Dah check in hotel tu best pulak aku berguling guling atas ranjang dan hampir hampir terlelap !
Nasib baik bunyi orang berborak kat bilik sebelah menggagalkan aku dari terus hanyut di buai mimpi.
Nasib baik bunyi orang berborak kat bilik sebelah menggagalkan aku dari terus hanyut di buai mimpi.
Cepat cepat memotivasikan diri depan cermin.
"Hoi ! Apa rasional kau travel pastu kau bermalas malasan? Cepat ! Hayunkan langkah mu.... menuju puncak !!!!"
* pose pose tarian menuju puncak
Pastu tarik selimut dan sambung berdengkur !
Pastu tarik selimut dan sambung berdengkur !
Dah dekat pukul 2 petang jugak lah baru aku bersiap siap nak keluar.
Destinasi aku adalah untuk ke area pusat kota Palembang. Kebanyakkan tempat tempat wisata semuanya di sana, so kalau aku terperap kat bilik je.. memang apa pun tak dapat ! Paling penting aku memang tak sabar nak tengok Jembatan Ampera. Ikon kota Palembang ini sendiri.
Destinasi aku adalah untuk ke area pusat kota Palembang. Kebanyakkan tempat tempat wisata semuanya di sana, so kalau aku terperap kat bilik je.. memang apa pun tak dapat ! Paling penting aku memang tak sabar nak tengok Jembatan Ampera. Ikon kota Palembang ini sendiri.
Tengok cuaca pulak dah start mendung. Lagi tak boleh buang masa.
Dah siap siap tu aku turun ke lobby. Benda pertama aku buat adalah borak dengan mamat bellboy. Aku tanya dia cemana nak naik angkutan ke kota. Mana nak tunggu. Bla bla bla....
"Ada saja angkutan di depan sana. Cari yang abu abu"
Aku dengar abu abu tu tapi macam tak leh nak digest. Macam nama pisang. Ke dia tulis abu abu ke apa? Dua kali aku terpaksa tanya mamat tu mohon kepastian. Mamat tu pun rengsa agaknya nak melayan aku, so aku pegi ke luar jalan utama depan hotel. Rupanya abu abu tu kaler kelabu !
Pose pose kacak tampan tepi jalan dan tak lama lepas tu ada je van lalu dan dia bunyikan hon. Sah ! Tu la angkutan kota yang bakal membawa aku ke pusat kota
Salah satu ankotan di Palembang
Salah satu ankotan di Palembang
Angkotan Kota atau Angkoi ni kiranya macam van je. Bas pun ada sebenarnya tapi nak tunggu bas tu la jadual pun aku tak tau. Angkutan ni biasanya ada laluan dia tersendiri dan mengikut warna khas. Mostly Angkot ni akan menuju ke hentian akhir samaada di Pasar 16 Ilir ataupun sekitar kawasan Jembatan Ampera.
Boleh refer sini kalau nak tau laluan angkot di Palembang ni.
Yang menariknya, tambang angkut ni cuma 4000 Rupiah saja tak kira lah jauh mana perjalanan kita. Aku memang cuak jugak sebenarnya naik angkut ni sebab tak biasa. Takut dia bawa ntah ke mana mana, tapi sebelum naik tu aku double confirm dulu.
"Ampera ya Kak?"
Slang kena cas cas warga tempatan ! Dah reti panggil orang Kakak !
Dalam Angkut
Angkut ni sebenarnya banyak so tak perlu menunggu lama. Tapi kalau berhenti mengambik penumpang, selagi buleh dia akan sumbat masuk. So kalau dah penuh, tak perlu naik.. tunggu je yang selepas tu.
Naik dan duduk diam diam. Biasanya dia orang akan pasang lagu kuat kuat so bertabah lah.
Pemanduan pun macam tak tentu arah. Tau je la jalan di Palembang ni macet buleh tahan. Driver dia bawak pun ikut suka dia jer. Ada sekali tu nyaris nyaris nak accident !
Nyaris accident. Tapi dia orang kat sini macam dah biasa. Tak de la mengamuk marah marah
Dah la kondisi angkut ni pun macam sedikit diragui memang elok atau tidak.
Apa apa pun, itu la kenderaan yang membawa aku akhirnya ke Jembatan Ampera. Dari hotel tu adalah jugak 30 minit nak sampai ke area Jembatan Ampera ni sebab some part memang jalan jem tambah tambah lagi disebabkan oleh pembinaan LRT yang sedang dijalankan di bandar Palembang menuju ke Bandara untuk kemudahan Sukan Asean nanti.
Dah turun tu, makanya dengan megah aku nampak depan mata sebuah jambatan yang semenangnya cukup sinonim dengan Kota Palembang ini.
Jembatan Ampera. Sayangnya cuaca petang tu mendung
Sebenarnya Angkut yang aku naik tu berhenti agak jauh jugak. Bersebelahan dengan Benteng Kuto Besak. Aku orang paling last turun tapi dari situ tapi dah boleh nampak jambatan ni so aku yakin aku berada di posisi yang betul.
Di destinasi yang memang aku nak pegi.
Di destinasi yang memang aku nak pegi.
Kawasan dataran depan Benteng Kuto Besak. Petang petang tempat local bersantai dan malamnya ada jual jualan di sini
Dan kawasan ni terletak di tepi Sungai Musi. Sungai utama di kota Palembang ini. Di sini jugak banyak perahu ketek yang boleh membawa pelancong ke Pulau Kemaro ataupun mudik di sungai melihat kawasan persekitaran.
Masa turun dari Angkut tu cuaca memang mendung nak hujan. So aku just merayap di kawasan sekitar Jambatan Ampera ni dulu untuk tengok tengok dan usha kawasan.
Kat hujung lepas dataran tu ada bangunan nama dia Ampera Convention Center. Ada banyak port port makan di sini macam JCo, KFC dan sebagainya
Aku kena lepas bangunan tu untuk pergi lebih dekat ke Jembatan Ampera sana.
Ni entrance Ampera Convention Center tu
Dah lepas bangunan tu ada tempat jetty perahu ketek jugak di sini.
Dan dari port tu lah nampak Jembatan Ampera ni dengan lebih jelas dan nyata
Nanti dekat area tu akan ada ramai yang approch dengan soalan yang sama.
"Perahu ketek? Boleh motret motret di sana.. Atau mau ke Pulau Kemaro?"
Lagi lagi kalau nampak kita bawak kamera. Aku buat tak tau je lah sebab aku plan nak ke Pulau Kemaro esok je sebab hari ni pun cuaca macam tak elok je.
Dan yang bertanya tu bukan sorang dua, so sabar je lah. Kalau nak boleh nego, kalau tak nak buat bodo je lah.
Sebab hari ni plan aku cuma nak merayap kawasan sekitar jambatan Ampera ni je so aku blah dan pegi usha kat kawasan lain.
Di bawah jambatan turut ada aktivitinya juga. Mostly local yang nak punggah barang
Ada jetty khas juga di sini
Dan ni rasanya kawasan khas untuk local. Ada jualan dan pusat kuliner tak jauh dari pasar 16 Illir tu
Ada orang jual kacang !
Tengah aku berjalan kat situ, ada perahu ketek nak bergerak.
"Ayuh.... "
Dia ajak aku naik perahu dia. Ada 2 penumpang yang mungkin mahu menyeberang ke sebelah Sungai Musi ni.
"Berapa?"
"10 ribu"
"Nanti pulang ke sini semula?"
Dia angguk.
Aku rasa macam OK jugak so aku pun naik la perahu ketek tu.
2 penumpang dalam perahu ketek yang sama. Maybe nak balik rumah dia kot
So perahu ketek tu bergerak menyeberang Sungai Musi ni. Dan dan tu hujan pun turun. Sungai Musi ni kalau tengok air dia dah la keruh, tapi arus dia boleh tahan kuat ! Perahu ketek ni memang tak de safety jacket pun. Cuak jugak la sesekali kapal besar lalu dan ombak membadai perahu yang kecik ni.
Oh ya. Nama perahu enjin sangkut ni di panggil Perahu Ketek sebab bunyi enjin dia ...
ketek... ketek.. ketek......
Disebabkan oleh arus Sungai Musi yang deras ni, perahu ni bergerak secara mengiring untuk mengurangkan daripada terpaksa melawan arus.
Kawasan seberang Sungai Musi
Tak tau la rumah ke restoran terapung ni
Ada masjid
Jembatan Ampera dan Sungai Musi
Dah menyeberang tu, mamat tu berhenti sekejap kat tepi sungai untuk turukan penumpang. Aku memula macam nak turun jugak, tapi sebab hujan so tak jadi lah.
Stay je dalam perahu tu sambil usha kawasan sekeliling.
Sebab hujan dah mula turun, aku bagi sign ajak dia balik semula cross Sungai Musi ni.
Sungai Musi adalah sebuah sungai yang terletak di provinsi Sumatra Selatan, Indonesia. Dengan panjang 750 km, sungai ini merupakan yang terpanjang di pulau Sumatera dan membelah Kota Palembang menjadi dua bagian. Jembatan Ampera yang menjadi ikon Kota Palembang pun melintas di atas sungai ini. Sejak zaman Kerajaan Sriwijaya hingga sekarang, sungai ini terkenal sebagai sarana transportasi utama bagi masyarakat.
Di tepi Sungai Musi terdapat Pelabuhan Boom Baru dan Museum Sultan Mahmud Badaruddin II.
Kalau nak tau Lagenda asal usul nama Sungai Musi ni boleh baca di sini.
Sampai semula dijetty asal aku naik tadi tu, aku bayar mamat tu 10 ribu. Suka hati dia siap menjerit bagitau kat kawan kawan dia.
Ke sebab aku kena chong bayar mahal?
Tak pe lah. 10 ribu tu sama dengan RM 3 je. Aku sedekah je lah. Dia pun tak mungkin jadi kaya hanya sebab duit 10 ribu tu dan aku Insya Allah tak jatuh miskin.
Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang
- Hamka -
Lepas naik perahu ketek aku merayap di kawasan Pasar 16 Ilir.
Kapal pengangkut barang/nelayan di Palembang. Design dan color dia unik
Pasar 16 Illir Palembang
Pasar 16 diperkirakan sudah berkembang pertengahan abad ke-19. Barang yang dijual dipasar ini merupakan barang umum serta kebutuhan sehari hari seperti, sayuran, buah, serta kebutuhan lainnya menggunakan perahu. Karena posisinya yang berdekatan dengan sungai musi jadi moda transportasi melalui sungai menjadi alternatif selain jalur darat. Disebut juga pasar tengkuruk karena posisi gedung-gedung atau toko-toko di pasar ini bersejajar menghadap sungai, pedagang yang memanfaatkan lokasi ini terutama bangsa Arab, India, dan Cina hingga kini kita bisa merasakan aneka ragam tekstur Eropa, Timur Tengah dan Cina pada bangunan pertokoannya.
Setelah melalui renovasi sekarang pasar 16 terdiri dari beberapa lantai yang cukup tinggi dan diisi oleh para pedagang. Semakin banyak pedagang maka semakin bervariasi pula barang yang di jual dipasar ini, hampir seluruh kebutuhan sehari hari bisa kita jumpai disini dengan harga yang cukup murah, kita bisa juga membeli secara grosir maupun eceran. Dimulai lantai atas kita akan menemui pedagang pakaian, tas, koper, selimut, baru maupun bekas. Turun kelantai berikutnya penjual sepatu, tas serta obat-obatan juga dijual di pasar 16 ini. Dilantai satu dan basement selain barang yang disebutkan tadi kita juga bisa membeli souvenir khas Palembang, kain songket palembang, tanjak rumpak, miniatur ampera dan berbagai macam oleh-oleh khas Palembang.
Aku quote dari website Hello Palembang sebab malas nak translate.
Tapi aku tak masuk pun pasar tu. Macam ramai je orang berpusu pusu. Dan kebanyakkannya macam jual kain kain je. Tak minat aku nak usha.
Tapi aku ada terbaca Pasar 16 Ilir ni kiranya macam Tanah Abang kalau di Jakarta. Memang menjadi tumpuan untuk orang yang datang ke Palembang ni untuk berbelanja.
Tapi bagi warga local, shopping dan berbelanja bukan setakat di pasar je, mereka lebih tertupu pada jualan di tepi jalan macam pasar lambak.
Aku pun terkejut tetiba tengok macam ramai gila orang. Usha usha.
Jual baju/kain main lambak je
Nampak tak betapa ramainya manusia? Ni time hujan lagi ni tapi ramainya yang berniaga kat bawah jambatan Ampera tu je
So ke mana aku nak usha lagi ni?
Of chos lah aku nak merentas Jembatan Ampera ni. Tak sah la kalau datang Palembang ni tengok je tapi tak jalan kaki merentasinya.
Dari laluan bawah tu ada tangga naik ke atas jambatan. Kat kaki lima tangga tu pun ramai orang berniaga. Macam jual kasut dan pakaian.
Di atas jambatan
Cuaca memang kejap renyai kejap berhenti, tapi aku nak cuba jugak cross Jembatan Ampera ni sampai ke seberang sana berjalan kaki. Nampak tak de la jauh mana pun. Tak sampai 100 meter.
Sungai Musi dari arah Jembatan Ampera. Kalau cuaca menarik boleh layan sunset di sini.
Kampung Kapitan. Perkampungan Kaum Cina yang terletak di seberang Sungai Musi yang kini menjadi port untuk makan seafood.
Aku join je makcik makcik ni berjalan atas jambatan ni. Kalau makcik boleh.... aku pun yakin boleh !
Laluan atas jambatan Ampera ni memang sibuk dengan kenderaan. Terdapat 4 laluan so jangan harap la nak cross sesuka hati menyeberang. Mati katak karang kena langgar ! So kalau nak cross kena turun tangga dan ikut laluan bawah jambatan. Tangga ada di ke dua dua belah jambatan ni.
Ampera bermaksud Amanat Penderitaan Rakyat
Jembatan Ampera adalah sebuah jambatan di Kota Palembang, Provinsi Sumatera Selatan, Indonesia. Jembatan Ampera, yang kini telah menjadi lambang kota, terletak di tengah-tengah kota Palembang, menghubungkan daerah Seberang Ulu dan Seberang Ilir yang dipisahkan oleh Sungai Musi.Pembangunan jambatan ini bermula pada bulan April 1962 setelah mendapat persetujuan dari Presiden Soekarno. Pembiayaan pembangunannya diambil dari dana rampasan perang Jepun. Ia dibuka secara rasminya pada tahun 1965. Jembatan Ampera ini pernah menjadi jambatan terpanjang di Asia Tenggara pada ketika itu.
Pada awalnya, jambatan ini, dinamakan sebagai Jembatan Bung Karno iaitu Presiden Indonesia pertama yang bersungguh-sungguh memperjuangkan keinginan untuk memiliki sebuah jembatan di atas Sungai Musi ini namun setelah terjadi pergolakan politik pada tahun 1966, ketika gerakan anti-Soekarno sangat kuat, nama jambatan itu telah diubah menjadi Jembatan Ampera (Amanat Penderitaan Rakyat)
Fakta dan ukuran Jembatan Ampera.,
- Panjang : 1.117 m (bagian tengah 71,90 m)
- Lebar : 22 m
- Tinggi : 11.5 m dari permukaan air
- Tinggi Menara : 63 m dari permukaan tanah
- Jarak antara menara : 75 m
- Berat : 944 ton
Sejarah Jembatan Ampera Palembang
So aku teruskan misi aku nak cross Jembatan Ampera ni sampai ke sebelah sana. Dah sampai hujung tu tengok tengok....
Dah jadi tempat orang buang sampah jer. Orang berniaga kot ni.
Sebelah sini tak banyak orang berniaga macam pasar lambak tadi tapi ada kedai kedai dan port penjual jugak la cuma mungkin dia orang berniaga time lain.
So nak patah balik ikut laluan satu lagi, aku kena turun tangga dan naik semula di sebelah satu lagi
Tengah berjalan atas jambatan tu tetiba hujan turun dengan lebat ! Berlari la aku memecut mencari perlindungan. Kat atas jambatan ni memang tak de port nak berteduh pun.
Hujan dah turun dengan lebat ! Makcik makcik berhenti nak pakai baju hujan
Keadaan lalu lintas angkotan di kawasan Pasar 16 Illir dari arah jambatan
Punya la aku lari takut basah, last sekali dapat berlindung bawah pokok kat hujung jambatan. .
Ada polis trafik duduk kat bawah pokok yang sama. Last sejali kami dok borak borak sementara menanti hujan reda.
Jambatan Ampera
Tu lah perjalanan aku melihat sendiri kemegahan Jembatan Ampera di Palembang pada hari pertama.
Hari ke dua esoknya datang lagi ke sini, tapi usha usha lebih kurang je.
Atas Jembatan Ampera ni boleh layan sunset jugak kalau cuaca mengizinkan.
Dan boleh juga melihat aktiviti masyarakat setempat dari sini
Nelayan Sg Musi
Bot bot mudik ke hulur dengan penumpang dan rencana sendiri
Pokok bunting yang hanyut di Sg Musi
Dan petang hari ke 2 aku just usha Jembatan Ampera ni sambil minum kopi di cafe Batavia di Ampera Convention Center ni. Ada KFC, JCO dan few resto lain
Dahulunya kawasan pertengahan Jembatan Ampera ini boleh dinaikkan bagi memboleh kapal kapal besar tapi ianya telah dihentikan tidak lama kemudian dengan alasan tiada lagi kapal besar melintasidi bawah jambatan ini.
Pada tahun 1990, dua pemberat yag di gunakan untuk menaik dan menurunkan bahagian tengah jambatan yang seberat 500 ton telah dibuang bagi mengelakkan ianya terjatuh dan menimpa pengguna jalanraya yang menggunakan jambatan ini.
Jembatan Ampera pernah direnovasi pada tahun 1981 dan pernah 3 kali mengalami perubahan dari segi warna iaitu abu abu, kuning dan warna merah yang kekal hinggalah sekarang.
Biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, tetapi cita-cita manusia tidak pernah padam
-Hamka-
Walaupun sudah lama, tapi Jembatan Ampera ini tetap utuh dan kukuh dan menjadi ikon kebanggaan dan kesayangan warga Palembang.
Karena kau tak pernah manja
Anggun peribadi mu tenang diwajah mu
Tiada yang menandingimu
Kau yang sangat ku sayang
Kerna kau pria pendiam
Wajah mu yang tampan
Senyummu menawan
Hati ini mengagumimu
Ku menghayal bila saat nanti
Hidup bersama mu
Hanya engkau teman dalam duka
Penghibur derita
Kepadamu aku lah yang manja
Dengarkan lah sayang
Ku pandang potret mu
Didalam kamar tersenyum pada ku
bersambung..............
Diselang-seli dgn kata2 Pak Hamka. Terbaiklah Meng!
ReplyDeletesebenarnya Pak Hamka lahir di Maninjau Padang. Tapi trip ke Padang tak jadi jadi.. so tumpang selit kat entry Palembang je la dulu.
Deleteterbaik kata-kata Pak Hamka.
ReplyDeletemoga dapat di jadikan panduan atas kebenaran kata kata pujangga
Deleteramainya orang bawah jambatan tu meng.
ReplyDeleteseriau pulak tengok. tapi sana selamat kan kalau pelancong macam kita nak jalan2
org sana dah memang ramai kan. pastu bila time jual jual tu lagi ramai yg serbu....
Deletetak pasti la selamat ke tak.. rasanya OK kot. jangan bagi nammpak mcm pelancong sgt la kang org pandang atas bawah. kita pulak yang tak selesa.
https://www.instagram.com/jambiku/?hl=en
ReplyDeletemari ke jambi pak meng. kota jambi saudaranya kota palembang..lebih bersih dari kota palembang
Insha Allah. ada masa dan rezeki. jejak la kaki saya ke sana nanti.
Delete