Monday, February 20, 2017

Jom Makan : iLapar Cafe, Ara Damansara

"I lapar. U?"

* busy cat kuku.

"I lapar. U?"
"U lapar ke?"
"I lapar"
"Abis nak makan kat mana?"
"ILapar"
"Tau la U lapar. Nak makan apa? Kat mana?"
"ILapar"

Bakal kena tempeleng sedas. Bengkak muka lari menangis belakang tiang !

Itu adalah perihal babak drama swasta. SuriHati Mr Lori Beras lakonan ILopa dan Fattahmorganas !

Jom kita gi makan jom !

Nama cafe dia ILapa. Serious tak tipu..........

Kafe hipster kini tidak asing lagi bagi warga kota khususnya golongan muda-mudi. Kewujudan kafe-kafe yang menekankan konsep sederhana, minimalis dan unik ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Konsep itu dapat dilihat dalam beberapa ciri di kafe berkenaan seperti rekaan bangunan, kedai atau perabot, signature atau paten unik yang hanya terdapat di kafe tersebut, hidangan makanan barat, asia atau gabungan dan pelbagai minuman seperti Blue Curacao Mojito dan Jelly Coffee seperti yang terdapat di iLapar Cafe.

iLapar Cafe yang terletak di Ara Damansara di Selangor, merupakan antara kafe hispter yang menjadi lokasi `wajib' anak muda menjamu selera sambil bergambar secara berkumpulan mahupun selfie.- sumber

Jom usha !

Ya. I tau U lapar. Tapi U kena sabar !

Deko 

Dalam resto

Boleh duduk di dalam

Atau lepak di luar

Tapi apa yang lebih menarik, di cafe iLapar ni ada setting lebih santai di belah luar.

Boleh lepak lepak atas beanbeg sambil borak borak dan layan tengok TV.

Macam ni

Menarik tak?

Muda mudi santai santai OK lah. Menarik juga.

Aku prefer duduk atas meja

Dan di beri kertas menu

Seleksi makanan tak banyak. 

Ada western sikit, dan minuman. Agak niche jugak lah. Mostly western. Tapi kat belah luar ada gerai kuew tiaw.

Cara order, kena gi order kat dalam. Bagitau apa yang nak di pesan. Bagi nombor meja. Settlekan bayaran dan duduk menunggu !

Service tak cepat dan tak slow mana.

Minuman muncul dulu.

Pineapple untuk OR

Air apa benda ntah untuk aku. Manis ya ampun. Rasa ada pudina dan macam buah buahan

OR order Oglio Alio.

Aku punya Grilled Chicken

Macam aku cakap menu tak berapa banyak. Tapi makanan not bad !

Boleh cuba lagi ! Nanti ajak member member lepak lepak kat luar kat beanbag. Tapi tak leh mengganas, kalau hancur rosak benda alah tu, consider ganti !

Smile !

Kos makanan kami RM 49. OK lah. Boleh shisha shushi juga di sini.

iLapar Cafe
Block C, Jalan PJU 1A/3,
Ara Damansara
Petaling Jaya,
Malaysia


Lokasi lepas Tesco Extra Ara Damansara.

Bukak 6 pm - 12 pm

8 comments :

  1. Grilled chicken tu nmpk mcm fried chicken

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan risau... rasanya tetap macam grilled.

      Kukus.. Grill.. Panggang.. Kukus.. Grill.. Panggang.. Kukus

      Delete
  2. bang meng, ni lokasi dia kat area apartment sebelah menyebelah tu ke?
    banyak kali dah dok usha kat fb, sampainya idok jugak lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 lot kedai lepas tesco ara damansara... dlm lot kedai tu

      Delete
  3. Br plan nkpi sini. Laju je ko dah smpaikan. Hehe lepak kat beanbag sambil layan bintang syok gk tu. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. opsss. sorry ter rampas title kejap..

      xper. nanti kau buleh usha. buleh baring atas beanbag tu.

      jangan sedar2 dah pagi sudah laa

      Delete
  4. santai habiss outdoor seating ni...kiranya moon/star light dining..

    ReplyDelete
    Replies
    1. area tak ramai orang kalau malam malam.. so buleh la mencari ketenangan

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...