Wednesday, August 24, 2016

Jom Santai : Grand BlueWave Hotel, Shah Alam - Part II : Facilities

Lai lai lai lai.....

Ada benda nak tunjuk ni lai..... !

Masih lagi di Grand BlueWave Shah Alam. Usha facilities dan kawasan persekitaran hotel ni jap.

Ombak Biru

Sebab hotel ni terletak di lokasi yang agak strategik di tengah tengah pusat bandaraya Shah Alam, maka di persekitarannya terdapat beberapa bangunan bangunan penting.

Jadi tak salah lah kalau hotel ini menjadi pilihan sekiranya ada urusan urusan di kawasan berdekatan.

Bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam cuma sepelaung jer

Wisma PKPS di hadapan hotel. PKPS adalah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor

Bangunan UMNO Shah Alam di sebelah hotel

Bangunan SUK

Muzium Shah Alam dan juga perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam tak berapa jauh dari bangunan hotel Grand BlueWave ni

Dan sudah pasti tak jauh dari Masjid Negeri Shah Alam

Bersebelahan dengan Teater Di Raja Selangor  

Usha pulak facilities yang ada di hotel Grand BlueWave ni.

Lobby utama

Customer Service Center. Kemudahan parking percuma juga ada untuk tetamu hotel

Tangga

Ni lagi grand

Lobby

Untuk tempat makan juga terdapat 4 buah outlets di sini termasuk lah.

Borak Borak

Royale Songket untuk all day dining

Selain tu ada juga Tung Yuen Chinese Restaurant dan Agehan Japanese Restaurant.

Actually aku tak dan nak makan kat restoran restoran ni. Breafast pun tak dan sebab biasa lah overdose tidur terlajak terus nak kena gi meeting room. So aku banyak makan makanan yang disediakan masa meeting je dan makanan dia bagi aku biasa biasa je lah. Tak de la grand mana.

Selain daripada tu terdapat jugak facilities facilities lain terutamanya untuk rekreasi di sini termasuk lah 

Tanda arah

Tempat rekreasi dan facilities mostly di tingkat 4

Dr Azimuth Herbal Spa

Kids' Room

Counter Rekreasi

Boleh main congkak

Dan kalau anak anak aku ada ni mesti dia orang boleh mandi. So sebab dia orang tak de aku just usha sekali lalu je kawasan ni

Tapi pool dia agak kecik. Ada steam room dan juga jacuzi.

Ada indoor pool. Ada certain waktu tertentu swimming pool hanya di buka untuk kaum wanita sahaja.

Gym

Pun aku pandang sepi

So basically facilities dia pun biasa biasa jer.

Cuma aku tak jumpa kedai runcit berdekatan. Kat lobby tu ada lah tapi jual benda ntah hapa hapa. Tapi Shah Alam Plaza Sentral dan SACC Mall pun letaknya tak berapa jauh, so kalau yang nak shopping pun boleh juga menginap di sini.

Maka itu saja skodengan kita di Grand BlueWave Hotel Shah Alam ni.

Kalau aku sendiri memang tak stay la kot sini sebab macam kurang menarik hotel ni sendiri plus facilities dan keadaaan hotel yang agak run down juga. Tapi....... kalau tak de pilihan... boleh jer !

Janji.. selesa dan servis pun masih di tahap terbaik ! Masih boleh menjadi cahaya permata Shah Alam.



Dunia seakan berganti
Menyambut hadirku di sini
Nyanyian ombak bersaksikan
Percintaan kita berdua

Biar hujan turun membasahi diri
Tetap saja diriku milikmu
Biar ribut merebah aku ke bumi
Cintaku hanya satu untukmu
Ohhhh…

Kau kekasih kau yang kurindui
Hanya dikau cahaya di hati
Kau kekasih kau yang kusayangi
Cinta kita abadi selamanya
Dengar… sayang
Bisik cintaku hanya padamu
Ohh ohh…

Desiran angin telah mengerti
Ke mana rinduku kan pergi
Demi kerana cinta ini
Yang kian semarak menyala-nyala
Bawakanlah rinduku kepadanya
Biar wajahku di hatinya
Bawakanlah cintaku kepadanya
Katakan cinta kita ‘kan abadi
Ohhh…
Ohh…hanya kau kekasihku
Cintaku hanyalah untukmu selamanya
Ohh ohhh

Layan sikit lagi gambar.

Kubah Masjid dalam rangka kerja pemulihan

Concorde Hotel. Salah satu rival Grand BlueWave Hotel Shah Alam ni tapi dua dua pun dah lama !

Masjid Shah Alam

Tasik Raja Lumu, Shah Alam

Grand BlueWave Shah Alam
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia


Tel : (603) 5511 8811
Fax : (603) 5511 8899
Toll Free No : 1800 – 38 – 1388 (within Malaysia only)
E-mail : info@bluewavehotels.com

4 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...