. Dan aku terayun semula ke atas dan ke bawah. Ke depan dan ke belakang.
Terasa darah turun ke kepala. Dan aku terayun semula ke atas dan ke bawah. Ke depan dan ke belakang.
Berayun ayun
Terpelanting kiri kanan depan belakang
Masa berayun ayun tu aku perasan something.
Alamak ! Baju aku terselak !
Abis lah nampak perut.
Abislah orang tengok.
Hey perut aku ! Perut aku ! No camera please...
Kever........................
Ah.... malu........................................................................ !
Satu hal lak aku nak tarik tarik sweater aku yang dah turun ke bawah sebab posisi terbalik tu dan memang perut dah ternampak.
"Nehi ! Nehi ! Nehi ! No camera please !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
So, kesimpulannya kalau nak buat bungy, sebelum terjun tu make sure baju tu dah secured supaya tak terlurut masa tergantung nanti. Tak jelita nampak perut nanti oke.
Dan ayunan semakin perlahan
Di bahagian bawah di atas sungai Kawarau tersebut, sebuat bot menanti. Nasib baik tak cecah air. Maybe sebab musim sejuk tapi kalau biasa boleh pilih untuk terjun dan kepala cecah dalam air !
Petugas di situ cuba hulurkan kayu untuk aku capai. Lepas berjaya capai tu baru lah aku di tarik ke atas bot dan mereka cuba untuk menanggalkan semua tali yang mengikat di bahagian kaki.
Bot di bawah menanti
"Great job mate ! Are you OK?"
"Yeah. I think so"
"Is this your first time?"
"Will you do it again?"
Ah ! Dia nak ajak berborak lagi. Aku dah mengah dan tak cukup nafas. Detak jantung masih berdegup sekencang yang mungkin tak berhenti lagi ! Dag dig dug dag dig dug di dalam dadaaaa...
* shadap Haiza!
Ntah apa dia tanya aku jawab je. Abis dia tanggalkan semuanya, dia suruh aku panjat kat tangga tepi sungai tu dan naik ke atas semula.
Naik ikut laluan tangga ke atas semula
Termengah tengok balik ketinggian yang baru je aku terjun
Aku berhenti kejap kat tangga tu. Penat jugak nak naik sampai atas.
Kat situ aku tunggu untuk IH buat terjunan lepas aku. Semuanya berjalan lancar dan IH berjaya juga buat terjunan seperti yang dia idamkan.
43 meter tinggi. Tak sampai 10 saat free fall. Dengan harga sekali terjunan lebih kurang RM 600.
"Yes ! I did it.............................. !!!"
And what can I say? It is simply the best feeling I ever had !
Berbaloi!
Rasa lega................ ! Hiks.
I call you when I need you
When my heart's on fire
You come to me, come to me
Wild and wired
You come to me,
Give me everything I need
Give me a lifetime of promises
And a world of dreams
Speak the language of love
Like you know what it means
It can't be wrong
Take my heart and make it strong, baby
You're simply the best
Better than all the rest
Better than anyone
Anyone I've ever met
I'm stuck on your heart
I hang on every word you say
Tear us apart
Baby, I would rather be dead
In your heart I see the start
Of every night and every day
In your eyes I get lost
I get washed away
Just as long as I'm here in your arms
I could be in no better place
You're simply the best
Better than all the rest
Better than anyone
Anyone I've ever met
I'm stuck on your heart
I hang on every word you say
Tear us apart, no, no, no
Baby, I would rather be dead
Each time you leave me I start losing control
You're walking away with my heart and my soul
I can feel you even when I'm alone,
Oh, baby, don't let go!
You're the best
Better than all the rest
Better than anyone
Anyone I've ever met
I'm stuck on your heart
I hang on every word you say
Tear us apart, no, no
Baby, I would rather be dead
You're the best
Mengucap panjang aku. Syukur Alhamdulillah semuanya selamat. IH pun OK.
Terima kasih kat BW yang jadi photographer kami walaupun dia tak sempat nak capture pun. Main tembak je sampai gambar bergegar gegar jadinya.
Apa apa pun pengalaman yang hebat.
Kawarau Bridge Bungy Center
Maklumat
Lepak jap kat area ni sebab nak tengok orang lain terjun. Tapi sebab hujan so tak ramai yang datang.
Selain dari bungy jumping, di Kawarau Bridge ni jugak ada Kawarau Zipride
Boleh la jugak bagi sesiapa yang nak mencuba
Sedikit mengenai Kawarau Bridge Bungy ni.
Not only is Queenstown the Adventure Capital of the World but it is also the location of the 'World Home of Bungy Jumping'- The Kawarau Bridge Bungy!
In November 1988, Bungy pioneers AJ Hackett and Henry van Asch jumped into the World spotlight by launching the World's first commercially operated Bungy Jumping Site, off the historic Kawarau Bridge. With over 26 years of operating experience we have become renowned as one of the most exhilarating things to do in Queenstown.
If you want to be tied up & thrown off with a friend, then this is the Bungy Site for you, as it offers Queenstown’s only Tandem Bungy Jump. Just remember that sharing the thrill doesn’t mean halving the fear!
QUICK FACTS:
World's 1st Commercial Bungy Jump
43m Bungy Jump off the Historic Kawarau Bridge
Queenstown's Only Tandem Bungy
Water Touches available
Alang alang dah berada di Kawarau Bridge ni, usha sikit apa yang menarik dengan tempat ni !
Kawarau Suspension Bridge
Jambatan di atas Kawarau River dan Kawarau Gorge
The Kawarau Gorge Suspension Bridge is a bridge which runs over the Kawarau River in the Otago Region in the South Island of New Zealand.
The bridge is mainly used for commercial purposes by the AJ Hackett Bungy Company for the purposes of bungy jumping; the site was the world's first commercial bungy jumping site. The bridge also forms part of the Queenstown Trail which allows walkers/runners and bikers to pass over the river. The bridge is inside a Department of Conservation reserve
The bridge was completed in late 1880, and formed a key access route to the Central Otago goldfields. It was replaced by a new highway bridge on State Highway 6 in 1963. It is classified by the New Zealand Historic Places Trust as a Category I historic place
Ada kambing gurun kat lereng bukit
Sejarah Kawarau Bridge
Dah selesai semuanya kami bersiap sedia untuk meninggalkan tempat ni dan masuk ke dalam center untuk selesaikan hal hal lain.
Di Kawarau Bridge Center ni ada jual jual baju juga.
Dan di sini la sesiapa yang dah buat terjunan boleh tengok gambar dan video untuk di beli.
Patut tadi aku terjun dulu dan IH ambik gambar dan bila IH terjun aku ambik gambar. Sebabnya, kat sini memang ada di sediakan video dan gambar yang mereka ambik, tapi harga mahal sungguh.
Malas nak beli. Lagipun aku tadi terjun nampak perut. Sah sah buruk !
Tapi kami di beri sijil dan t shirt
Dapat hak bragging pasal buat bungy jumping ni seumur hidup !
Terima kasih AJ Hackett Bungy
Seawal perjalanan tu masing masing diam je. Hujan pulak sepanjang jalan.
Diam membisu mengenangkan pengalaman baru. Diam membisu sebab masih tak hilang lagi rasa berdebar debar tadi.
BW dok tanya tanya.
"Takut ke tak?"
Tapi kepala aku dok tak abis fikir lagi.................. Cemana baju aku boleh terselak? Aku dah bagi orang tengok wayang freee !!!!
"Oh. No ................................ How come. How dare you !!!"
bersambung.....................
Syabas! Akhirnya nmpk susuk tubuh Supermeng yg sasa (walaupun x penuh). Haha
ReplyDeletehaipppp !
DeleteSyabas Meng...akhirnya kannn...aku pun berdebar debar gak baca...takut tetiba ko patah balik tak jadi..frust aku..hiks....Anyway, bungy jumping ni pun one of my wishlist :-)
ReplyDeleteaku ingat nak patah balik gak tapi takut malu dgn org kampung.....
Deletesatu kampung dah buat kenduri makan rojak bersempena aku nak terjun tu.. * mati la tipu
owh ye...tak nampak muka, nampak badan pun jadi la ek...walaupun muka ko kaver...lagi extreme kalau gambar nampak perut ko tunjuk kat sini...hahahaha
ReplyDeletejangan la. kalau nampak perut memang tersembul keluar. hahahaha
Deleteaku yg baca pun rasa neves.. hahahha
ReplyDeletesabar sabar...... tarik napas
Deletehahahaha auwwww hensem tgk walau dari tepi how bang meng oii... tapi is nebes laaa #takuttinggi. But syabas abang you did it! I would NEVER do that definitely. Haha... OMG OMG OMGGG kagum sejenakss. Grrr.
ReplyDeletehahaha.. sebab dah bayar kan kena lah terjun. kalau tak rugi je....
Deleteikutkan duit sayang. tapi experience once in a lifetime kena buat gak la ni
hehhehhe....penampilan sulung body supermeng di khalayak...hehehhe...part awal aku yg neves baca...part last terus tergelak sendiri...
ReplyDeletecemana aku tak leh agak baju tu akan melorot dan menampakkan susuk tubuh? nampak bahagian yang sulit lak tu... eh tak sulit sangat tapi sulit jugak la
Deletehahahaha
pengalaman anda yang hebat.
ReplyDeletedaya keinginan untuk mencuba yang tinggi menggunung.
DeleteWahhhhh.... Sado jugak uncle Meng ni... Syabas n tahniah uncle buat penerjunan...
ReplyDeleteterima kasih..
Deletesado tu sebab kecut dek ketakutan nak terjun. kalau dlm keadaan normal smeuanya kembali kembang
I did the jump back in 2004..brader siap tny ok x kalau bukak tudg..hofcos x!(dia takut trbelit kot)..tny nk dip tgn x dlm sungai so dia kasik adjust��..mmg best aa..tp rasa best lg skydive..nway xde rezeki meng...hehe..redhoo
ReplyDeletetu lah tak de rezeki. redho la ni.. maybe next time cuba lagi....
Deletehari tu sejuk sgt kot dia tak bagi celup dlm sungai tu. kalau tak mau kejung tetiba
kurus je kau meng. aku bayangkan kau gemuk! haha!
ReplyDeleteanyway beribu2 taniaaa berjaya membuat lompatan.
kalau aku, memang tak aaaaaaaa..
ehhhh sesuka je kata aku gemok.
Deleteaku gemok part part lain je....
ada part lain memang kurus..
* tunjuk jari jemari yang slim shaddy
tak gemok punnnn....
ReplyDeletetahniah2... berani kerana benar...ehh...
gemok la tu.....
Deletesalah satu impian jgk... pastu ada baca berita mana ntah, ada yg meninggal masa buat terjunan cuak la pulak
ReplyDeletekena kuat semangat. kalau dah impian kena lah laksanakan... cuma kena ambik langkah berjaga jaga bagi mengelakkan kemalangan...
DeleteAdehhh sib baik baca kt umah... mula2 suspen pastu gelak guling2 sampai kuar air mata... Mcm kurang yakin ja nak bungy jump.. maybe zipride bole la kot..xsaba pulak nak try. BTW xde la gemok pon.. selama ni baca ingat gemokk la sgt
ReplyDeleteberanikan diri. cuba dulu.. insha allah oke.. yakin boleh !
Deletegemuk is awesome............ !