Hari terakhir di Palembang.
Hari ni aku akan berangkat pulang. Flight pukul 9.35 pagi.
Aku bangkit awal pagi sebab semalamnya tidur lena dek disebabkan makan banyak !
Sempat usha sunrise pagi tu di Palembang.
Dari tingkat 10 Favehotel Palembang
Palembang
Selamat pagi
Sinar mentari
Pagi tu aku sempat breakfast dulu kat lobby hotel. Tapi makann hari ke 2 kureng skit dari hari pertama. Tapi masih considered sedap juga cuma aku makan tak abis dan tak banyak !
Sebab aku breafkast awal, so orang tak berapa ramai pagi tu.
Naik bilik dan bersiap siap untuk check out. Aku dah pesan receptionist untuk carikan aku teksi ke Bandara. Dah janji teksi datang jam 7 pagi bawa aku pulang. Harga teksi dari hotel adalah 110 ribu which aku rasa normal dari mana mana kawasan di Palembang ni kalau menaiki teksi ke bandara.
Lepas check out aku naik van ke bandara. Van besar gedabak dan aku sorang sorang je. Mamat teksi tu berkali kali tanya.
"Sendirian aja kan?"
Jalan ke bandara pagi tu jem dan aku mengantuk gila. Sudahnya aku terlelap !
Sedar sedar dah nak sampai ke Bandara
Aku tak borak banyak pun dengan mamat teksi tu sebabnya aku membuta. Jalan jem jugak la kot so ambik masa dalam 30 minit untuk sampai.
Sampai di bandara aku terus check in.
Check in area
Sebab dah tak de apa aku terus masuk ke balai berlepas.
Sempat usha kedai kedai kat dalam airport tapi tak de yang menarik
Sudahnya aku masuk ke balai berlepas dan jumpa port lawa aku sambung membuta !
Ntah apa yang tak kena pagi tu aku memang betul betul mengantuk !
Aku terlelap kat kerusi tanpa mempedulikan sesiapa. International boarding area tu cuma ada 1 so flight yang gerak dulu tu berlepas ke Singapore. So ramai penumpang yang dari Singapore.
Aku boleh tak sedar bila masa dia orang di panggil masuk ke pesawat !
Yang aku sedar tetiba berkumandang suara di speaker.
"Di mohon nama nama berikut untuk melaporkan diri di kaunter pemeriksaan antarabangsa.... Saudara... bla bla bla ....."
Aku dengar ada banyak nama Ada sekali tu macam sayup sayup je dia sebut nama aku. Ah ! Pedulikan lah. Nama orang lain kot. Aku sambung terlelap lagi.
Pastu tak lama lepas tu dengar sekali lagi.
"Di minta Encik Supermeng untuk melapor diri di kaunter pemeriksaan....."
Eh.. macam nama aku je?
* genyeh genyeh mata dan usha, baru la perasan kat hujung belah sana dia orang tengah check dan verify boarding pass.
Aku bangun dan pegi ke sana, dan memang sah ! dia orang tengah cari aku.
"Sorry youall... kecanduan apa ntah kena dengan kakak ni, Kakak mengantuk sungguh !"
Pastu gi toilet basuh basuh muka baru la rasa segar sikit.
Baru boleh usha usha ambik gambar.
Pesawat Garuda Indonesia
Pesawat Batik
Then pengumuman ketibaan pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur
Tunggu dia orang unload barang dan orang yang baru sampai sebelum kami di minta masuk ke pesawat
Kawasan Bandar Udara Sultan Mahmud II Palembang
Masuk dalam flight aku pose pose menunggu pesawat bergerak ke landasan.
Aku duduk seat agak ke belakang dan tak de orang. Sedap la aku mengangkang ! Mamai mamai je bersandar dan akhirnya pesawat mula bergerak ke landasan untuk take off.
Bagi laluan pesawat mendarat
Pesawat take off meninggalkan landasan
Mukabumi Sumatera Selatan
Tau tak lepas tu apa jadi?
Aku tak sedar diri semula !!!
Aku tak sedar pun bila dia orang hidangkan makanan.
Memang aku membuta ria !
Tak pasti lah apa yang telah terjadi pada tubuh badan sendiri. Rasa mengantuk gila gila !
Sedar sedar pesawat dah nak mendarat !
Approaching Port Dickson
PD
Bagan Lalang
Ready to landing
Welcome back !
Sedang elok pesawat mendarat, telefon office aku lupa nak silence, berdering dering bunyi email dan message masuk. Mengelabah kejap sebab hp tu aku letak dalam beg.
Pesawat dah sampai di terminal ketibaan dan aku paling last keluar !
Akak akak pramugari dah start bersihkan flight
Keluar ke balai ketibaan
Welcome back !..... Aku sempat beli rokok dan cokelat budak budak pesan then terus je keluar beli ticket ERL
Tunggu ERL punya la lama
Naik sampai Putrajaya
Ambik kereta dan balik rumah !
Parking kereta 3 hari kena RM 14.
Trip kali ni betul betul memenatkan atas sebab yang aku sendiri pun tak tau apa. Tapi aku gembira sebab berjaya pegi dan pulang dengan selamatnya. Walaupun sebelum pegi aku sendiri tak pasti apa yang bakal aku temui tapi sekurang kurangnya aku dah boleh berbangga yang aku pernah sampai di Kota Palembang. Sedikit pun aku tak rasa rugi atau pun menyesali keputusan aku.
Jika engkau fikir miskin, senangkan pulalah hatimu kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya. Senangkan hatimu kerana tiada orang yang akan hasad dengki kepada engkau lagi lantaran kemiskinanmu
- Hamka -
Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat, yang tidak ada jalan bagi orang lain buat kecil hati dan tidak ada pintu bagi kebencian
- Hamka -
Walaupun kurang dari segi tarikan pelancongan. Tapi Palembang kekal unik dan tersendiri. Walaupun tak banyak mana kenangannya di sini tapi pasti akan ku kenang selalu.
Indonesia, aku belum puas bersahabat dengan alam mu.
Suatu hari
Dikala kita duduk ditepi pantai
Dan memandang ombak dilautan yang kian menepi
Burung camar terbang
Bermain diderunya air
Suara alam ini
Hangatkan jiwa kita
Sementara
Sinar surya perlahan mulai tenggelam
Suara gitarmu
Mengalunkan melodi tentang cinta
Ada hati
Membara erat bersatu
Getar seluruh jiwa
Tercurah saat itu
Kemesraan ini
Janganlah cepat berlalu
Kemesraan ini
Inginku kenang selalu
Hatiku damai
Jiwaku tentram di samping mu
Hatiku damai
Jiwa ku tentram
Bersamamu
TAMAT
Mmg artis antarabangsa la hakak ni... Slalu wat grand entrance
ReplyDeletefinale dah ni.... nak balik dah... nak grand tapi mata ngantuk x buleh nak bukak...
Deleteletihsang
Maksud ambe grand entrance nok masuk bala pelepasanh tu...
Deleteoooo.... tu greng sokmo... hahahhaa
DeleteTravel sorang2 ke? hebat..")
ReplyDeletedekat je... indonesia dgn malaysia lebih kurang je. tak perlu risau sgt
Deletesib baik kau tersedar jugak dari lamunan meng.
ReplyDeletekot sedar2 kau bangun tidur dah pagi esoknya. pengsan hikhik.
anyway, tq for the entry. aku dah baca semua tapi tak sempat komen.
tu hari ni free sikit, marathon komen.
kau jgn tuduh aku komen tak baca entry pulak haha.
kau taknak ke buat trip dengan pembaca2 blog kau?
kalau ada, aku nak ikuttt hihi.
terima kasih kerana sudi baca ostajah..
Deleteaku tak leh travel dgn org aku rasa... sebab either aku bosan atau aku membosankan. ahaks..
kau pegi travel dgn missy elliot kawan ko tu sudah.....
Kakak meng... Gambar cantik2. Boleh share jenis camera dan lens?
ReplyDeleteKakak pakai camera Canon je dik. Kamera lama yang kakak beli tahun 2005 dulu. Canon 550D.
DeleteKakak rasa dah tak de model ni kat kedai. Dah boleh jadi tukun laut dalam.
Kamera apa pun cantik je gambar kalau cukup cahaya nya...