Saturday, August 27, 2016

Jom Makan : Sri Ghazal Beriani, Bandar Baru Bangi

Ghazal merupakan puisi yang mengandungi yang berasal sekitar 670 M, dari Parsi. Ia biasanya adalah puisi kasih sayang yang mempunyai pola irama ringan dan diiringi muzik. Ghazal popular di daerah Muar dan Batu Pahat.

Dalam sastera (dan sebagai lirik lagu), ghazal adalah bentuk puisi poetic form mengandungi rangkap yang berkongsi rima dan refrain. Setiap baris mesti berkongsi ukuran yang sama. Secara etimologi, perkataan "ghazal" secara harfiah merujuk pada "tangisan kematian seekor gazel". Haiwan itu dipanggil ghizal. Secara tradisinya, ghazal adalah ungkapan cinta, perpisahan dan kesunyian yang sesuai dilambangkan oleh gazel. Jadi, ghazal dapat difahami sebagai ungkapan berbentuk puisi tentang kesakitan akibat kehilangan seseorang yang dikasihi atau perpisahan dan keindahan cinta meskipun pedih. (Dalam bahasa Arab perkataan "ghazal" secara harfiahnya bererti "berbicara dengan wanita").

Begitu la maksud ghazal oleh wiki.

No................. 

Bukan nak ajak menyanyi ghazal, tapi nak usha tempat makan ni nama dia Sri Ghazal. Sebuah restoran yang menghidangkan Beryani Gam istimewa yang didatangkan khas dengan penuh keaslian dari negeri Johor !!!!

Sri Ghazal

Terletak di Bandar Baru Bangi dan kehadiran aku ke sini adalah untuk singgah makan tengahari.

Ada staff aku kata beryani dia sedap tahap memukau. So nak jugak la cuba dan try !

Kami pegi berempat.

Restorannya

Selamat datang

"Assalamualaikum.... kami 4 teruna nak datang menjamu selera. Boleh ke?"

Alangkah best nya kalau datang makan kat sini, tolak tolak pintu je maka berkumandang la irama Ghazal ! Baru la sesuai dengan nama kedai. Ke sebab nama dia Ghazali pastu dia commercialkan jadi Ghazal jer.. tak de kena mengena pun dengan Irama Ghazal?

Apa apa pun, layan lagu ghazal dulu yok untuk ambik mood.



Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketamlah batu ( 2X )
Manis rupa hai elok perangai
Sukar dipilih yang manalah satu ( 2X )

Empat dara berpakaian sedondon
Berbaju putih berkainlah biru ( 2X )
Pandai mengarang seloka dan pantun
Hitam manis hai pandanglah tak jemu ( 2X )

(Ramai-ramai)
Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketamlah batu ( 2X )
Manis rupa hai elok perangai
Sukar dipilih yang manalah satu ( 2X )

Empat dara hai denganlah lagaknya
Bersiar-siar sekeliling kota ( 2X )
Sekali pandang senyuman manisnya
Tak mungkin lupa sepanjanglah masa ( 2X )

Layan setting dalam kedai.

Palet palet kayu di jadikan hiasan dinding.. or memang dinding?

Layan diri..... Macam boleh tahan bersepah ni. Semalam ada persembahan Ghazal ek? Tak dan nak berkemas?

Dalam kedai

Konsep dia.. layan diri sendiri. Tapi tak boleh layan diri kalau nak smoking !

Terus ke kaunter untuk order.... Awek tudung merah spot on !

Menu

Minuman

So sebab dia cuma jual Nasi Beryani dan yang sewaktu dengannya saja maka menu dia agak tak berapa banyak. 

Antara yang ada dalam menu mereka adalah Sri Ghazal Beriani, Nasi, Acar, Kambing Masak Beriani, Ayam Masak Beriani, Daging Masak Beriani, Set Kampung Masak Beriani, Set AYam Masak Beriani, Sirap Bandung

Memang datang dengan niat nak makan nasi beryani je lah kat sini. 

Order then nanti di hantar.

Sipolan pertama : Nasi Beryani Kambing

Sipolan ke 2 : Nasi Beryani Daging

Sipolan ke 3 : Nasi Beryani Ayam

Dan sipolan ke 4 iaitu aku sendiri pun sama. Order Nasi Beryani Ayam jugak

Kalau nengok pada portion memang agak banyak ! Tak la macam sesetengah tu seciput je bagi nasik. Nak untung lebih. Nak cepat gi haji agaknya. Tapi kat sini rasanya macam okey.

Verdict nya.....

Not bad. OK lah... tak de la tak sedap tapi tak de jugak WOW mata buntang keluar bintang berkaca. Memang boleh di cuba. Ayam pun OK. Kambing dan Daging khabarnya pun sedap juga.

Maybe lebih sedap jugak dari sesetengah kedai Nasi Beryani yang claim asli Johor jugak padahal..... tak berapa nak Johor.

Cost makanan aku tak pasti sebab salah sorang budak budak ni belanja. Aku nak gi bayar awek tudung merah kata dah settled.

Alhamdulillah.

So kalau tak tau ke mana arah?

Boleh la datang ke mari hey hey hey hey !!!!

SRI GHAZAL BERIANI
117, Jalan 8/1,
Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

10 comments :

  1. Mkn ayam goreng ghazal tu jd pandai nyanyi ghazal x lps tu? Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. buke reti ghazal.... jadi khoya... silap silap buleh rap shuffle shuffle terus

      hahaha

      Delete
  2. Uih , kedai ni nampak menarik, boleh terjah lain , especially kambing tu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. kambing boleh try... tudung merah jangan usik... * statement poyo

      Delete
  3. Briyani Gam .... Apa kata gi terjah Briyani Gam kat Restoran Baser di Bandar Puteri Puchong http://restoranbaser.blogspot.ca/???

    Ammbbooii siap nak promote restoran kawan kita hahahhahaa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh buleh la gi usha nanti...terima kasih. nanti di war war kan kalau sedap kalau x sedap lets keji secara berjemaah. opsss

      Delete
  4. By the way, suka ngan lagu pilihan lagu Kak Pah tuh ... rasanya lagu 4 dara nih tak ramai yang tau, unless dia betul betul hardcore Kak Pah !

    (No komen pasal asal asul nama kita hahahahhahaha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kak ani cela' nyanyi jugak... dgn siti.

      haa baru perasan ghazali is from ghazal? apakah maksudnya tu?

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...