Tuesday, August 16, 2016

Trip Palembang 3H2M - 06 : Sepetang Di Benteng Kuto Besak

Sepetang di Benteng Kuto Besak, Palembang.

Setiap hari setiap petang di kawasan ini, warga tempatan akan berkumpul untuk aktiviti santai dan makan makan bermula dari petang hari hingga ke malam.

Dan aku juga tak melepaskan peluang berada di sini untuk melihat sendiri suasananya.

Sambil sambil tu boleh juga usha Jembatan Ampera di kala malam.

Aku tak de tripod so menumpang tepi tembok jer

Kampung Kapitan di seberang Sg Musi

Di sini apabila malam menjelma, gerai gerai kecil di buka dan menjual segala jenis makanan yang ada. Di sini la pusat rezeki untuk sebahagian warga Palembang. 

Gerai gerai di buka menjual aneka makanan dan juga menjadi port santai warga yang datang bersama kawan dan keluarga.

Gerai gerai mula di buka

Masing masing sibuk dengan urusan jual beli

Jual jual air

Jual makanan dengan kerusi dan meja kecil di sediakan untuk lepak

Aku jumpa port santai atas tembok sambil dok ambik ambik gambar malam di Ampera. Ada dua tiga orang jugak menumpang dengan kamera masing masing untuk ambik panorama yang sama. 

Ada yang cuba cuba ajak berbual tapi aku tak berapa rajin benar nak melayan.

Then duduk santai mengelamun, aku terasa nak order makanan so aku order la Mee Tek Tek.

Gerai Mee Tek Tek yang paling dekat dengan tempat aku duduk

Sambil minum teh botol

Mee Tek Tek tiba.... macam maggie goreng. Di datangkan dengan keropok. Malangnya tak berapa sedap sangat so aku makan so so je lah. Tak abis pun.

Tengah aku mengelamun tu tiba tiba datang 2 orang budak lelaki.

"Kak..... "

Then dia orang hulur tangan. Aku assume nak mintak duit lah tu. So aku buat tak layan kan jer. Tapi dia orang tetap berdiri kat situ.

"Kamu mau makan?"

Aku saja saja offer makanan aku yang tak abis tadi tu. Masing masing angguk. Dan aku hulurkan Mee Tek Tek aku yang masih tinggal separuh. Tanpa fikir panjang terus je dia orang serbu pinggan aku tu. Ingat macam ajak ajak ayam je.

Dan mereka start makan

Kesian pulak macam lapar je. So aku orderkan 1 lagi untuk mereka dengan air sekali. Tak sampai hati biarkan dia makan bekas makanan aku.

Makan dengan rakus. Lapar la tu

Sambil makan ni sambil tu bercerita.

Aku dengarkan je lah. Macam macam cerita dia orang ni. Semuanya pasal Sungai Musi dan Jambatan Ampera.

Kisah ada orang bunuh diri dari atas jambatan.

Kisah buaya yang ada di Sungai Musi.

Kisah kejadian tembak menembak polis dan penjahat di atas jambatan sampai berlarutan hingga ke benteng kuto besak.

Dan paling menarik kisah hantu nenek yang selalu muncul di Jembatan Ampera ni.

Abis pinggan pertama

Dan datang pinggan ke 2. Masing masing separuh kenyang tapi tetap jugak habiskan.

Pastu sambung lagi bercerita. 

Cerita dari dua dua semua macam lain. Pastu siap bergaduh lagi. Gaduh pasal panjang mana rambut hantu nenek tu. 

"Ada antara kamu yang pernah lihat?"

Masing masing angkat bahu. Tapi gaya bercerita, macam hantu tu berdiri sebelah dia jer. Tapi seronok gak layan dia orang berborak. Macam macam hal. Macam macam cerita. Terlayan pulak aku dok sembang dan borak borak dengan mereka berdua ni.

Tengah tengah bercerita datang sorang perempuan ni marah marah. Aku macam tak faham kenapa dia marah sebenarnya sebab dia cakap bahasa pekat Palembang.

Katanya ni bibik salah sorang daripada yang berdua tu. Bibik ni marah dan banyak tanya mana dia orang dapat duit untuk beli makanan. Tapi dua dua tu senyap je tak bagitau pun aku yang belikan. Takut agaknya.

Kena bebel dan cubit cubit beberapa kali then aku terpaksa bagitau yang aku belikana makanan tu. Baru la makcik tu blah. Tapi sempat jugak sambung membebel. Marah bab lain pulak.. Pasal mandi sungai. Agaknya budak budak tu mandi sungai siang tadi kot.

Dan tak lama lepas tu muncul sorang lagi ni.

Kawan dia orang jugak lah tapi yang ni jenis pengamin. Datang nyanyi nyanyi.

Dan beria dia menyanyi untuk aku. Muka brutal nyanyi lagu sedih pulak. Lagu ibu ibu...... Nyanyi penuh perasaan lak tu.

Abis nyanyi dia gaduh sesama sendiri. Ntah apa benda ntah. Bukan bukan je dia orang ni. 

Layan borak borak dengan dia orang lagi

Santai je tengok budak budak di Palembang ni. Tak de gajet, masing kehulur ke hilir malam malam buta begini dengan agenda tersendiri. Padahal esok sekolah je macam biasa.

Sebab dah agak lewat so aku mintak diri dulu. Aku bagi duit kat dia orang sikit sorang.

"Terima kasih Kak... Terima kasih Kak "

Tak putus putus mereka bercakap.

Pastu semua orang pandang. Macam semua orang dapat syak aku bukan orang Palembang. Tapi tak pe lah. Aku pun tak mau berlama lama di situ.

Hata hukama: Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan 
- Hamka -

Abis berborak dan sembang sembang dengan dia orang, aku minta diri dan beredar dari Benteng Kuto Besak menuju pulang.

Lesu angin malam di kota Palembang meninggalkan kenangan tersendiri. Banyak yang aku pelajari tentang hidup dan kehidupan dengan mereka yang masih kecil. Cabaran hidup dan masa depan mereka masih belum berbayang. Semoga mereka membesar dengan baik dan cukup kasih sayang. Dan semoga di lindungi Allah selalu dan menjadi insan insan yang dapat memberi manfaat kepada orang lain juga.



Berhembus angin malam
Mencengkam menghempas
Membelai wajah ayu
Itulah kenangan yang terakhir darimu

Kudekati dirimu kau diam
Tersungging senyuman di bibirmu
Itulah senyuman yang terakhir darimu

Seiring gemuruh angin
Meniup daun-daun
Alam yang jadi saksi
Kau serahkan jiwa raga

Angin tetap berhembus
Tak henti

Walaupun sampai akhir hayatku
Tapi tak lagi kau berada di sisiku
Oh... angin malam bawalah daku
Kepadanya... oh... oh...

Then aku blah pegi ke area Masjid Agung semula.

Jualan di kawasan Benteng Kuto Besak.

Jual kacang dan banyak jugak permaianan untuk kanak kanak

Berjalan dari Benteng Kuto Besak ke arah Masjid Agung

Nak usha bulatan pancuran ni di waktu malam. Nampak tak bendera Malaysia tu?

Masjid Agung di waktu malam

Dah abis tu aku mula cari cari Angkot untuk balik ke hotel.

Dan bermulalah igauan ngeri, semua angkut yang datang tak lalu jalan yang aku nak pegi. Satu persatu yang berhenti aku tanya tapi jawapannya semua hampa.

Tak de jugak yang bagi bantuan macamana nak cari tempat angkut yang aku nak naik tu lalu.

Dan malang lagi, kaki aku kebas kebas time tu. So terpaksa aku duduk je tepi jalan dan buat buat menunggu. Padahal dok urut urut kaki separa cramp !

Nasib lah tak jadi apa apa dengan kaki. Tapi terjadi sesuatu malam tu time aku nak balik menuju ke hotel penginapan aku....

Dia lupa...nikmat yang ada dalam tangan nya kerana mengharapkan nikmat yang akan datang 
- Hamka -

bersambung................

14 comments :

  1. Baik ati Kak Meng... Diorg bukan pemintak sedekah ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak de la... budak budak yang suka berpeleseran je.... nakal jugak tapi masih suci dan mentah

      Delete
  2. alahaii buat suspen je la ko ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti la kena suspen.... baru la gempak ( walaupun tak gempak mana )

      Delete
  3. Semoga Allah swt membalas jasa dan budi meng membuat kebaikan kepada insan-insan syurga seperti mereka dan memperbanyakkan lagi rezeki meng nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih. Amin.

      Adab bila mengembara... kena lihat sesuatu benda tu dgn mata hati

      Delete
  4. Aiyooo..what happened?? suspen ler pulok

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah nak suspen sgt la.. tak de apa pung.... perkara2 biasa yang berlaku bila planning tak berapa nak jadi

      Delete
  5. Baru jumpa blog kau arini. Penceritaan menarik. Kipidap! Hahaha.

    ReplyDelete
  6. lawanya gambar jambatan tu!!

    sib baik lepas kau bagi budak2 tu makan takde grup lain pulak dtg.
    kalau tak jadi macam cerita p ramlee makan chicken chop ramai2 tu.
    terima kasih kak meng. terima kasih kak meng. terima kasih kak meng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaah.. tu pun tak putus2 berterima kasih. rimas pulak aku org lain pandang. nasib baik buleh kontrol selaku artis antarabangsa

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...