Satu lagi entry pasal Berjaya Times Square Theme Park ni.
Theme park
Dah abis main main di Fantasy Garden, kami turun ke bawah semula. Konon nak cari game yang sesuai untuk Hero.
Dan tak berapa sesuai jugak untuk dia
Last sekali usha usha jer.
Kalau di belah atas di kenali sebagai Fantasy Garden, belah bawah ni pulak nama dia Galaxy Station !
Antara tarikan yang ada termasuk lah.
01 - Oort's Express
Naik benda alah ni pusing pusing sampai pening.
02 - DNA Mixer
Sama lah. Duduk dan benda alah ni berpusing pusing bagi orang pening
03 - Spinning orbit
Yang ni bagi aku nampak macam thrill juga
Macam nak cuba tapi tak de geng
04 - Dizzy Izzy.
Under maintenance
05 - Supersonic Odyssey
Ni menarik gak.
Roller coaster yang bergerak di seluruh kawasan theme park ni.
Tak de geng gak aku nak try. OR aku tu gayat tak buleh langsung benda benda melibatkan tinggi ni
So layan je la deruan roller coaster ni berputar
Dan jerit pekik manusia. Kau yang nak naik pastu kau menjerit macam tak cukup tanah !
Dan benda benda jualan dan tikam tikam ala ala carnival pun ada
Juga yang nak mencuba
Tak hensem tapi boleh tahan ganas
Kesian Hero tak de permainan yang sesuai untuk dia.
Nasib baik ada 6D Transformer ni. Dia naik yang ni. Tapi kena bayar extra la pulak.
Haunted House pun ada
Haunted House pun ada
Sebenarnya ada tempat Video Games tapi aku tak bawak Hero sebab tau kalau dia ke situ memang melekat lah jadi nya.
Lagipun masing masing dah lapar.
Spent lebih kurang 3 jam kat theme park ni, akhirnya kami decided nak blah je lah. Masing masing pun antara puas dengan tidak especially Hero. Princess dia tak kisah sangat dapat main yang dia dah main tu dah kira puas hati lah tu.
Berjaya theme park
Nak keluar tu kena naik atas semula
Ada lah kedai kedai souvenir
Dan kami keluar je dari Berjaya Times Square ni tanpa menoleh lagi !
Overall membosankan tapi seronok la untuk budak baya baya Princess atau remaja yang adventurous main roller coaster etc.
Lagi menarik kalau dating kat sini, boleh lah curi curi peluang peluk awek yang dalam ketakutan. Ya ke takut? Ntah ntah saja je.. Kan?
Hahahaha.
* ampun................
Bagi aku sekali cukup lah. Tunggu Hero besar sikit lagi so aku ada kawan nak naik roller coasters dan rides rides di sini nanti. Tu pun kalau dia berani !
Apa apa pun ni alamatnya.
Berjaya Times Square Theme Park,
Level 5 & 7,
Berjaya Times Square, No.1, Jalan Imbi,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
+603 2117 3118
Website : Berjaya Times Square Theme Park
FB : BerjayaTimesSquareThemePark
Melilau dalam Berjaya Time Sq Mall.
Masa untuk mengisi perut yang kelaparan !
Akhirnya berjaya jugak aku sampai di Berjaya Time Square Theme Park ni tapi tak berapa berjaya nak menggembirakan jiwa dan raga di sini.
Sekian.
My first roller coaster. Haha. Darat dok aku?
ReplyDeleteoke la tu.... darat apa lak.. hebak !
DeleteKalau Hero besar nanti dia mesti nak naik dgn awek dia. Tak merasa la Abang Meng naik roller coster tu sampai ke sudah nampaknya... hehehh
ReplyDeleteaku akan pastikan kalau dia tak ajak aku, roller coaster ni berkarat dulu...
Delete* mati la tak nak kalah...
tempat lepak kami..
ReplyDeletehebat melepak di sini
DeletePengalaman ngeri kat situ. Pertama kali dan terakhir la kot pergi situ. Mula2 masuk excited sgt. Pastu yg first sekali naik yg lepas gambor DNA Mixer tu, rupanya rosak! Staf tak sedar kot. Setengah jam berpusing2 dalam tu, semua rasa ada. Nak muntah pun ada. Lepas kami turun, menda tu takleh main dah sbb staf baru sedar kot menda alah tu rosak. Pastu trauma. Rugi bayar tiket mahal2, lepas tu tanak main apa2 dah. Sejam lepas tu selepas keyakinan pulih semula, main la roller coaster. Tapi, mmg takkan pergi dah. Taubat nasuha utk theme park kat berjaya square tu.
ReplyDeletemcm dah seasoned kan? tak maintain dengan baik susah la.. dulu memang in. skrg ni maybe dah tak de orang pegi.
Deleteorg org yang tak pernah pegi je yang pegi
* tunjuk diri sendiri
tunggu genting bukak theme park baru
Brapa tinggi yg sesuai nak naik roller coaster tu
ReplyDeletetak pasti. kena check official website.
Deletehttps://berjayatimessquarethemeparkkl.com