Saturday, February 25, 2017

Jom Ronda : Sekitar Pasar Seni, Kuala Lumpur

Ronda ronda pusing pusing Kuala Lumpur tanpa dirancang !

Lalu lalang area Pasar Seni. Sambil sambil tu, tembak kiri kanan.. Lihat kot kot ada perubahan di kawasan sekitar.

Terima kasih kepada si penembak.

Enjoice................

Ini kubah bangunan Station Keretapi KL lama

Jalan Tun Sambanthan Kuala Lumpur. 

Bangunan Dayabumi dan Ibu Pejabat Pos Malaysia. Rekabentuknya Dayabumi berteraskan senibina Islam iaitu corak bintang segi lapan , pintu gerbang dan bawah menara. Bangunan setinggi 35 tingkat ini siap dibina pada 1984 dan menempatkan pejabat syarikat multinasional Petronas

Jalan Tun Sambanthan di angkat bersempena dengan nama Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan merupakan Presiden kelima Kongres India Malaya (MIC). Beliau juga merupakan salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan 1957  

Kasturi Walk. Pedestrian walk di sebelah Pasar Seni khusus menjual barangan cenderamata selain minuman dan makanan kepada pelancong yang datang ke Kuala Lumpur. 

Jalan Tun Tan Cheng Lock near Petaling Street

Tun Tan Cheng Lock adalah seorang pemimpin politik Cina di Tanah Melayu yang merupakan presiden pertama Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada tahun 1949.

Built in the late 1930's, Wisma Fui Chiu is a department store located next to Chinatown (Jalan Petaling). This old building is owned by Selangor Fui Chiu Association, one of the most powerful Chinese clan associations on the Malay Peninsular. This building used to be the clan headquarters, providing offices for the Malaya Communist Party and Zhigong Party until these groups were declared illegal in July 1948. During the outbreak of World War II, the Fui Chiu clan formed a battalion of Malayan Chinese to fight for the army of resistance against the Japanese invader.

Laluan pejalan kaki di sisi bangunan

Petaling Steet yang cukup synonym dengan Kuala Lumpur. Di sini merupakan pusat jualan warga Cina (Chinatown) yang sangat popular di ibu kota KL. Macam dah lama tak jejak sini rasanya !

Jalan Hang Kasturi KL dan Medan Pasar. Medan Pasar merupakan satu kawasan yang mempunyai identiti sejarah lampau sebagai pusat komersial utama Kuala Lumpur suatu ketika dahulu di sekitar tahun 1875-1880. 

Menara Jam Warisan yang berada di bahagian tengah Medan Pasar merupakan mercu tanda dan sebagai titik pusat bagi aktiviti komersial utama dan Kuala Lumpur suatu ketika dahulu.

Ciri–ciri bangunan warisan dan aktiviti sedia ada dan lampau ini telah menjadikan Medan
Pasar berpotensi untuk ditransformasikan sebagai sebuah tempat ikonik warisan

Dari Medan Pasar ke arah Dataran Merdeka

Kubah Kuning....

Bangunan Station Keretapi KL lagi....

Kena buat satu pusingan lagi....

Ada kenangan di sini !

Bangunan Station Keretapi KL yang di reka dan mampu menahan salji ( kalau la salji turun di KL )

Moga maju terus, ibukota ku Kuala Lumpur !

Menara Maybank & Menara KL

Bangunan AGRO Bankdi Leboh Pasar Besar

Pusing sekali lagi.....

Akhirnya sampai ke destinasi yang nak di tujui

Balik semula ke Medan Pasar.... sigh !

Mesti pelik apa aku buat kat sini kan? Hahahaha.. Sebenarnya ada misi !

Sambil jalan jalan area Medan Pasar dan pasar seni ni yang pernah jadi port video klip lagu Ziana Zain. 

Lupa lagu apa..Jap aku cari !



Bagaikan terdengarnya suara
Menghakis mengikis naluri
Mengeruhkan jernih suasana
Dan merentap harapan

Tiada erti aku merindu
Jika kau tak ingin bertemu
Apa gunanya bercinta di dalam kepura-puraan
Yang lafaz cinta hanya bibir
Namun diri tak seringnya hadir
Di saat engkau diperlukan... Aku hampa

Usah dikelirukan cinta
Yang terkusut jiwa merana
Jangan dengan separuh hati
Diri ini kau cintai

Usahlah renung hanya di mata
Benamkanlah ke dasar hati
Renunganmu telusnya pasti
Berarasy ke syurga cinta

Menanti kunjungan hampir pasti
Mengharap titis embun pagi
Dan bagai menadah gerimis
Yang masih pulang pergi

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...