Puncak Alam is a main township in Kuala Selangor district in Selangor, Malaysia. It is located approximately 20 kilometers in the Northwest direction from Shah Alam, the state capital of Selangor. Previously developed from a palm estate holding of FELDA (Federal Land Development Authority) within the locale of Bukit Cherakah, this township started its initial development during the late 90's under the management of Bukit Cherakah Development Sdn. Bhd., a private company based in Shah Alam, the capital of state of Selangor. The developer later on, beginning from 15 May 2001 was superseded and transformed into the current Puncak Alam Housing Sdn. Bhd. as the principal developer and sales office for the real estates/properties within this particular township.
First launched with the estimated total area of 14,000 acres (57 km2) for the whole township, subsequent development sees the actual land parcel being apportioned and jointly developed with third party developers, resulting in the emergence of sub-townships within the vicinity under new names and concepts (such as Alam Perdana, Alam Jaya, Shah Alam 2, Ambang Suria), whilst the initially earmarked land area for Puncak Alam being significantly reduced in size.
Ada yang sakit jantung tetiba aku cakap omputeh? Sebenarnya malas nak translate.
* sapu cencaluk kat roti baguette
* sapu cencaluk kat roti baguette
Tapi tu la dia pengenalan untuk Puncak Alam ni.
Dan bercakap tentang Puncak Alam, pastinya synonym dengan Kampus UiTM Puncak Alam yang telah di bina di kawasan ini dan menjadi daya tarikan dan nadi pembangunan bandar di sini.
Namun begitu, satu lagi mercu tanda yang cukup menarik di Puncak Alam ni adalah Masjid Puncak Alam yang terletak di sini.
Masjid Puncak Alam
Ya. Sebenarnya ini lah yang nak aku ceritakan.
Memang dah banyak kali terasa nak pegi usha dan singgah di masjid ni, tapi asyik tak berkesempatan. Baru baru ni kebetulan berada di kawasan tu so, aku pun singgah dan melihat sendiri keunikan masjid yang di bina ini.
Keunikan Masjid Puncak Alam ini terletak pada mineret nya yang tidak sama seperti rekabentuk menara di masjid masjid yang lain.
First kena cari lokasi nya dulu.
Kalau berada di kawasan Puncak Alam, akan terjumpa banyak papan tanda ke arah masjid ni. Kalau susah sangat pun Waze jer
Dan perjalanan sekitar 3 KM dari kawasan jalan utama yang melintasi Puncak Alam ni akan sampai lah ke gerbang masjid yang tersergam indah.
Gerbang masuk
Tertera nama Masjid Puncak Alam
Parking disediakan di sekitar kawasan masjid
Dah sampai, mana dulu nak di tuju?
Baca dan ambik tau.....
Masjid Puncak Alam telah diilhamkan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Sdn Bhd. Dengan komitmen yang jitu terhadap membangunkan Kompleks Masjid Puncak Alam, YBhg. Tan Sri telah membentuk jawatankuasa pembangunan kompleks masjid serta memulakan pembangunan fisikalnya pada 1 Julai 2011 dan siap sepenuhnya pada 15 Jun 2014
Kompleks Masjid Puncak Alam terletak di Jalan Persiaran 1, Bandar Baru Puncak Alam.
Kompleks ini dilengkapi dengan kemudahan Bangunan Utama Masjid, Bangunan Dewan Serbaguna, Bangunan Kuliah dan Pentadbiran, Bilik Pengurusan Jenazah dengan fasiliti tempat letak kereta yang selesa. Dengan kapasiti yang boleh memuatkan sekitar 5,000 jemaah.
Masjid ini secara rasmi telah dioperasikan bermula dari 22 Jun 2014 bermula dengan solat magrib.
Dengan kewujudan Masjid Puncak Alam ini, pelbagai aktiviti masyarakat Islam di kariah ini telah berjalan dengan lebih baik dan bersepadu.
Kalau buntu tak tau nak ke mana, ikut tanda arah.
Kawasan kawasan yang terdapat di masjid ini
Landskap dan pokok pokok di sekitar dewan solat masjid dengan ruangan terbuka
Tempat wuduk.
Tempat wuduk pula untuk muslimin di ruang terbuka sebanyak 200 paip dan di tandas sebanyak 40 paip. Ruang wudu’ muslimah pula dilengkapi dengan 40 paip beserta dengan kemudahan bilik mandi serta tandas. Begitu juga dengan kemudahan untuk muslimin.
Masjid Puncak Alam ini memiliki 2 dewan solat iaitu dewan solat tertutup dan dewan solat terbuka.
Pintu masuk ke arah dewan solat utama
Di ruangan ini lah, jemaah boleh bersolat di ruangan terbuka
Kemudahan ruang solat yang mampu memuatkan sekitar 5000 jemaah termasuk ruang solat terbuka dan tertutup. Ruang Solat tertutup dilengkapi dengan penghawa dingin serta kipas.
Pintu masuk ke dewan solat utama
Pintu masuk ke dewan solat utama dan kawasan solat tertutup
Dewan solat utama Masjid Puncak Alam
Seperti juga masjid masjid yang lain, objektif utama Masjid Puncak Alam ini adalah untuk menjadikan pusat ibadah yang selesa dan harmoni serta membentuk masyarakat yang beriman dan bertaqwa dan juga berfungsi untuk :
Menyediakan tempat ibadah yang selesa
Menyediakan program pembelajaaran dan pendidikan
Menyediakan perkhidmatan kebajikan dan sosial
Menyediakan kemudahan mendapatkan sumber ilmu
Menyediakan perkhidmatan penerangan
Kubah masjid
Hiasan dalaman
Mimbar dan Mihrab
Karpet
Di bawah kubah
Pandangan sisi di dewan solat utama
Masjid Puncak Alam ini di bina 2 tingkat untuk jemaah muslimin dan muslimat serta tempat aktiviti aktiviti keagamaan di jalankan
Ruang solat di kedua dua tingkat
Mimbar dan tempat khatib berkhutbah
Ukiran dinding dalam masjid
Ukiran pada tiang tiang
Tabung masjid
Masjid Puncak Alam ini juga menyediakan kemudahan Pusat Sumber dan juga penyewaan dewan untuk majlis-majlis yang tidak bertentangan dengan Islam seperti Majlis Walimah, Seminar, Kursus, Makan Malam dan lain-lain lagi.
Sebuah dewan terletak di bersebelahan bangunan masjid untuk meralisasikan perancangan aktiviti seperti ini.
Sebenarnya, salah satu tarikan senireka masjid ini adalah gerbang yang di ukir sebaik saja memasuki kawasan masjid ini. Malangnya masa aku pegi sini hari tu ada acara so gerbang besar tu terlindung. Dan sebab ada acara aku kena masuk ikut laluan tepi.
Gerbang masuk ke arah masjid
Laluan ke dewan solat
Masjid Puncak Alam dengan mineret nya yang tersendiri
Masjid Puncak Alam
Persiaran Puncak Alam 1
42300 Bandar Puncak Alam
Kuala Selangor
Tel : +603-33922814, +603-33922811, +603-33922769
Fax : +603-33922754
FB : Masjid Puncak Alam
Website : Masjid PA
Visi Masjid Puncak Alam adalah
"Untuk melahirkan masyarakat Islam yang komited terhadap masjid dengan mempelbagaikan aktiviti dan program pengimarahan kepada seluruh masyarakat ke arah Pembangunan Masjid Cemerlang serta membina modal insan yang tawhidic"
Semoga Masjid ini terus cemerlang.....
Jom Kutip Sampah !
"Adik adik UitM Puncak Alam.. where you at? where you at?"
Meng;
ReplyDeleteBukan ker Puncak Alam juga termasyhur dek kerana letupan gunakan C14 ker apa ker tuh (tak leh nak detail, nak orang marah!)
haah la. area puncak alam rasanya..
Delete( tak leh komen lebih nanti orang tu baca)
hari senin depan nak gi Puncak Alam..boleh singgah, in shaa Allah..
ReplyDeleteoke kirim salam org puncak alam.
Deletecantik dan unik
ReplyDeletemasjid ysang cantik , praktikal, selesa dan nyaman, tahniah kepada Arkitek bernama Ahmad jaafar.
ReplyDeleteya. tahniah ! tahniah !
Delete