Wednesday, August 17, 2016

Trip Palembang 3H2M - 07 : Museum Sultan Mahmud Badaruddin II

Muzium Sultan Mahmud Badaruddin II terletak tidak jauh dari Benteng Kuto Besak . Kedudukannya tepat di sebelah kiri benteng tersebut. 

Bangunan ini dibina pada tahun 1823. Berbeza dengan bangunan yang didirikan pada masa Kesultanan Palembang Darussalam yang umumnya memakai bahan kayu, Muzium Sultan Mahmud Badaruddin II memakai bahan bata dan mempunyai seni bina Indis, yang asal katanya adalah Indische Woonhuizen , maksudnya seni bina yang merupakan asimilasi dari bangunan dengan unsur budaya barat terutama Belanda dengan budaya tempatan.

Muzium Sultan Mahmud Badaruddin II Palembang

Sebenarnya masa hari pertama tu aku dah nampak bangunan ni tapi tak sempat nak singgah. Then hari ke 2 aku datang semula dan baru la berkesempatan untuk masuk dan melihat sendiri apa yang ada di dalam bangunan ni.

Lokasinya terletak di tepi Sungai Musi juga di antara Jambatan Ampera dan juga Benteng Kuta Besak. Memang tempat tempat wisata di Palembang ni umumnya terletak di kawasan yang sama jadi tak de hal nak mencari dan melawat tempat ni.

Statue Buddha di perkarangan kawasan muzium

Info

Bangunan senibina kolonial dengan atap rumah limas khas Palembang 

 Museum Sultan Mahmud Badaruddin II merupakan  bekas Istana yang dibangun oleh Sultan Mahmud Badaruddin I pada tahun 1737.


Museum ini terdiri dari dua tingkat. Anak anak tangga naik ke atas


Bahagian atas yang juga merupakan entrance muzium

Sultan Mahmud Badaruddin II adalah pimpinan kesultanan Palembang Darussalam (1803), setelah pemerintahan ayahnya Sultan Badaruddin. 

Baginda adalah seorang Pahlawan Kemerdekaan Nasional yang berasal dari Palembang, Sumatera Selatan yang lahir pada tahun 1768 dengan nama kecil Raden Hasan, Putra Sultan Muhammad Nadauddin. 

Sewaktu zaman pemerintahannya, baginda telah beberapa kali memimpin pertempuran Pelembang menentang Belanda, di antaranya yang disebut Perang Menteng tahun 1821, ketika Belanda secara rasmi berkuasa di Palembang.

Pepatah orang Makassar: Anak lelaki tak boleh dihiraukan panjang. Hidupnya ialah untuk berjuang. Jikalau perahunya telah ia kayuh ke tengah, Ia tidak boleh bersurut pulang, Meskipun bagaimana besar gelombang, Biarkan kemudi patah, biarkan layar robek, Ia lebih mulia baginya daripada membalik haluan pulang
- Hamka -

Sultan Mahmud Badaruddin II telah ditangkap dan dibawa ke Batavia (Jakarta) dan kemudiannya di asingkan di Ternate. Pada tahun 1825, status Kesultanan Palembang dibubarkan dan dianggap sebagai daerah Keresidenan dan Sultan Mahmud Badaruddin II berada dipengasingan selama 31 tahun. 

Baginda meninggal dunia pada tahun 1852 dan atas jasa-jasanya, pemerintah Indonesia menganugerahi baginda Pahlawan Kemerdekaan Nasional.

Tingkat atas berwarna merah dengan tingkap kaca

Muzium ini sebelumnya merupakan lokasi Benteng Kuto Lamo di mana terletaknya keraton Sultan Mahmud Badaruddin Jayo Wikramo atau Sultan Mahmud Badaruddin I (1724-1758). 

Bangunan ini pernah dimusnahkan oleh Belanda dan berkali kali di baikpulih dan dijadikan pejabat pemerintah. Asalnya di bina lebih awal dari waktu kediaman keraton Sultan Mahmud Badaruddin I yang rasmi mendudukinya pada Isnin 29 September 1737. Nama Museum Sultan Mahmud Badaruddin II diabadikan untuk mengingati dan menghargai jasa-jasanya. 

Muzium Sultan Mahmud Badaruddin II telah di buka pada tahun 2004 dan menjadi sebuah muzium yang koleksi berupa Koleksi Numismatika, Koleksi Etnografika, Koleksi Keramologika, Koleksi Seni Rupa, Koleksi erkeologika dan Koleksi Biologika.

Muzium bukan sekadar gudang untuk menyimpan benda-benda kuno, tetapi juga merupakan sebuah institusi yang difungsikan untuk merawat dengan tujuan pemuliharaan, mengkomunikasikannya kepada masyarakat baik melalui pameran, mahupun aktiviti lain seperti seminar, diskusi, ceramah untuk tujuan pendidikan sekaligus dapat pula difungsikan untuk sarana rekreasi dan menunjang pelancongan bagi kawasan di mana muzium tersebut berada.

Jom kita usha di bahagian dalamannya.

Untuk masuk ke dalam muzium ini pelawat perlu membuka kasut atau selipar. 

Bayaran yang di kenakan adalah 5000 Rupiah untuk local. Warga asing 20,000 rupiah. Nak murah? Pose pose muka local la......

Bahagian atas di buka untuk pelawat dengan beberapa bahagian bermula daripada bahagian hadapan yang menampilkan sejarah awal Palembang termasuk kerajaan Sriwijaya dan kewujudannya di bumi Palembang.

Bahagian hadapan muzium

Salasilah raja raja Palembang

Perang Palembang 1821

Bahagian kewujudan asal kerajaan Sriwijaya di bumi Palembang termasuk batu bersurat. Hujung sekali adalah kedai cenderamata.

Jejak Jejak Sriwijaya

Batu batu bersurat

Di bahagian ke dua pula terdapat sejarah kesultanan Sultan Mahmud Badaruddin termasuk lah hasil tinggalakan kerajaan baginda yang masih di simpan di sini.

Bahagian ke dua

Potret Baginda Sultan Mahmud Badaruddin II

Replika Rumah Limas yang menjadi rumah sejarah Palembang

Bentuk asal Masjid Agung Palembang sejak dari zaman Sriwijaya lagi

Songket salah satu khazanah Di Raja Palembang

Muzium ini dulunya juga pernah menjadi rumah residen Hindia Belanda di Palembang yang bernama Yohan Isaac van Sevenhoven. 

Rumah ini dibina di atas runtuhan Keraton Kuto Tengkuruk yang merupakan keraton ketiga dari Kesultanan Palembang Darussalam. 

Di bahagian ke tiga muzium ini terdapat artifak artifak sejarah yang menjadi barang barang kelengkapan sewaktu kewujudan kerajaan Palembang ini. Perkakasan dan hiasan hiasan ini adalah gambaran istana Keraton kerajaan kesultanan dulu yang masih kekal dipamerkan di muzium ini.

Bahagian ke 3

Meja makan dan kawasan santapan di Raja

Potret potret lama

Balairong Seri dengan Singgahsana Di Raja

Kamar Beradu Di Raja

Bahagian bahagian lain. Jalan ke tingkat bawah tidak di buka, so kena patah balik semula.

Informasi dan peristiwa bersejarah

Mesin tenunan songket

Kawasan pameran

Aku tak spent lama pun dalam ni. Dan time tu tak ramai orang.

Bagi aku muzium ni biasa biasa je. Kalau mahu mengetahui sejarah kerajaan Palembang boleh la cari info dan tengok bukti bukti artifaknya di sini.

Suasana agak panas dan kedap di bahagian dalam bangunan, so tak menunggu lama aku pun bergerak ke agenda seterusnya.

Perkarangan muizum

Kawasan halaman yang mengadap Ampera Convention Center ( kawasan sedang di baikpulih)

Anak anak tangga

Bangunan Muzium Sultan Mahmud Badaruddin II Palembang

Meninjau sejarah hendaklah dengan rasa cinta, seakan-akan kita turut hidup dengan mereka. Oleh itu, rasa hati dan suka duka kita sekarang, adalah rasa hati dan suka duka yang telah mereka tinggalkan buat selama-lamanya 
- Hamka -

Kalau mencari informasi. Kalau rindukan sejarah lama dan ingin mengetahui tentangnya. Datang lah ke  sini. Pasti salah satu bahan pamerannya akan mengembalikan kita ke satu masa dulu. Mengubat segala rasa rindu yang pernah ada di hati yang tak sesiapa pun tahu !



Tiada yang dapat ku mengerti
Yang seharusnya kau ada di sisi ini
Mengapa kau pergi 
Tinggalkan ku sendiri 
Airmata jatuh di malam sepi

Nanti nanti tak henti ku nanti
Namun tiada kabar pun sampai kini 
Hancurnya hati ini
Karena kau kasih 
Dan ku coba menghibur hati luka ini

Menyanyi.... Seorang diri 
Sendiri.... Karena kau tinggalkan diri ku pergi
Berlalri...... Ke mana ku berlali 
Dari kenyataan ini....

Menyanyi.... Seorang diri 
Sendiri....  Karena kau tinggalkan diri ku pergi
Merintih..... Perihnya hati ini. 
Rindu namun tak mungkin
Ku jatuh cinta lagi....

bersambung...................

8 comments :

  1. Setuju. Muzium terbaik adalah yg mampu membawa ke kita ke masa silam, menginspirasikan kita dgn kejayaan mereka yg terdahulu & menginsafi kejatuhan mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza !

      muzium kena jadi tempat yang menarik utk di kunjungi dan di pelajari. bukan medan untuk di tangisi dan mencari kesilapan lalu.

      Delete
  2. oiii mana sambungan mlm aritu..."sesuatu terjadi...jeng jeng jeng"

    ReplyDelete
  3. aku dengan husband aku kalau gi memana seboleh2 nk pegi muzium sebab betullah kat muzium je kau blh dpt mcm2 info pasal satu2 tempat tu.

    tapi aku ni tiap kali gi muzium mesti dapat muzium yang panas.
    apasal ek kalau muzium je selalunya panas? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekon tak cukup... hehehe... kompressor rosak kot. ahaks..

      tapi biasanya muzium2 ni maintainence kurang skit. org jarang pegi

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...